window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba?

Faisal · Oct 9, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain beberapa pembaharuan pada gred Z dan X, Hilux spec Jepun untuk kali ini juga ditawarkan dengan varian GR Sport yang mana ia bermula pada 4,312,000 JPY (~RM 160,000). Kesemua Hilux untuk pasaran sana diimport sepenuhnya dari Thailand.

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 01

Walaupun Hilux GR Sport spec Jepun turut mendatangkan ciri keemasan seperti gril berhuruf “TOYOTA”, trim hitam piano, dan lencana Gazoo Racing, enjin yang digunakan sebenarnya sedikit berbeza.

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 02

Untuk makluman anda, ia dikuasakan oleh enjin 2GD-FTV 2.4L turbodiesel yang menghasilkan 150 PS dan 400 Nm tork. Enjin yang turut digunakan pada varian X dan Z ini dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Juga bacaGambaran dekat: Toyota Hilux GR Sport 2021 – betul-betul lagi padu daripada Hilux Rogue?

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 03

Pada bahagian dalam, ia hadir dengan elemen yang sama diterapkan pada Hilux GR Sport di Thailand. Antaranya seperti:

  • Lencana GR Sport pada roda stereng, butang push-start & tempat duduk depan
  • Pedal aluminium
  • Paddle shift
  • Jahitan merah pada tempat duduk & roda stereng

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 04

Secara amnya, Hilux GR Sport datang dengan suspensi yang dinaik taraf untuk tahap kestabilan dan keselesaan yang lebih mantap.

Juga bacaRebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 05

Sebagai model teratas dalam varian Hilux di Jepun, model GR Sport ini lengkap dengan ciri keselamatan moden seperti:

  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Pre-Collision System (PCS)
  • Road Sign Assist
  • Lampu Bi-Beam LED dengan larasan naik turun automatik
  • Lane Departure Alert (LDA)

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 06

Ciri PCS dan LDA buat kali ini pula hadir sebagai kelengkapan standard.

Toyota Hilux GR Sport 2021 dilancar ke Jepun, adakah giliran Malaysia akan tiba? 07

Pelancaran Hilux GR Sport untuk pasaran Thailand dan Jepun pasti menimbulkan rasa teruja dalam kalangan peminat trak pikap di tanah air kita. Tetapi ketibaan untuk pasaran Malaysia mungkin ditetapkan untuk tahun 2022 kerana kita masih dalam proses untuk beralih ke fasa endemik.

Juga bacaToyota Hilux anda nampak biasa? Dijual di Malaysia, masuklah kit Modellista!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda