window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda?

Mersita · Jul 20, 2020 06:30 PM

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 01

Bila datang masanya untuk memilih trak pikap, selalunya jawapan yang diberi ialah Toyota Hilux kerana reputasinya yang kukuh dan kebolehtahanannya yang tinggi setelah bertahun-tahun.

Tapi, bagaimana pula dengan pilihan lain seperti Mitsubishi Triton dan Ford Ranger? Adalah trak lain berbaloi untuk wang hasil usaha keras anda?

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 02

Toyota Hilux – pilihan setia bagi ramai orang dan ada sebabnya

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi pelbagai tujuan, Toyota Hilux memenuhi kriteria sebagai trak untuk bekerja dengan sangat bagus. Apabila tiba masanya Hilux perlukan servis atau pembaikan, pusat servis Toyota yang banyak dan meluas mampu menampung keperluan pengguna.

Walaupun di kawasan pedalaman, Hilux boleh dilihat dipandu di sekitar kawasan kampung dan pekan-pekan kecil.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 01

Selain daripada itu, ruang dalaman Toyota Hilux juga sangak praktikal – ia menawarkan ruang simpanan sejuk di atas kotak sarung tangan dan juga beberapa lubang ‘cubby’ untuk menyimpan barang-barang bersaiz kecil.

Triton juga dilengkapi dengan Active Traction Control (A-TRC), dan ini memudahkan pemandu mentah tampak seperti pemandu ‘off-road’ yang berpengalaman.

Walaupun enjin turbodiesel 2.8 liternya boleh menjana 177 PS dan 450 Nm, dalam pemanduan dunia sebenar, enjinnya tidaklah begitu berkuasa seperti yang dinyatakan oleh angka-angka di atas.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 02

Kekurangan prestasi Hilux boleh dikaitkan dengan berat kekangannya, dimana ia mempunyai berat sebanyak 2,100 kg – membuatkan ia salah satu trak pikap yang paling berat di pasaran dan memberi impak pada nisbah antara kuasa dan beratnya.

Nisbah kuasa-ke-berat iaitu 84.3 PS per tan berada di belakang Ford Ranger (98.9 PS per tan) dan Mitsubishi Triton (93.8 per tan).

Oleh itu, penghalusan kabin pada Toyota Hilux boleh jadi lebih bagus kerana bunyi enjin agak bising pada kelajuan yang tinggi sedikit. Tetapi untuk kegunaan kasar, plastik keras dan tahan lasak diperlukan dalam trak.

Kelengkapan keselamatan pada Hilux juga agak kurang jika dibandingkan dengan Triton atau Ranger, dimana Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert hanyalah dua perincian keselamatan yang boleh dipilih dalam Hilux. Ia tiada kelengkapan ADAS seperti AEB atau FCW.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 03

Mitsubishi Triton – pikap paling selesa, sesuai untuk pemanduan harian

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 04

Harga bermula daripada RM 135,200, Mitsubishi Triton adalah trak pikap paling murah dalam perbandingan ini. Malah, Triton Adventure X adalah trak pikap paling murah yang dilengkapi dengan Autonomous Emergency Braking (AEB).

Walaupun murah, ia masih didatangkan dengan waranti yang agak komprehensif iaitu 5 tahun/200,000 km – meletakkannya di hadapan Toyota Hilux (5 tahun/150,000 km) dan Ford Ranger (3 tahun/100,000 km).

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 05

Tambahan pula, Triton adalah trak pikap yang paling selesa dalam segmen ini kerana tempat duduk belakangnya yang bersudut dan tetapan suspension yang ditala dengan baik.

Perincian Triton Super Select 4WD II juga jauh lebih moden berbanding saingannya, seperti yang dijelaskan di sini.

Walaupun pemanduan Triton selesa, skrin sentuhnya bersaiz 6.5 inci yang kecil adalah satu kekurangan, terutama sekali apabila dibandingkan dengan sistem SYNC 3 Ford Ranger.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 06

Penyelamatnya adalah penambahan Android Auto dan Apple CarPlay yang membuatkan Triton lebih ‘up-to-date’.

Yang menariknya, radius pusingan Triton 5.9 meter adalah setaraf dengan Honda Civic facelift, membuatkan proses parkir lebih mudah dan senang.

Apabila dipandu, kami perasan yang Triton – walaupun diberi transmisi automatik 6-kelajuan yang baru – tidak terasa sepantas untuk dipacu seperti model sebelumnya.

Apabila dipandu menaiki bukit curam, kami perasan yang nisbah gearnya agak tidak seimbang kerana transmisinya seperti berulang-alik antara gear kedua dan ketiga dengan terlalu kerap kerana tiada nisbah yang sesuai.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 07

Ford Ranger – memperhalusi segmen ini

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 08

Ford Ranger ialah satu lagi trak pikap yang popular di Malaysia, kerana Ranger secara umumnya memperhalusi persepsi orang ramai terhadap trak pikap.

Dengan adanya Ford Ranger, orang ramai sudah tidak menganggap trak pikap sebagai kenderaan untuk kerja keras yang tidak bergaya dan ‘sentiasa bersih’.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 09

Ini berubah ketika Ford Ranger generasi T6 diperkenalkan di Malaysia, dimana Ford berjaya mengubah persepsi umum dengan menonjolkan trak pikap yang juga sesuai sebagai kenderaan gaya hidup yang bergaya – sebahagian besarnya adalah kerana pemanduannya dan pengendaliannya yang hebat.

Walaupun Ranger Wildtrak mempunyai enjin paling kecil dalam perbandingan ini (turbodiesel 2.0 liter), ia juga yang paling berkuasa – kerana enjinnya mampu menjana 213 PS dan 500 Nm. Kuasa dihantar pada keempat-empat roda melalui transmisi automatik 10-kelajuan.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 10

Di dalamnya, kabin Ford Ranger Wildtrak terasa seperti ruang yang selesa – ada kemasan jahitan berwarna jingga yang menaikkan seri ruang dalamannya, manakala sistem infotainmen SYNC 3 juga mudah untuk digunakan.

Walaupun dengan semua kehebatan ini, waranti Ford Ranger adalah yang paling pendek berbanding yang lain kerana Ford Malaysia hanya menawarkan waranti 3 tahun/100,000 km.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 11

Butang peralihan manual pada Ranger juga diletakkan pada posisi yang janggal – iaitu pada batang gearnya, sama seperti Fiesta dan Focus (kini sudah tidak dihasilkan), membuatkan penukaran gear secara manual kurang intuitif berbanding ‘paddle shifters’.

Toyota Hilux vs. Mitsubishi Triton vs. Ford Ranger: Mana satu patut jadi pilihan anda? 12

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda