window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k?

Faisal Β· May 29, 2023 06:00 PM

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k? 01

Semenjak UMW Toyota merasmikan Innova pada tahun 2004, ia dipasang secara lokal (CKD) di kilang ASSB yang terletak di Shah Alam.

Apapun, mengenai Toyota Innova Zenix 2023 yang berasaskan TNGA-C nanti, sumber terdekat mengesahkan bahawa ia akan diimport (CBU) dari kilang Toyota di Karawang, Indonesia.

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k? 02

Kredit foto: The Ajerul.

Apa yang lebih menguatkan perkara ini adalah kelibat Innova Zenix di atas lori yang turut memperlihatkan Camry ACV70 (CBU Thailand) yang dijumpai oleh The Ajerul. Menurut sumber itu, gambar ini diambil di Westport, Klang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSpyshot: Toyota Innova generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force?

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k? 01

Untuk makluman anda, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) ada kilang di Karawang yang mana ia merupakan hab produksi serantau buat Toyota Innova Zenix. Kilang tersebut turut mengeksport MPV ini ke Filipina, Thailand dan Vietnam. Malaysia pula lokasi seterusnya yang bakal mereka eksportkan.

Bagi anda yang belum tahu, UMW Toyota Motor sekarang menawarkan Innova generasi AN140 melalui varian 2.0G dan 2.0X, masing-masing pada harga RM 133,880 dan RM 141,880.

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k? 02

Jadi, apabila Toyota Innova Zenix tiba nanti, harga mungkin mengalami lonjakan. Walaupun Malaysia dan Indonesia adalah ahli kepada ATIGA, ASEAN Trade in Goods Agreement di mana kerjasama ini membenarkan pengecualian cukai import, Malaysia masih mengenakan duti eksais terhadap kereta yang dipasang di ASEAN. Dalam kes Innova Zenix, MPV yang menggunakan enjin 2.0L ini dikenakan duti eksais sebanyak 75%.

Lagi satu, disebabkan model CBU, ia tidak akan mendapat rebat duti eksais seperti yang diperoleh kereta model CKD di mana ia bergantung kepada berapa banyak kandungan konten.

Secara teknikal, harga lebih kurang RM 150k untuk varian permulaan agak logik tetapi varian hibrid nanti akan lagi mahal.

Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k? 03

Dalam konteks harga yang disebutkan, adakah Toyota Voxy recond lebih berbaloi untuk dibeli?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda