window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik

Faisal · Aug 23, 2020 11:30 AM

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 01

Dalam tempoh lima puluh tahun, banyak model kenderaan yang ghaib sebelum mencapai zaman kegemilangannya. Dunia di luar sangat mencabar tetapi Toyota Hilux mampu mengharungi semuanya. Setelah setengah abad, trak pikap yang lasak ini telah menempah nama di seluruh dunia sebagai kenderaan yang boleh dipercayai, mampu pergi kemana-mana sahaja dan melakukan apa jua tugasan.

Sebelum Toyota Hilux

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux berasal daripada trak utiliti kecil yang bukan sama sekali daripada syarikat Toyota. Hilux memulakan kehidupan sebagai sebuah trak kecil yang dibuat oleh syarikat kenderaan Jepun, Hino. Pada asalnya, Hino Briska menjadi kenderaan aspirasi buat model Hilux.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 01

Pada tahun 1966, Toyota menjalin kerjasama dengan Hino Motors. Sebelum itu, mereka telah bersaing dalam kategori trak ringan iaitu Toyota Lite Stout dan Hino Briska. Kemudian mereka telah memutuskan bahawa kedua-dua model tersebut akan dikemaskini menjadi satu trak ringan baru yang akan dibina di kilang Hino yang terletak di daerah Hamura, Jepun.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 02

Toyota bersetuju untuk membina kenderaan komersial ringan sementara Hino memikul tanggungjawab untuk membina trak besar dan berat. Pada tahun 1968, Toyota Hilux dilahirkan. Ia menampilkan pembinaan body-on-frame dimana format itu masih digunakan oleh model Hilux sehingga sekarang. “Toyota” Briska yang baru dihasilkan tiba di pengedar Toyota pada awal tahun 1968.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 03

Pembangunan Hilux pertama yang diilhamkan daripada model Toyoace

Nama "Hilux" adalah gabungan daripada perkataan “Hi”(tinggi) dan “Lux”(mewah). Berpegang teguh pada nama ini, Toyota menawarkan Hilux dengan tahap sentuhan kelas atasan seperti yang ada pada sebuah sedan. Daripada transmisi automatik hingga ke brek jenis disc, Toyota membayangkan Hilux menjadi lebih daripada sekadar kenderaan komersial ringan. Dengan pengenalan versi kabin belakang pada tahun 1981, pelanggan mula menikmati kelebihan memiliki trak ringan seperti sebuah kereta sedan empat pintu.

Generasi pertama (N10; 1968-1972)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 04

“Toyota” Briska yang baru dihasilkan tiba di pengedar Toyota pada awal tahun 1968. Ia didatangkan dengan lampu depan berkembar dan enjin 1.2 liter 4-silinder yang menghasilkan 62 PS (sedikit peningkatan daripada spesifikasi asal Hino). Namun demikian, penjualannya tidak lama sebelum digantikan oleh model Toyota Hilux yang pertama.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 05

Generasi pertama Toyota Hilux memasuki pengeluaran pada bulan Mac 1968. Ia merupakan versi Briska yang lebih baik dimana ia direka dan dihasilkan oleh Toyota. Hilux ini didatangkan enjin 1.5 liter 4-silinder berkuasa 76 PS yang dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan manual yang dikawal oleh tombol gear di bahagian bawah. Pada bulan Februari 1971, enjinnya ditingkatkan kapasiti kepada 1.6 liter yang menghasilkan 89 PS.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 06

Format tombol gear ini sangat terkenal pada tahun 60-an kerana ia membolehkan tempat duduk hadapan menjadi sebaris bangku untuk memuatkan 3 orang sekaligus.

SIstem suspensi pada Hilux ini mengekalkan reka bentuk yang ringkas supaya mudah diselenggarakan.

Generasi kedua (N20; 1972-1978)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 07

Walaupun singkatan Hilux membawa maksud "High Luxury", Toyota Hilux sebenarnya tidak membawa kualiti tersebut. Ia lebih selesa daripada sebuah Land Rover, tetapi belum sampai tahap mewah. Untuk generasi ini, Toyota memutuskan untuk memberikan lebih keselesaan dalam trak utiliti milik mereka.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 08

Pembeli juga dapat memilih lokasi tombol gear sama ada mahu di bawah atau di tengah dimana ia dilengkapkan dengan tempat duduk jenis individu seperti yang terdapat pada zaman sekarang.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 09

Hilux generasi kedua ini didatangkan dengan variasi enjin daripada 1.6 liter 4-silinder yang menghasilkan 89 PS sehingga ke 2.0 liter yang menghasilkan 105 PS dan 145 Nm tork. Pilihan transmisinya adalah 4-kelajuan atau 5-kelajuan manual dan 3-kelajuan automatik.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 10

Hilux generasi ini bukan sahaja direka untuk menggerakkan semata-mata tetapi juga untuk memberhenti dengan cekap. Sistem brek jenis ‘servo’ yang dibantu oleh dwi-litar yang berinjap berupaya memperlahankan sebuah Hilux dengan lebih cekap tanpa mengira beban yang dibawa.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 11

Walau bagaimanapun, nama "Hilux" tidak digunakan di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, pesaing utama Toyota adalah Datsun Truck. Disebabkan ini, Toyota memilih untuk menukar nama Hilux kepada “Truck”.

Generasi ketiga (N30, N40; 1978-1983)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 12

Generasi ini menampakkan perubahan melalui pengenalan versi pacuan empat roda. Versi ini dilengkapi dengan nisbah gear yang sangat rendah. Oleh itu, Hilux secara teknikalnya dapat "mendaki setiap gunung". Pilihan enjinnya bermula daripada 1.6 liter 4-silinder sehingga ke 2.2 liter yang pernah digunakan oleh kenderaan generasi sebelumnya.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 13

Pada tahun 1981, enjin 2.4 liter 4-silinder yang menghasilkan 97 PS dan 174 Nm tork diperkenalkan. Pada tahun yang sama, Hilux juga menerima pilihan enjin diesel pertamanya iaitu 2.2 liter 4-silinder yang menghasilkan 62 PS dan 126 Nm tork. Transmisinya masih mengekalkan nisbah dan pilihan yang sama daripada generasi sebelumnya.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 14

Di samping itu, Hilux generasi ini memperkenalkan pilihan empat pintu. Bukan sahaja ia memberi ruang muatan yang luas, tetapi Hilux juga berupaya bertindak sebagai kereta biasa dengan lima tempat duduk yang selesa.

Generasi keempat (N50, N60, N70; 1983-1988)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 15

Toyota Hilux generasi keempat berada dalam posisi di mana ia mengalami persaingan daripada jenama Nissan. Barisan enjin petrol pada generasi ini juga dikemaskini dengan sistem suntikan bahan api secara elektronik yang menghasilkan 105 PS dan 184 Nm tork. Untuk mereka yang mahukan lebih kuasa, versi turbo juga dihasilkan. Ia meningkatkan kuasa kuda sehingga 135 PS dan tork sehingga 235 Nm. 

Disebabkan persaingan oleh Nissan yang memutuskan untuk menggunakan enjin petrol 6-silinder ke dalam trak mereka, Toyota telah memutuskan untuk melakukan hal yang sama melalui enjin 3.0 liter V6 yang lebih lancar dimana ia berupaya menghasilkan 150 PS dan 244 Nm tork.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 16

Pilihan enjinnya dipertingkatkan lagi melalui tiga enjin diesel yang merangkumi enjin 2.2 liter daripada generasi sebelumnya, 2.5 liter yang menghasilkan 83 PS dan 165 Nm tork, dan versi turbo yang menghasilkan 93 PS dan 216 Nm tork.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 17

Malah, beberapa penambahbaikan telah dilakukan pada trim dalaman yang merangkumi sentuhan pada pintu dan stereng yang sesuai dengan warna kenderaan.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 18

Dalam barisan Hilux generasi ini, gaya badan "Xtracab" diperkenalkan untuk memberi ruang penyimpanan tambahan sebanyak 6-inci di bahagian belakang tempat duduk hadapan.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 19

Pada masa yang sama, Toyota juga memperkenalkan model "4Runner". Ia juga dikenali sebagai Hilux Surf di beberapa pasaran dimana ia membuat penampilan sulung pada tahun 1990 sebagai sebuah SUV.

Generasi kelima (N80, N90, N100, N110; 1988-1997)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 20

Model generasi kelima dihasilkan berdasarkan generasi keempat tetapi membawa gaya badan yang baharu. Varian Xtracab diberi ruang yang jauh lebih banyak di bahagian belakang tempat duduk hadapan sehingga mampu memuatkan sarung senapang ataupun beg golf.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 21

Ia dikuasakan oleh enjin 2.4 liter dengan suntikan bahan api secara elektronik yang dibawa dari generasi keempat. Enjin ini menghasilkan 113 PS dan 193 Nm tork. Menaiki varian Hilux ialah pilihan enjin 3.0 liter V6 yang terkenal daripada generasi sebelumnya. Pembeli juga boleh memilih enjin diesel yang ditawarkan dalam dua pilihan iaitu 2.4 liter dan 2.8 liter  yang bermula daripada 89 PS dan 167 Nm tork.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 22

Pada tahun 1991, Toyota mula mengeluarkan Hilux di kilang New United Motor Manufacturing Incorporated dengan kerjasama General Motors. Membangunkan Hilux di Amerika Syarikat telah memberi peluang kepada syarikat Toyota untuk menyesuaikan model ini dengan pasar yang lebih besar.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 23

Perubahan ini didatangkan dengan nama baru iaitu "Tacoma". Diperkenalkan pada tahun 1995, Tacoma memberikan mutu perjalanan yang lebih selesa daripada Hilux. Ia juga memiliki reka bentuk yang lebih bergaya dan lebih megah berbanding dengan Hilux.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 24

Hilux generasi kelima juga dipasang oleh Volkswagen di Hanover, Jerman, dan dipasarkan sebagai Volkswagen Taro antara 1989-1994.

Selain itu, inilah model Hilux dimana Jeremy Clarkson daripada pasukan Top Gear cuba untuk memusnahkan jangka hayat sebuah Toyota yang mempunyai reputasi sebagai jenama yang lasak dan tahan lama.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 25

Hilux tersebut dilengkapi dengan enjin diesel yang memiliki 305,775 km pada bacaan odometer. Pasukan Top Gear cukup yakin bahawa ia akan jahanam kerana sudah melebihi jangka hayat tetapi ia masih bertahan.

Generasi keenam (N140, N150, N160, N170; 1997-2005)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 26

Dengan pemberian model trak khusus untuk pasaran Amerika, Toyota boleh memberi tumpuan yang lebih kepada kualti utiliti yang patut ada pada sebuah trak jenis pikap seperti Hilux. Di pasaran lain termasuk Eropah, kriteria kebolehpercayaan dan sifat serba boleh menjadi keutamaan para pembeli.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 27

Perbezaan utama ialah rakyat Amerika sering menggunakan trak dalam kehidupan seharian mereka dimana mereka mahukan keselesaan, kekuatan, pengendalian yang baik dan ciri kelengkapan.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 28

Hilux generasi keenam adalah Hilux yang terakhir yang dibina dan dipasarkan di Jepun. Ia masih mengekalkan beberapa kebolehan daripada generasi sebelumnya dimana reputasinya sangat terjamin.

Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk enjin yang lebih berupaya, enjin 2.4 liter telah dilengkapkan dengan sentuhan 16-injap yang menghasilkan 142 PS. Jika anda inginkan enjin yang lebih berkuasa, ada varian 2.7 liter dengan 150 PS dengan pacuan empat roda, atau enjin 3.4 liter V6 dengan 190 PS.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 29

Dua enjin diesel ditawarkan untuk generasi ini iaitu enjin 3.0 liter 4-silinder yang menghasilkan 97 PS dan enjin 2.4 liter turbo yang menghasilkan 162 PS.

Generasi ketujuh (AN10, AN20, AN30; 2005-2015)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 30

Toyota membuat perubahan besar pada Hilux generasi ketujuh untuk menangani persaingan daripada Ford Ranger dan Mitsubishi Triton. Trak Hilux datang dengan dimensi yang lebih besar, varian yang lebih banyak dan ia mengikuti model Tacoma sebagai trak yang sesuai untuk penggunaan harian. 

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 31

Gaya luarannya telah dimodenkan secara menyeluruh disamping kabinnya terasa benar-benar bertepatan dengan nama yang membawa maksud "High Luxury".

Menjelang generasi ketujuh, pengeluaran Hilux telah berpindah ke Thailand. Ini memastikan model ini dikeluarkan di benua yang memberikan sambutan yang paling menggalakkan. 

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 32

Enjin 4-silinder turbo diesel dengan suntikan terus yang didatangkan untuk pasaran Malaysia mempunyai 101 PS dan 260 Nm tork. Pada pertengahan hayatnya, transmisi telah dikemaskini daripada 4-kelajuan automatik kepada 5-kelajuan. Ia juga menerima kenaikan jumlah kuasa kuda untuk model 3.0 liter daripada 164 PS dengan 343 Nm kepada 172 PS dan 360 Nm.

Generasi kelapan (AN120, AN130; 2015-sekarang)

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 33

Hilux pada generasi kelapan dihasilkan khusus untuk mendapat tempat dalam arus pemodenan dan era teknologi yang berkembang pesat. Lampu hadapan didatangkan dengan jenis projector yang dilengkapi dengan lampu siang jenis (DRL) LED. Falsafah pemodenan berterusan ke bahagian dalam dengan reka bentuk yang moden. Generasi ini juga dilengkapi dengan sistem brek kecemasan sendiri (AEB).

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 34

Pembeli juga diberi pilihan untuk memiliki ciri keselamatan dan kelengkapan yang lebih tinggi seperti amaran pra-perlanggaran dengan pengesanan pelintas bahagian belakang, amaran pengeluaran landasan dan sistem masuk dengan keluar tanpa kekunci. Dengan itu, Hilux telah dianugerahkan sebagai trak pickup terlaris di Eropah walaupun terdapat persaingan serius dari model seperti Volkswagen Amarok dan Nissan Navara.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 35

Toyota pernah menjelaskan bahawa mereka tiada rancangan untuk menjual trak pikap Hilux di Jepun. Namun begitu, penjualan di Jepun disambung semula pada tahun 2017 di atas permintaan ramai setelah 13 tahun meninggalkan pasaran asalnya.

Pada bulan Jun 2020, Toyota melancarkan model yang dikemaskini. Ia didatangkan dengan enjin 2.0 liter turbodiesel baharu yang berupaya menjana 201 hp dan 500 Nm tork.

Kesimpulan

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 36

Menjelang 2017, Toyota telah menjual 17.7 juta trak pikap Hilux di seluruh dunia sejak tahun 1968. Jumlah ini akan terus bertambah kerana Hilux kini dijual di lebih 180 negara. Hilux adalah salah satu model yang paling laris dan paling lama menahan takhta dan integriti dalam syarikat gergasi Jepun itu.

Toyota Hilux: 8 generasi yang melakar sejarah ikonik 37

Pendek kata, Toyota Hilux ini akan kekal di takhta teratas di dalam lagenda ketahanan trak pikap walaupun pada 50 tahun akan datang.

 

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda