window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue

Faisal · Oct 8, 2020 11:00 AM

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 01

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan Toyota Hilux 2020. Untuk maklumat anda, ini merupakan kemaskini yang kedua sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2015.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 02

Kemaskini eksterior

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Wajah hadapan menampilkan rupa paras yang lebih garang. Garisan halus dan gril yang senyum telah digantikan dengan sentuhan yang lebih agresif.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 01

Pada bahagian lampu hadapan, ia menampilkan reka bentuk yang lebih tajam dengan sentuhan unik di bahagian dalam dimana ia didatangkan dengan tulisan “Hilux”.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 02

Pada bahagian belakang, lampu LED baharu didatangkan bagi mengekalkan keserasian dengan rupa paras keseluruhan.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 03

Selain itu, Toyota Hilux 2020 didatangkan dengan reka bentuk roda yang baharu.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 04

Warna badan pula didatangkan dengan 7 pilihan dimana Bronze Mica Metallic menjadi pilihan warna baru.

Kemaskini interior

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 05

Bahagian kabin mendapat sentuhan trim metal dan pilihan material kerusi yang berlainan mengikut varian. Varian 2.4E dan G didatangkan dengan kerusi fabrik manakala varian 2.4V dan 2.8 Rogue didatangkan dengan kerusi kulit (leather).

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 06

Paparan kluster instrument juga dikemaskini melalui bacaan yang lebih jelas dan paparan skrin multi-info di bahagian tengah.

Kemaskini prestasi dan penjimatan bahan api

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 07

Semua varian dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan

Enjin 2.4L dikemaskini dengan perubahan pada sistem tekanan commonrail yang ditingkatkan kepada 250 Mpa (meningkat daripada 225 MPa). Perubahan ini meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 5 %.

Enjin ini juga mempunyai selang penyelenggaraan sebanyak 10,000 km / 6 bulan (meningkat daripada 5,000 km / 3 bulan).

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 08

Di samping itu, terdapat penambahbaikan pada pengedap badan dan penyerap hentakan untuk kualiti perjalanan yang lebih selesa.

Hilux Rogue 

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 09

Hilux Rogue dikuasai oleh enjin 2.8L turbodiesel yang menghasilkan 204 PS dan 500 Nm tork.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 10

Untuk pengetahuan anda, enjin ini merupakan enjin 2GD-FTV yang sama pada Hilux Black Edition sebelum ini tetapi dengan peningkatan pada sistem penyejuk turbo dan tekanan rel bahan api.

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 11

Pada masa yang sama, Hilux rogue didatangkan khusus dengan sistem bantuan keselamatan Toyota Safety Sense (TSS). Sistem ini merangkumi kawalan pelayaran adaptif (ACC), brek kecemasan automatik (AEB), dan bantuan pengekalan dalam lorong melalui pengagihan brek (LKA).

Toyota Hilux 2020 dilancarkan – Bermula RM 92,880, kelengkapan TSS pada varian Rogue 12

Kami telah menguji pandu Toyota Hilux Rogue pada tempoh hari dan ternyata anda harus mengetahui lebih terperinci mengenai model ini.

Varian dan harga

Toyota Hilux 2020 didatangkan dengan lima varian yang bermula dengan Hilux 2.4 MT Single Cab yang berharga RM 92,880 dan Hilux 2.4G MT Double Cab yang berharga RM 111,880.

Varian yang berikutnya adalah seperti berikut:

Harga Toyota Hilux 2020 (hanya automatik, RM)
Wilayah 2.4E AT Double Cab 2.4V AT Double Cab 2.8 Rogue AT
Semenanjung M'sia 108,880 133,880 146,880
SBH 110,910 135,910 148,498
SRWK 111,043 136,043 148,685
LKW 100,762 124,988 137,223
LBN 102,253 126,479 138,602

Untuk maklumat anda, UMW Toyota Motor kini memberikan diskaun sebanyak RM 2,000 untuk tempahan Hilux Rogue yang dibuat sehingga 31 Disember tahun ini.

Anda boleh ikuti pelancaran Toyota Hilux 2020 di bawah:

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda