window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota kemaskini harga tahun 2023 - Corolla Altis naik RM 4k, Camry naik RM 10k!

Haris · Jan 4, 2023 11:59 AM

Toyota kemaskini harga tahun 2023 - Corolla Altis naik RM 4k, Camry naik RM 10k! 01

Minggu pertama tahun 2023 menyaksikan kenaikan beberapa model kenderaan. Toyota dilihat mengemaskini harga beberapa model mengikut jejak langkah BMW dan MINI yang telah mengemaskini harga lebih awal lagi.

Berikut adalah senarai model yang terkesan.

Harga Toyota 2023 
Model Harga
Corolla Altis 1.8 E RM 134,888 (naik RM 4,000)
Corolla Altis 1.8 G RM 145,888 (naik RM 4,000)
Camry 2.5 V RM 219,888 (naik RM 10,000)
Harga OTR tanpa insurans dan cukai jalan

Kedua-dua model ini diimport sepenuhnya (CBU) Thailand, bermakna nilai tukaran matawang Ringgit yang lemah dan inflasi menjadi sebahagian besar punca terhadap kenaikan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Isu bekalan cip kereta akan pulih menjelang 2023; tempoh menunggu dijangka pendek tapi harga mungkin naik

Toyota kemaskini harga tahun 2023 - Corolla Altis naik RM 4k, Camry naik RM 10k! 01

Di seluruh dunia, harga logam dan komponen dengan semikonduktor terus meningkat serta keadaan menjadi bertambah buruk lagi oleh kenaikan kos logistik. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa nilai matawang kita semakin mengukuh namun operasi jual beli konglomerat besar adalah berbeza dan kesannya tidak berlaku secara langsung seperti harga barang konsumer.

Toyota kemaskini harga tahun 2023 - Corolla Altis naik RM 4k, Camry naik RM 10k! 02

Sementara itu, spesifikasi bagi kedua-dua kereta kekal sama seperti sebelum ini. Toyota Corolla Altis dipacu oleh enjin 1.8 liter 2ZR-FE (139 PS/172 Nm), manakala Toyota Camry menggunakan enjin 2.5 liter Dynamic Force (209 PS/253 Nm).

Kedua-dua kereta dibangunkan oleh platform Toyota New Global Architecture (TNGA).

Baca: Kenaikan kadar tarif elektrik 566 peratus mengejut, harga kereta mungkin naik mendadak!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda