window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi?

Faisal ยท Sep 25, 2021 12:00 PM

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 01

Setelah dua bulan sejak pelancaran di pasaran Jepun, unit terawal buat Toyota Land Cruiser 300 (LC 300) nampaknya telah mula mengorak langkah ke Thailand.

Pengedar recond AEY Auto Import yang membuat hantaran di Facebook baru-baru ini menyatakan bahawa mereka telah membawa masuk SUV 4x4 itu sebanyak lima unit. Stok yang anda lihat ini sebenarnya telah dijual. Malah, dua unit telahpun ditempah. Kiranya, tinggal lagi dua unit sahaja.

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 02

Land Cruiser GR Sport.

Pengedar itu berkata bahawa mereka akan membawa masuk lima unit sahaja untuk tahun ini. Tahun depan nanti akan ada lagi empat unit. Untuk makluman anda, AEY Auto Import menawarkan LC 300 dengan varian seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • TX – 7.49 juta THB (~RM 938k)
  • GR Sport – 7.79 juta THB (~RM 975k)

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 01

Secara amnya, Land Cruiser 300 yang berasaskan platform TNGA-F ini didakwa 20 peratus lebih kukuh. Malah berbanding generasi 200, ia 200 kg lebih ringan.

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 02

Dari segi teknikal, LC 300 tampil dengan pilihan enjin V6 petrol 3.5L twin-turbo (415 PS, 650 Nm tork) dan enjin V6 diesel 3.3L twin-turbo (309 PS, 700 Nm tork). Kedua-dua sumber tenaga ini dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan DirectShift.

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 03

Untuk pengetahuan anda, Toyota pernah berkata bahawa sesetengah pasaran akan menerima enjin V6 aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Juga bacaToyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Tetapi apa yang paling mengagumkan ialah bagaimana AEY Auto Import berjaya mengimport secepat ini.

Maklumlah, tempoh menunggu buat pembeli LC 300 sekarang ini pun sudah cecah empat tahun. Malah dengan langkah tambahan dari Toyota Jepun untuk bendung unit yang hendak dijual semula, agak bertuah bagi sesiapa yang dapat memiliki LC 300 seawal ini.

Juga bacaTakut pengganas, pemilik Toyota Land Cruiser 2022 hanya boleh jual lepas setahun?

Toyota Land Cruiser 300 'recond' kini di Thailand, sekatan jualan semula tidak menjadi? 04

Para pembeli di Malaysia diharapkan supaya terus bersabar kerana senarai menunggu buat masa sekarang amatlah panjang.

Juga bacaPenangan Toyota Land Cruiser 300 baru, 4 tahun tempoh menunggu sampai tempahan tergendala!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda