window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM?

Zamil Syaheer · Dec 30, 2020 10:00 AM

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Pada bulan Oktober lalu, UMW Toyota Motor telah melancarkan Toyota Hilux yang dikemas kini dengan rupa yang lebih ganas dan stailo.

Malah, UMW memperkenalkan varian tertinggi baru dalam barisan keluarga Hilux yang digelar sebagai Rogue. Ini adalah cubaan Toyota untuk melawan trak pikap ‘urban’ seperti Ford Ranger Wildtrak dan Mitsubishi Triton Adventure X.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 02

UNDI DI SINI!

Oleh sebab itulah, ianya tersenarai sebagai calon Kereta Tahun 2020 WapCar - BM. Jadi, apakah serba serbi yang membuatkan Toyota Hilux Rogue ini satu pakej yang menarik berbanding segmen kotemporari seperti sedan dan SUV?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kekuatan Toyota Hilux Rogue 2020 – serba boleh, macho, dan trenkuasa mantap

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Sebut saja trak pikap, memang tak sah kalau tak sebut nama Toyota Hilux. Terkenal di seantero Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak (malah seluruh dunia!) sebagai sebuah trak pikap yang lasak, dipercayai dan kuat, maka tak hairanlah nama ‘Hailak’ itu sinonim dengan segmen ini.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 02

Kemas kini yang diberikan oleh UMW Toyota Motor merangkumi pelbagai perubahan yang membuatkan Hilux jauh lebih moden, terutamanya dari segi trenkuasa dan keselamatan.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 03

Enjin 2.8 liter 1GD-FTV 4 silinder turbodiesel kini menghasilkan 204 PS dan 500 Nm. Toyota telah mengubahsuai sistem penyejukan turbo dan tekanan rel bahan bakar, memberi kenaikan kuasa 27 PS dan 50 Nm tork (naik dari 177 PS dan 450 Nm).

Lebih dari sekadar kenaikan kuasa, Toyota juga mendakwa terdapat peningkatan kecekapan bahan bakar sebanyak 4 peratus .

2020 Toyota Hilux vs Mitsubishi Triton vs Ford Ranger
Model Enjin Kuasa & Tork
Ford Ranger Wildtrak 2.0 liter twin-turbodiesel 213 PS / 500 Nm
Toyota Hilux Rogue 2.8 liter turbodiesel 204 PS / 500 Nm
Mitsubishi Triton VGT Adventure-X 2.4 liter turbodiesel 181 PS / 430 Nm

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 04

Di samping kuasa baru dan rupa yang macho serta ‘rugged’, Rogue kini dilengkapi dengans sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) Toyota Safety Sense (TSS).

Ia merangkumi kawalan pelayaran adaptif (ACC), brek kecemasan autonomi (AEB), amaran keberangkatan lorong dengan bantuan yaw dan monitor buta dengan amaran lalu lintas belakang belakang amaran (BSM, RCTA).

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 05

Hilux Rogue juga dilengkapi dengan 7 beg udara, di samping ciri-ciri lain seperti pemilih mod pemacu (Eco atau Power) dan stereng ‘variable flow control’.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 06

Salah satu fakta yang tak ramai orang ketahui tentang Hilux baru ini ialah sistem ‘off-road’ yang telah dipertingkatkan. Kini Hilux Rogue dilengkapi dengan suspensi Superflex, dipadankan dengan Auto Limited Slip Differential (LSD) dan Active Traction Control (A-TRC).

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 07

Dari segi keselesaan perjalanan, ia menyerap lubang dan permukaan yang tidak rata dengan cukup baik walaupun dengan sususan body-on-frame.

Toyota telah memberi lebih fokus kepada talaan penyerak hentakan bagi menyesuaikan ia dengan konsep ‘urban’ - lembut tapi tidak terlalu keras, mahupun membuatkan Hilux ini berbuai baik di selekoh ataupun jalan yang lurus.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 08

Sterengnya juga tidaklah terlalu ringan mahupun berat – secukup rasa.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 09

Akses ke ruang cargo terasa mudah kerana terdapat pengimbang pada engsel pintu but yang memperlahankan pembukaan supaya ia tidak terhentak jatuh. Pengimbang tersebut juga memudahkan pengguna untuk menutup pintu but dengan ringan.

Gagah perkasa betul-lah Hilux ni!

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 10

Memang betul Hilux Rogue ini tidak mengecewakan. Sebab itulah ia tersenarai dalam pilihan Kereta Tahun 2020 WapCar – BM.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 11

Dari awal permulaannya dari tahun 1968 hinggalah sekarang, memang Toyota Hilux tidak pernah mengecewakan. Hampir 50 tahun, nama Hilux itu telah menjadi simbol untuk ketahanan serta kebolehpercayaan.

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 12

Walaupun berharga hampir RM150,500, Hilux Rogue mempunyai pakej yang cukup lengkap untuk sebuah trak pikap. Boleh bawa barang, nampak stailo serta ‘rugged’, trenkuasa pun lebih padu, dan ‘reliable’, apa lagi?

Toyota Hilux Rogue – trak sasa yang layak menang Anugerah Kereta Tahun 2020 WapCar - BM? 13

Disebabkan itulah Toyota Hilux Rogue 2020 layak menerima anugerah Kereta Terbaik 2020 (Car Of The Year 2020). Kami tak mahu syok sendiri, anda tentukan! Jika anda bersetuju, undi model ini di laman undian WapCar yang sudahpun dibuka sejak 18 Disember 2020.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda