window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k!

Haris Β· Jan 4, 2021 06:30 PM

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 01

3 varian diperkenalkan seperti berikut. Varian E adalah varian paling bawah dan turut terbuka untuk pengguna komersial (teksi dan sebagainya).

  • Toyota Innova 2.0X – RM129,677.00
  • Toyota Innova 2.0G – RM121,483.00
  • Toyota Innova 2.0 E – RM111,622.00 

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 02

Rekaan yang diperkenalkan menjurus kepada rekaan crossover dengan perubahan kosmetik untuk bahagian depan yang memberikan penampilan lebih kemas.

Kemasan hitam dan krom digunakan pada gril, sementara perumah cermin sisi dalam warna krom, lengkap dengan lampu isyarat. Bahagian lampu kabus juga turut diberikan rekaan baru.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 03

Toyota Innova 2.0X juga bergaya eksklusif dengan kemasan lengkung tayar baru untuk melindungi bahagian badan, kemasan sisi badannya yang baru bersama-sama dengan skirt sisi.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 04

Penggunaan rim aloi 17-inci pada varian 2.0X kini dalam warna Dark Mica Metallic berbanding hitam biasa, rim untuk varian 2.0G pula menerima rekaan baru yang lebih dinamik. 

Pada bahagian belakang,kemasan pintu diberikan rekaan baru, sementara garisan bumbung pada Innova 2.0X diberikan profil baru yang nampak lebih aerodinamik.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 05

Sistem infotainment hadir dengan skrin sesentuh kapasitif 9-inci turut memaparkan ciri Panoramic View Monitor (PVM) dalam 3D yang kini menjadi ciri standard. Terdapat juga lebih banyak slot pengecas pada setiap barisan tempat duduk. Semuanya mempunyai ciri pengecasan pantas.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 06

Semua varian Innova menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP. Semua varian datang dengan 7 beg udara SRS dan semua penumpang di barisan ketiga mempunyai tali keledar 3-poin dengan ciri auto retracting.

Ia juga dilengkapi ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) serta Vehicle Stability Control (VSC) dengan Traction Control (TRC), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill-start Assist Control (HAC).

Ciri keselamatan Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) juga kini dilengkapi pada Toyota Innova 2021.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 07

Selain itu, terbaru pada Toyota Innova adalah ciri Toyota Vehicle Telematics System (VTS). Sistem ini boleh mengesan pergerakan kenderaan menggunakan teknologi GPS dan GSM.

Sekiranya kenderaan dicuri, VTSCommand Centre boleh mengesan lokasi kenderaan dan memaklumkan pihak berkuasa untuk mendapatkannya semula dalam masa yang singkat.

Toyota Innova 2021 didedah - rekaan baru, keselamatan dipertingkat dengan harga bermula RM 111k! 08

Toyota Innova 2021 adalah antara model kereta 7 penumpang paling murah di atas harga RM 100k. Tambahan keselamatan yang terkini menjadikan Toyota Innova lebih berbaloi untuk dimiliki. Adakah ia untuk anda?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda