window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak?

Haris · Aug 7, 2021 02:00 PM

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 01

Tanpa berdolak-dalik, rakyat Malaysia memang suka sangat dengan Toyota Hilux. Trak pikap nombor 1 di Malaysia ini terlalu popular sehinggakan rakyat di negeri Sabah dan Sarawak memanggil kesemua trak pikap sebagai 'Hailak'. Tak kira sama ada D-Max, Triton, ataupun Ranger, penduduk di kawasan Malaysia Timur ini tetap akan memanggilnya 'Hailak'.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 02

Namun, kejayaan jualan di Malaysia tidak bermakna bahawa Toyota Hilux mampu mengulangi prestasi yang sama di luar negara. Malah, terdapat beberapa negara di mana Hilux bukan trak pikap nombor 1.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 01

Oleh itu, berikut adalah negara di mana Toyota Hilux tewas kepada beberapa pesaing utama, seperti Ford Ranger, Nissan Navara, Isuzu D-Max dan Mitsubishi Triton.

Mari kita semak dengan lebih dekat mengapa Toyota Hilux kurang digemari di beberapa buah negara ini.

Thailand – Negara kedua terbesar pengguna trak pikap di dunia

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 02

Model Thailand

Negara ini mungkin yang paling mengejutkan. Walaupun kaitan imej Thailand dan Toyota Hilux kuat, situasi sebenarnya adalah ia tidak lagi menjadi trak pikap nombor 1 di sana. Raja trak pikap baharu telah dinobatkan di Thailand iaitu Isuzu D-Max generasi baharu.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 03

Model spesifikasi Thailand

Untuk suku pertama tahun ini, Isuzu Thailand menjual sebanyak 40,222 unit Isuzu D-Max, hampir dua kali ganda daripada Hilux yang berjaya menjual sebanyak 28,216 unit pada tempoh yang sama.

Dengan jumlah unit terjual yang sebegitu banyak, Isuzu mempunyai pegangan pasaran sebanyak 47.7% yang mapan melalui penjualan Isuzu D-Max. Walaubagaimanapun, Toyota Hilux masih di tempat kedua, dengan pegangan pasaran sebanyak 33.4%.

Baca: 40k unit terjual dalam suku pertama 2021, Isuzu D-Max tewaskan Hilux, Triton dan Ranger di Thailand!

Vietnam – Citarasa yang sama dengan MB Kedah

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 04

Model pasaran Vietnam

Vietnam adalah salah satu negara di mana Toyota Hilux menghadapi saat-saat sukar untuk menembusi dominasi trak pikap nasional Amerika Syarikat - Ford Ranger.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 05

Model pasaran Vietnam

Di Vietnam, Ford Ranger secara konsisten mencatatkan angka jualan yang lebih tinggi dari Hilux untuk separuh masa pertama tahun 2021. Jurang penjualan terbesar adalah pada bulan Mac, di mana Ford menjual sebanyak 2,171 unit Ford Ranger, berbanding dengan 478 unit Hilux.

Ini bermakna, jualan Ford Ranger ketika bulan tersebut hampir 4.5 kali ganda berbanding Hilux. Hebat, kan?

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 06

Model pasaran Vietnam

Walaupun tidak dapat mengalahkan Ford Ranger di Vietnam, Toyota Hilux menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 90.3% (dari 987 unit menjadi 1,878 unit), ketika separuh pertama tahun 2020 berbanding separuh pertama tahun 2021. Ford Ranger pula sebaliknya, hanya menyaksikan pertumbuhan 54.8% (dari 4,464 unit hingga 6,912 unit) dalam tempoh yang sama. Ada sinar harapan?

Bacaan Lanjut: Ford Ranger laku keras di Vietnam pada Mac 2021, tapau Hilux 4.5 kali ganda!

Indonesia – Toyota dominan tapi trak pikap pilih Mitsubishi

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 07

Model pasaran Indonesia

Indonesia adalah negara yang sangat menggemari Toyota. Disebabkan oleh keadaan jalan raya di sana, boleh dikatakan 3 model dengan platform IMV (Innova, Avanza, dan Fortuner) terus menerus menduduki tangga teratas dalam jualan.

Namun, Toyota Hilux (juga dengan platform IMV) bukanlah sebahagian daripada model mercu Toyota Indonesia.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 08

Model pasaran Indonesia

Mitsubishi Triton adalah trak pikap terlaris di Nusantara untuk separuh pertama 2021, dengan 4,234 unit terjual. Bagi Toyota Hilux pula, ia berjaya mencatatkan sebanyak 3,605 unit. Angka ini tidak begitu jauh antara satu sama lain.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 09

Model pasaran Indonesia

Pada bulan Jun 2021 sahaja, Mitsubishi Triton telah terjual sebanyak 1,142 unit berbanding Toyota Hilux yang menyaksikan hanya 654 unit terjual. Ada peluang untuk Toyota Hilux cantas semula?

Mexico – Nissan bertapak di hati

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 10

Model pasaran Mexico

Mari bergerak ke hujung dunia untuk negara kali ini. Toyota Hilux dijual di negara-negara Amerika Utara yang terpilih seperti Mexico namun jenama Toyota Hilux tidak begitu kukuh jika dibandingkan dengan pasaran Malaysia.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 11

Nissan Frontier NP300 pasaran Mexico

Sebaliknya, trak pikap paling laris di Mexico ialah Nissan NP300. Perlu diingatkan, trak pikap ini berbeza dengan Nissan Navara NP300 yang biasa kita gunakan di Malaysia, Nissan NP300 pasaran Mexico ini khas sebagai sebuah trak pikap komersial, single cab. Trak pikap untuk kegunaan persendirian pula dipanggil Nissan Frontier NP300.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 12

Model pasaran Amerika Utara

Tahun lalu, Nissan Mexico menyaksikan sebanyak 44,577 unit Nissan NP300 terjual di sana, satu jurang yang agak besar dari 13,666 unit Toyota Hilux terjual. Kira-kira 3.3x ganda unit lebih banyak berbanding Hilux.

Brazil – Tak mainlah trak pikap ladder frame!

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 13

Fiat Toro

Brazil juga merupakan salah satu daripada beberapa negara Amerika Selatan di mana Toyota Hilux tidak mendominasi. Sebaliknya, gelaran trak pikap terlaris adalah Fiat Toro - trak pikap unibody yang dibina di Brazil dan dijual di negara-negara Amerika Latin.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 14

Model spesifikasi Brazil

Tanpa teragak-agak, Fiat menjual sebanyak 53,974 unit Fiat Toro pada tahun 2020 sahaja, jauh di hadapan Toyota Hilux dengan angka jualan sebanyak 32,394 unit.

Fiat Toro mungkin terus memimpin jualan tahun ini kerana data jualan menunjukkan sebanyak 34,089 unit Toro telah terjual dalam separuh pertama tahun 2020. Angka ini 1.7x ganda lebih banyak daripada 19.236 unit Toyota Hilux.

Namun jika trak jenis unibody seperti Fiat Toro tidak dikira, Toyota Hilux adalah trak ladder frame paling laris di Brazil, melebihi jualan Ford Ranger dan Volkswagen Amarok.

Chile – Mitsubishi L200 jadi taruhan

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 15

Model pasaran Chile

Selain dari Indonesia, Chile juga adalah negara lain di mana Mitsubishi Triton menjadi juara trak pikap. Di sana, nama Triton lebih generik dan dipanggil Mitsubishi L200.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 16

Model pasaran Chile

Walaupun berlakunya wabak pandemik di seluruh dunia, Mitsubishi Motors Chile berjaya menjual sebanyak 7,808 unit Mitsubishi L200 pada tahun 2020, meletakkannya jauh di hadapan Hilux. Pasaran trak pikap Chile juga sangat kompetitif kerana L200 hanya berjaya memegang pasaran sebanyak 17.3% sahaja - satu jumlah kecil untuk trak pikap nombor 1.

Sebagai rujukan, Toyota Hilux terjual sebanyak 5,972 unit pada tahun lalu dan ini dapat diterjemahkan sebanyak 13.2% pegangan pasaran. Tak jauh beza dengan Mitsubishi Triton, kan?

Bagaimana dengan Eropah?

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 17

Ford Transit, antara van komersial terlaris di Eropah

Secara tradisinya, trak pikap bukanlah kenderaan yang digemari di benua Eropah. Di sana, peniaga memilih van berbanding trak pikap bagi sebarang tugas-tugas perniagaan.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 18

Ford Ranger pasaran UK

Menurut data yang diberikan oleh Society of Motor Manufacturers and Traders (SMMT) di United Kingdom, trak pikap terlaris di UK adalah Ford Ranger, dengan 13,097 unit terjual pada tahun 2020. Nombor 1 pun banyak itu sahaja. 

Di Jerman pula, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jualan trak pikap nombor 1 adalah perlumbaan 2 ekor kuda antara Ford Ranger dan Volkswagen Amarok. Walau bagaimanapun, setelah Volkswagen menghentikan Amarok untuk pasaran Eropah, tinggal Ford Ranger sahaja yang meneruskan misi menjadi trak pikap terlaris di sana.

Perlukah Toyota berasa bimbang?

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 19

Tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh Toyota. Jualan Toyota Hilux di sesetengah negara yang disenaraikan adalah keseinambungan di mana Toyota Hilux juga mendominasi di negara-negara lain seperti Malaysia.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 20

Model Amerika Tengah

Di Argentina, Toyota Hilux mengalahkan saingan seperti Volkswagen Amarok, Ford Ranger, dan Fiat Toro. Malah, merujuk kembali ke negara Chile, Toyota Hilux sebenarnya berada di landasan yang tepat untuk mendapatkan kembali kedudukan tempat pertama apabila ia dinobatkan sebagai trak pikap terlaris untuk separuh pertama tahun ini.

Toyota Hilux mungkin trak pikap No 1 Malaysia tapi ini beberapa negara yang tak suka Hailak? 21

Awal tahun ini, Ford telah mengumumkan bahawa Ford Ranger adalah trak pikap terlaris di Filipina, dengan 9,767 unit terjual. Namun, data dari Toyota menunjukkan bahawa sebanyak 13,637 unit Toyota Hilux telah terjual tahun lalu, justeru mengukuhkan kedudukannya di atas jenama Blue Oval.

Selain itu, di negara-negara yang secara tradisional terkenal dengan trak pikap seperti Australia (ute) dan Afrika Selatan (bakkie), sebenarnya Toyota Hilux masih lagi mendominasi.

Bacaan Lanjut:

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux!

Tanpa sentimen jenama negara mana, GWM Pao adalah trak pikap China No. 1 di Australia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda