window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota kini jenama kereta No.1 di dunia, mengalahkan Volkswagen ketika COVID-19

Mersita ยท Jan 29, 2021 07:00 PM

Toyota kini jenama kereta No.1 di dunia, mengalahkan Volkswagen ketika COVID-19 01

Toyota Motor Corp berjaya merangkul takhta pembuat kereta No.1 dunia dari segi jumlah jualan buat pertama kali dalam masa lima tahun - mengalahkan pembuat kereta dari Jerman iaitu Volkswagen.

Kebanyakan industri di dunia terpaksa bergelut mengharungi kesan pandemik COVID-19, dan dalam aspek ini, Volkswagen menerima tempias lebih teruk berbanding pesaingnya dari Jepun itu. Jumlah jualan global terkumpul bagi Volkswagen jatuh 15.2 peratus kepada 9.305 juta kenderaan pada tahun 2020.

Toyota kini jenama kereta No.1 di dunia, mengalahkan Volkswagen ketika COVID-19 02

VW Tiguan, model Volkswagen paling laris 2020

Toyota juga mengalami penurunan dari segi jualan globalnya, iaitu 11.3 peratus kepada 9.528 juta kenderaan pada tahun lepas. Namun, ini membolehkan Toyota mendaki ke tangga pertama dengan penurunan yang lebih selamat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota berjaya mengharungi kesan pandemik – dimana pelanggan sudah tidak dapat berkunjung ke bilik-bilik pameran dan kapasiti produksi terpaksa dikurangkan – dengan lebih baik, sebahagiannya kerana pasaran asalnya iaitu Jepun dan rantau Asia secara amnya tidak begitu serius impaknya berbanding di Eropah dan Amerika Syarikat.

Toyota kini jenama kereta No.1 di dunia, mengalahkan Volkswagen ketika COVID-19 01

Toyota RAV4, model paling laris Toyota 2020

Memandangkan permintaan bagi kereta kini semakin pulih, terutamanya di China, Toyota serta pembuat-pembuat kereta yang lain sedang berusaha untuk mengambil peluang perniagaan dalam permintaan kereta elektrik yang semakin melonjak.

Toyota berkata nisbah jualan kenderaan elektrik (EV) mereka pada tahun 2020 meningkat kepada 23 peratus bagi jualan keseluruhan berbanding 20 peratus pada tahun sebelumnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda