window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022!

Zamil Syaheer · Jun 21, 2021 05:00 PM

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 01

Toyota Tundra adalah abang besar kepada Toyota Hilux dan ianya hanya untuk pasaran Amerika Utara. Trak pikap ini dijual sejak 2007, jauh lebih lama berbanding Proton Exora mahupun Perodua Alza yang dilancarkan pada tahun 2009.

Juga baca: MPV bajet tak laku di Malaysia, tapi bagaimana Proton Exora masih boleh bertahan 11 tahun?

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 02

Toyota Tundra TRD Pro generasi terkini.

Selepas 15 tahun dalam produksi, akhirnya Toyota bakal melancarkan Tundra generasi ketiga. Walaupun maklumat lebih lanjut tentang itu masih lagi samar-samar, Toyota telah memuat naik imej varian tertinggi yang dikenali sebagai TRD Pro.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 01

Pesaing Tundra; Silverado, Ram, dan F-150

Nampak ganas, kan? Trend penggunaan gril depan besar gedabak kini dalam efek sepenuhnya, dan Toyota tidak mahu ketinggalan.

Ianya agak polarisasi, tetapi mungkin pembeli trak pikap bersaiz penuh di Amerika sudahpun bersedia untuk menyerahkan wang mereka kepada jurujual Toyota untuk mendapatkannya.

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 02

Toyota Tundra TRD Pro generasi terkini.

Selain dari satu-satunya foto di bahagian depan, Toyota juga telah mengungkapkan nama trenkuasa baru untuk Tundra 2022 yang digelar iForce Max.

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 03

Enjin baru ini mungkin adalah enjin 3.5 liter V6 berpengecas turbo berkembar yang juga digunakan dalam Land Cruiser 300 Series yang baru.

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 04

Hilux mempunyai reka bentuk yang serupa dengan Tacoma yang terletak di bawah Tundra.

Walaupun Toyota Hilux tidak mempunyai platform yang sama dengan Tundra, ada kemungkinan apa yang dilihat di sini bakal diterapkan pada Hilux generasi berikutnya. Trak pikap kegemaran Malaysia (dan kereta laris Australia) mungkin akan diganti pada tahun 2023.

Juga baca: Model GR-S untuk Toyota Corolla Cross, Altis & Hilux bakal tembus pasaran Vietnam - Malaysia tak terkecuali?

Toyota Hilux generasi seterusnya mungkin ikut rupa depan Tundra 2022! 05

Hilux dan Fortuner generasi seterusnya juga dapat melihat beberapa peningkatan dari segi enjin 3.3 liter V6 baru (271 PS / 650 Nm) dan juga trim GR Sport.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda