Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru?

Haris · Feb 21, 2021 02:00 PM

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 01

Toyota Innova telah diberi nafas baru pada tahun 2021 dengan kemaskini kecil. Model facelift ini dilancarkan bersama model Toyota Fortuner di mana kedua-duanya berkongsi casis yang sama.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 02

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 03

Seiring dengan kemaskini terbaru tersebut, harga bagi model Toyota Innova mengalami peningkatan sekitar RM 4k. Namun adakah peningkatan tersebut berbaloi? Ikuti panduan kami di sini.

Varian Toyota Innova

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 04

Terdapat 3 varian yang ditawarkan pada harga serendah RM 111k. Pecahan harga varian (termasuk pengecualian cukai SST, sah sehingga 30 Jun 2021) adalah seperti berikut:

Harga Toyota Innova facelift 2020
Varian Harga
2.0 E (AT) RM 111,622
2.0 G (AT) RM 121,483
2.0 X (AT) RM 129,677

Rekaan luar - lebih garang

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 05

MPV 7 penumpang ini mengetengahkan rekaan yang lebih garang kali ini. Bagi pasaran MPV yang semakin mengecil, ini adalah suatu langkah yang baik untuk mengalihkan pandangan pembeli daripada SUV 7 penumpang ke Toyota Innova.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 06

Rekaan DRL juga dikemaskini nampak lebih ramping tetapi masih mengekalkan elemen garang dengan bingkai hitam. Rekaan gril hadapan pula adalah lebih kecil berbanding sebelum ini dengan saiz 'dagu' yang diperbesar.  

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 07

Sungguhpun begitu, kemaskini Toyota Innova 2021 facelift ini banyak tertumpu pada bahagian hitam dan varian X sahaja. 

Malah, seiring dengan trend 'chrome delete' pada waktu ini, Toyota Innova 2021 facelift didapati mengurangkan kemasan krom pada bahagian luar dan menggantikannya dengan warna hitam.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 08

Malah, bahagian belakang dilihat kekal sama tanpa sebarang perubahan ketara. Melainkan anda memilih varian X, model Toyota Innova 2021 ini tampak sama secara keseluruhan.

Baca: Perbandingan varian Toyota Innova 2021

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 09

Varian 2.0 G menerima roda aloi dua tona perak dan hitam 16-inci yang baru bagi melengkapkan lagi keseluruhan rupa model Toyota Innova 2021 ini.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 10

Sementara itu, varian 2.0 X pula mengekalkan reka bentuk roda 17 inci yang sama dengan pra facelift. Walau bagaimanapun, rim tersebut berwarna Dark Mica Metallic dan bukannya hitam.

Rekaan dalaman - Tambahan pengecas USB

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 11

Varian 2.0 X menampilkan tempat duduk jenis captain seat

Kebanyakan ciri-ciri kabin pada Toyota Innova pra facelift masih dikekalkan. Pembeli menerima tempat duduk baris kedua jenis captain seat pada varian 2.0 X manakala varian lain mengekalkan tempat duduk bangku pada baris kedua.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 12

Varian 2.0 E dan 2.0 G menampilkan tempat duduk bangku

Apa yang ditambah pada kabin dalaman Toyota Innova 2021 adalah jumlah pengecas USB. Hal ini meningkatkan praktikaliti MPV ini yang selalu digunakan untuk membawa ramai penumpang tanpa sebarang masalah.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 13

Peningkatan kabin dalaman lebih tertumpu kepada kemudahan yang merangkumi port pengecasan tambahan yang menyokong pengecasan pantas. Port USB 2 depan kini terletak di papan pemuka dan terdapat port pengecasan tambahan di baris ketiga.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 14

Skrin infotainment 9 inci Toyota Innova 2021 ini hadir dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto. Sebagai pilihan tambahan, anda juga boleh menambah pengecas nirwayar mengikut pakej yang ditawarkan.

Trenkuasa - kekal terbukti

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 15

Enjin 1TR-FE

Kesemua varian di Malaysia hanya menggunakan enjin 2.0 liter dual VVT-i 1TR-FE dengan padanan transmisi 6 kelajuan automatik. Spesifikasi tersebut mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 139 PS dan 183 Nm untuk menggerakkan roda belakang.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 16

Memandangkan enjin tersebut masih andal, tiada sebab untuk melakukan sebarang peningkatan enjin pada model MPV segmen D ini.

Ciri keselamatan dipertingkat

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 17

Kabin dalaman Toyota Innova pra facelift

Hadir dengan 7 beg udara, ABS, EBD, Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control System (TCS), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill-start Assist Control (HAC), Toyota Innova 2021 ini hadir dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaik dari Toyota.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 18

Walaubagaimanapun, peningkatan yang dimaksudkan adalah tambahan ciri BSM dan RCTA.

Khusus untuk varian 2.0 G dan 2.0 X ialah ciri Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)penarafan ASEAN NCAP sebanyak 5 bintang.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 19

Menariknya, BSM dan kamera panoramik 360 darjah turut ditawarkan sebagai pilihan pada varian asas E. Jika anda berminat dengan varian asas, disarankan untuk menambah ciri-ciri tersebut.

Toyota Innova 2021 facelift - Apa perbezaan lama dan baru? 20

Toyota Innova mungkin tidak sinonim dengan keselesaan namun tahap kebolehpercayaan yang tinggi pada MPV ini patut dipertimbangkan. Berdasarkan panduan ini, peningkatan harga yang dicadangkan tampak berbaloi justeru pilihan kini di tangan anda!

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2021 Toyota Innova International Version

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru