![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 01]()
- Toyota Harrier varian hibrid plug-in (PHEV) diperkenalkan
- 306 PS, jarak elektrik sehingga 93 km
- Varian paling mahal di Jepun pada 6,200,000 yen (~RM 198k)
Toyota Harrier dengan trenkuasa PHEV nampaknya baru sahaja diperkenalkan di Jepun. Selain RAV4, ini merupakan SUV kedua Toyota yang datang dengan pilihan enjin hibrid plug-in.
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 02]()
Dari segi teknikal, Harrier PHEV menggunakan dengan enjin 2.5L NA A25A-FXS (177 PS, 219 Nm) yang digabungkan dengan dua motor elektrik (depan 134 PS & belakang 40 PS). Output keseluruhan sistem ini adalah sebanyak 306 PS. Secara tidak langsung, inilah Toyota Harrier paling berkuasa pernah dihasilkan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Juga baca: Kuasa tidak pernah mentakrifkan Toyota Harrier selama lebih 23 tahun - inilah SUV yang memulakan segalanya!
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 01]()
Jika dibandingkan, Toyota Harrier di pasaran kita yang menggunakan trenkuasa 2.0L NA hanya menghasilkan 173 PS dan 203 Nm tork. Trenkuasa 2.5L hibrid yang ada di sesetengah pasaran pula mempunyai 218 PS (2WD) dan 222 PS (AWD).
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 02]()
Sebagai sebuah PHEV, Harrier hibrid plug-in ini menggunakan bateri ion-litium berkapasiti 18.1 kWj dan jarak pandu elektriknya boleh pergi sehingga 93 km. Untuk mengecas, ia mengambil masa 5 jam 30 minit kalau anda guna pengecas 200V/16A. Kalau jenis 100V/6A pula akan memakan masa sehingga 33 jam. Apapun, jika anda tidak cas, kereta akan tetap boleh diguna dan baterinya akan tetap dicas melalui sistem brek regeneratif tetapi kalau begitu, apa gunanya beli PHEV kan?
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 03]()
Secara amnya, Harrier PHEV tampil unik dengan sisik gril depan yang berbeza, pemanas tempat duduk belakang, sokongan sumber kuasa 1,500 W dan kamera 360-darjah yang boleh nampak bawah.
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 04]()
Menariknya, ketibaan varian hibrid plug-in ini juga hadir dengan beberapa peningkatan buat penawaran Toyota Harrier di Jepun. Antaranya seperti ciri kluster instrumen digital 12.3 inci dan sokongan Wi-Fi.
![Toyota Harrier dengan enjin hibrid PHEV debut di Jepun - RM 198k, 306 PS, jarak elektrik 93 km! 05]()
Di Jepun, Toyota Harrier PHEV adalah varian termahal iaitu pada harga 6,200,000 yen (~RM 198k).
Juga baca: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });