Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan!

Zamil Syaheer · Dec 3, 2020 06:00 PM

Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan! 01

Lakaran dari clicccar.

Toyota Land Cruiser akhirnya bakal melalui fasa perubahan model sepenuhnya (FMC) pada tahun 2021, 14 tahun selepas model generasi semasa. Land Cruiser generasi seterusnya mungkin dipangil siri-300 kerana generasi semasa dikenali sebagai siri-200.

Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan! 02

Toyota Land Cruiser siri-200.

Toyota Land Cruiser 300 2021 dikatakan bakal menggunakan ‘body-on-frame’ baru berdasarkan platform TNGA, mungkin dipanggil sebagai TNGA-F. Platform TNGA-F ini dikatakan bakal digunapakai untuk model generasi seterusnya seperti Lexus LX, Toyota Prado, dan mungkin juga Toyota Hilux.

Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan! 03

Imej dari creative311.

BestCarWeb melaporkan bahawa enjin 4.6 liter V8 aspirasi natural mungkin akan digantikan dengan enjin V6 bercas turbo (petrol dan juga diesel). Ada juga ura-ura mengatakan versi hibrid-elektrik mungkin ada dalam perancangan.

Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan! 04

Imej dari creative311.

Selain trenkuasa baru, sistem pacuan empat roda dan juga suspensi bakal direka semula untuk platform TNGA baru.

Toyota Land Cruiser 300 2021 serba baru bakal debut tahun depan! 01

Toyota Land Cruiser siri-200.

Menurut BestCarWeb juga, Toyota telah memberi memberitahu pengedar mereka di Jepun tentang kehadiran Toyota Land Cruiser 300 2021 ini di bilik pameran masing-masing seawal bulan April tahun depan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru