window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022

Faisal · Sep 29, 2021 08:00 PM

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022 01

Toyota Gazoo Racing nampaknya bakal meneruskan perjuangan dalam perlumbaan rali Dakar musim 2022 yang akan bermula pada 2 Januari nanti. Pasukan permotoran milik Toyota itu bakal menampilkan senjata Toyota GR DKR Hilux T1+ serba baru.

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022 02

Jentera yang mematuhi paiwaian untuk kategori T1 itu buat masa ini masih dalam fasa prototaip dan sedang diuji untuk dirasmikan pada akhir tahun ini. Menariknya, prototaip ini penuh dengan bahan carbon fibre.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022 01

Secara teknikal, jentera baru ini mengambil inspirasi daripada Hilux yang menang perlumbaan pada musim 2019 tetapi dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya seperti saiz tayar 37 inci (meningkat daripada 32 inci) dan kelebaran roda yang ditingkatkan dari 245 mm menjadi 320 mm.

Prototaip ini juga datang dengan 'suspension travel' lebih panjang yang mana ini kini mencecah 350 mm, berbanding 280 mm sebelum ini.

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022 02

Di depan, Hilux rali ini lengkap dengan enjin petrol 3.5L twin-turbo V6 yang diambil daripada Toyota Land Cruiser 300. Secara standard, enjin ini menghasilkan 415 PS dan 650 Nm tork. Tetapi yang pastinya, ia akan menghembuskan lebih tenaga untuk spesifikasi perlumbaan kelak.

Juga bacaToyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022 03

Bagi anda yang belum tahu, perlumbaan rali Dakar hanya akan berlangsung di Arab Saudi. Ia akan bermula di utara bandar Ha-il sehingga ke selatan di Empty Quarter. Tempoh rehat pula ditetapkan pada 8 Januari, iaitu di bandar Riyadh. Perlumbaan ini akan berakhir di bandar Jeddah pada Januari 14.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda