window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah!

Haris Β· Dec 30, 2022 03:00 PM

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 01

Toyota Kirloskar Motor Private Limited (TKM) telah merasmikan Toyota Innova Hycross 2022, MPV 7-penumpang baharu dalam barisan produknya. Model yang sama turut dikenali di bahagian dunia lain dengan nama Innova Zenix.

Sebelum itu, sebanyak 8 varian 2023 Toyota Innova Hycross yang ditawarkan dengan harga bermula daripada varian G 7-penumpang berharga Rs 18.30 lakh (RM 97,593) dengan varian teratas Hybrid ZX (O) berharga Rs 28.97 lakh (RM 154,318)

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin 4-silinder 2.0 liter kini hadir dalam 2 pilihan. Pertama, enjin aspirasi semula jadi (M20A-FKS) yang menghamburkan 173 PS dan 205 Nm tork. Kedua ialah enjin hibrid (M20A-FXS) dengan output gabungan 184 PS kuasa kuda.

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 01

Toyota Innova Hycross menandakan satu era di mana ia menggugurkan enjin diesel, pacuan roda hadapan untuk semua varian dan tiada lagi transmisi manual. Kesemua ini dicerminkan melalui nama baru β€œHyCross” bagi mensasarkan pelanggan yang lebih mewah.

Baca: Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 02

Pada bahagian hadapan, Toyota Innova generasi baharu dilihat menampilkan gril besar berbentuk pentagon yang diapit lampu hadapan tirus, tidak jauh berbeza dengan Toyota Corolla Cross. Keseluruhan rekaan adalah berdasarkan tema "Innovative Multipurpose Crossover" yang menjawab mengapa rekaannya kini lebih mirip kepada sebuah SUV.

Baca: Belum sampai sebulan, 2023 Toyota Innova baharu terima permintaan sehingga ratusan unit sehari!

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 03

Mengenai konfigurasi tempat duduk, Toyota Innova Hycross mendapat susun atur 7 dan 8 tempat duduk. Konfigurasi 7 tempat duduk mendapat dua kerusi kapten dengan fungsi ottoman untuk barisan tengah varian atasan. 

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 04

Susun atur 8 tempat duduk, sebaliknya, mendapat tempat duduk bangku untuk kedua-dua baris kedua dan ketiga. Toyota menyediakan tali pinggang keledar tiga mata untuk semua penumpang.

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 05

Aspek keselamatan pula ditampung oleh ciri-ciri standard seperti 6 beg udara, 4 sensor tempat letak kereta (2 hadapan, 2 belakang), kawalan kestabilan kenderaan (VSC), kawalan cengkaman (TRC), kawalan daki bukit (HAC) dan brek ABS + EBD.

Suite ADAS Toyota Safety Sense pula menyenaraikan ciri-ciri seperti:

  • Pre-collision system (PCS)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (ACC, kamera stereo)

Toyota Innova HyCross umum harga cecah RM 154k, mahu sasar pelanggan mewah! 06

Terdapat 7 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Blackish Ageha Glass Flake, Super White, Platinum White Pearl, Silver Metallic, Attitude Black Mica, Sparkling Black Pearl, Crystal Shine dan Avant Garde Bronze Metallic

Toyota India menawarkan jaminan hanya selama tiga tahun atau 1,00,000km, yang boleh dilanjutkan kepada lima tahun atau 220,000km. Pengeluar kereta itu juga menawarkan jaminan selama 8 tahun atau 160,000km untuk bateri hibrid.

Baca: Ini 3 sebab Toyota Innova Zenix di Thailand boleh jadi teksi yang lagi mantap daripada Fortuner

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda