window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k

Faisal · Nov 5, 2021 12:26 PM

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k 01

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja mengemaskini Toyota Innova, Hilux dan Fortuner 2021 di Malaysia dengan ciri seperti penyaman udara dwi-zon, pengecas tanpa wayar dan port USB C.

Harganya pula menyaksikan peningkatan sekitar RM 2k untuk Fortuner dan RM 4k untuk Innova..

Harga terbaru (dari)  
Model Harga baru Harga lama
Toyota Innova 2.0X RM 129,677 RM 133,355
Toyota Hilux Rogue RM 144,880 RM 146,880
Toyota Fortuner 2.8 VRZ RM 203,167 RM 207,553

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k 02

Penyaman udara dwi-zon.

Mengenai Toyota Innova, MPV 7 tempat duduk ini dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 2.0L yang menghasilkan 139 PS dan 183 Nm tork. Hembusan tenaga ini dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k 01

Innova.

Antara ciri yang ada termasuklah sokongan Apple CarPlay dan Android Auto (2.0G dan 2.0X), tempat duduk kulit (2.0X) dan lampu depan dan belakang jenis LED (2.0X).

Pengecas telefon tanpa wayar pula kini standard untuk semua varian.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Toyota Innova 2.0X facelift 2021 – MPV luas yang selesa tapi enjin semput?

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k 02

Fortuner.

Berkenaan Toyota Fortuner, ia hadir dengan penawaran enjin aspirasi natural 2.7L (166 PS, 245 Nm) dan enjin 2.4L turbodiesel (150 PS, 400 Nm) yang turut dikongsi dengan Hilux. Selain itu, kedua-dua model turut datang dengan pilihan enjin 2.8L turbodiesel yang menghembuskan 204 PS dan 500 Nm tork. Kesemua sumber tenaga dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Hilux 2.8 Rogue dan 2.4V hadir dengan penyaman udara dwi-zon. Begitu juga dengan Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 VRZ.  Khusus untuk Fortuner adalah port USB belakang yang dinaik taraf ke jenis USB C.

Juga bacaRebiu: Toyota Fortuner 2.8 VRZ 2021 – teringat pada Land Cruiser dan Mitsubishi Pajero lama!

Toyota Innova, Hilux & Fortuner 2021 diperbaharui, AC dwi-zon & USB C, naik RM 2k - RM 4k 03

Hilux.

Varian lebih atas pula lengkap dengan lampu ciri depan dan belakang jenis LED, tempat duduk kulit dan ADAS Toyota Safety Sense (TSS).

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Fortuner 2.4 AT 4x4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda