window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi?

Haris Β· Feb 17, 2021 08:00 PM

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 01

Awal bulan ini, UMW Toyota Malaysia (UMWT) telah melancarkan Toyota Innova 2021 facelift di Malaysia. Terdapat 3 varian dengan harga bermula RM 111k, di sini kami jelaskan sedikit sebanyak perbezaan antara varian sebagai panduan membeli anda.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 02

Berikut adalah harga Toyota Innova mengikut varian (tanpa SST sah sehingga 30 Jun 2021):

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Innova 2.0 E (AT) - RM 111,622
  • Innova 2.0 G (AT) – RM 121,483
  • Innova 2.0 X (AT) – RM 129,677

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 01

Toyota Innova adalah sebuah MPV segmen D yang berkongsi casis dengan Toyota Fortuner dan Toyota Hilux. Berdasarkan maklumat tersebut, jangkakan karakter yang sama antara ketiga-tiga model tersebut.

Ciri yang paling utama bagi MPV ini adalah tegap dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi untuk melaksanakan tugasnya membawa penumpang.

Aspek Trenkuasa

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 02

Kesemua varian di Malaysia hanya menggunakan enjin 2.0 liter dual VVT-i 1TR-FE dengan padanan transmisi 6 kelajuan automatik. Spesifikasi tersebut mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 139 PS dan 183 Nm untuk menggerakkan roda belakang.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 03

Enjin tersebut telah dikekalkan daripada model Toyota Innova pra-facelift yang bermakna hanya tambahan kosmetik dan kelengkapan sahaja yang ditawarkan pada model Toyota Innova facelift 2020.

Rekaan Luar

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 04

Seperti yang dinyatakan, Toyota Innova 2021 hanya menerima kemaskini kosmetik dan ciri-ciri. Untuk permulaan, kesemua varian menerima lampu hadapan automatik. Perbezaan lampu hadapan pula adalah seperti berikut:

Jenis lampu hadapan Toyota Innova 2021
Varian Jenis lampu hadapan
E dan G halogen multi reflektor
X LED projektor

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 05

Selain itu, perbezaan varian juga dapat dilihat pada bahagian gril. Untuk perhatian anda:

Warna grill hadapan Toyota Innova 2021
Varian Warna
E Hitam dan kelabu
G Kelabu dan krom
X Hitam dan krom gelap

Kedua-dua varian E dan G menggunakan rim aloi 16 inci manakala varian X menggunakan rim 17 inci berwarna Dark Mica Metallic.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 06

Varian X didatangkan dengan 'Enhancement Package' yang meliputi skirting keseluruhan dan aksesori overfender.

Hanya varian X sahaja yang ditawarkan dalam warna Crimson Spark Red Metallic. Warna lain yang ditawarkan adalah:

  • Bronze Mica Metallic
  • Medium Silver Metallic
  • Phantom Brown Metallic
  • Super White II
  • Silver Metallic
  • Attitude Black Mica

Bahagian Kabin Dalaman

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 07

Bergerak ke bahagian dalam, varian X mempunyai konfigurasi tempat duduk 6 penumpang kerana kerusi bahagian tengah adalah jenis captain seat. Ia dilengkapi dengan kemasan kombinasi kulit hitam - perak, warna hitam piano, dan sira kayu sintetik.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 08

2.0 G variant shown

Varian E dan G lebih kepada praktikaliti dengan konfigurasi 7 penumpang dan kemasan fabrik.

Kesemua varian didatangkan dengan tambahan port pengecas USB bagi kemudahan mengecas peranti.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 09

Illustrasi Toyota Innova 2.0G

Varian G tampak lebih berbaloi untuk dimiliki kerana ia lebih seimbang antara praktikaliti dan gaya. Namun jika anda mahukan sebuah MPV bukan Toyota Alphard atau Vellfire yang kelihatan zuhud, varian X adalah pilihan terbaik.

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 10

But belakang dengan ciri penutupan lembut

Kedua-dua varian G dan X dilengkapi dengan lampu suasana LED bahagian bumbung, dulang untuk tempat duduk baris kedua, sistem infotainment 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto dan akhir sekali but belakang dengan ciri penutupan lembut.

Ciri Keselamatan

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 11

Dengan 5 bintang ASEAN NCAP, Toyota Innova 2021 ditawarkan dengan ciri keselamatan berikut:

  • 7 beg udara
  • ABS dengan EBD dan BA
  • VSC with kawalan cengkaman (TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 12

BSM hadir standard pada G dan X tetapi pilihan kepada E

Blind-spot monitor (BSM) dan Rear cross-traffic alert (RCTA) dilengkapi pada model G dan X tetapi ia didatangkan sebagai kelengkapan pilihan pada varian E. Kamera panoramik juga ditawarkan dalam pakej yang sama.

Kesimpulan

Toyota Innova facelift 2021 - varian mana yang paling berbaloi? 13

Toyota Innova mungkin tidak sinonim dengan keselesaan namun tahap kebolehpercayaan yang tinggi pada MPV ini patut dipertimbangkan. Perbezaan harga antara varian G dan X adalah perbahasan utama namun yang lebih mahal tidak semestinya yang lebih baik. Anda mahu 6 penumpang atau 7 penumpang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda