window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Mersita · Jun 10, 2021 03:00 PM

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 01

Satu model ‘flagship’ Toyota Land Cruiser baharu akan muncul sedekad sekali, dan kini sudah tiba masanya – Toyota Land Cruiser 300 Series yang dibina di atas platform baharu Toyota berdasarkan TNGA, platform GA-F. Ia menggantikan 200 Series yang sudah berusia 14 tahun.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar intipan sebelum ini, rekaan 300 Series menonjolkan beberapa pembaharuan, namun perubahan lebih ketara boleh dilihat pada aspek teknikalnya di sebalik hudnya.

Apa yang baru pada Toyota Land Cruiser 300 Series?

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rangka 300 Series lebih ringan dan lebih tegar; hasilnya pengurangan berat sebanyak 200 kg, titik graviti lebih rendah, pembahagian berat lebih baik, dan juga struktur suspensi yang dipertingkatkan.

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 01

Menurut kenyataan Toyota, ‘ride and handling’ 300 Series bagi ‘on-road’ dan ‘off-road’ sudah dinaiktaraf hasil sentuhan pemandu Dakar Rally yang “memiliki kepakaran teknikal tinggi.”

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 02

Memandangkan prestasi ‘off-road’ satu perkara penting bagi lencana Land Cruiser, 300 Series dilengkapi dengan sistem suspensi serba baharu dipanggil E-KDSS (Electronic Kinetic Dynamic Suspension System) serta geometri suspensi yang lebih baik dimana ia mempertingkatkan artikulasi roda.

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 03

Setakat ini, apa yang boleh kami katakan tentang E-KDSS ialah ia tampak seperti KDSS hidraulik standard namun dalam versi elektronik yang melaraskan ‘sway bars’ – selalunya digunakan untuk mempertingkatkan pengendalian ‘on-road’ – bagi membolehkan pergerakan gandar ‘off-road’ yang lebih baik.

Tiada lagi V8, digantikan dengan V6 twin-turbo untuk Land Cruiser 300 Series

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 04

Rakyat Malaysia yang berminat untuk membeli 300 Series boleh menarik nafas lega kerana enjin V8-nya yang terlampau mahal sudah digantikan dengan opsyen yang lebih mesra alam.

300 Series akan didatangkan dengan enjin petrol V6 twin-turbo 3.5 liter (415 PS/650 Nm) dan enjin diesel V6 twin-turbo 3.3 liter (309 PS/700 Nm).

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 05

Kedua-dua enjin ini lebih berkuasa daripada enjin V8 yang digunakan sekarang, dan enjin baharu ini akan dipadankan dengan kotak gear automatik DirectShift-10AT sepuluh kelajuan bagi kecekapan ekstra.

Toyota juga menyatakan bahawa beberapa pasaran akan menerima enjin V6 beraspirasi natural (NA) ‘spec’ rendah dengan opsyen kotak gear automatik enam kelajuan.

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 06

Walaupun rangkaian 300 Series juga menawarkan varian GR Sport yang ranggi, usah dijangka yang ia sebuah SUV berprestasi tinggi padan untuk Dakar Rally.

Tiada sebarang pengumuman yang mengatakan adanya varian ditala untuk prestasi tinggi di dalam barisan model 300 Series setakat ini. Sebaliknya, ia hanyalah pilihan kemasan atau ‘trim’ bagi pemandu yang bercitarasa lain dari yang lain.

Ruang dalam kabin, teknologi, dan kelengkapan Toyota Land Cruiser 300 Series

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 07

Di dalam 300 Series, anda akan lihat ruang kabin yang lebih bertumpukan pemandu dengan konsol tengah timbul. Barisan tempat duduk ketiga juga kini boleh dilipat rata ke dalam lantai kabin bagi meluaskan lagi kapasiti bagasi di belakang. Dahulunya, ia hanya boleh dilipat ke sisi.

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 08

Bagi aspek teknologi pula, 300 Series akan didatangkan dengan sistem pemantauan Multi-Terrain Monitor yang menunjukkan halangan terlindung dari sudut pandang pemandu, Multi-Terrain Select bagi fungsi pemilihan mode pemanduan secara automatik, serta pakej keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS) terkini dengan fungsi-fungsi tambahan.

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 09

Fungsi-fungsi tambahan ini termasuklah sistem pengesanan pejalan kaki dan kenderaan di persimpangan, fungsi pengelakan pelanggaran dan pengemudian kecemasan, serta Brek Sokongan Parkir yang membantu pemandu untuk mengelakkan insiden titik-buta semasa memarkir kenderaan.

Adakah Toyota Land Cruiser 300 Series akan tiba di pasaran Malaysia?

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally 10

Mengikut sejarah pasaran, UMW Toyota Motor belum pernah menawarkan Land Cruiser ‘flagship’ kepada pelanggan peribadi di Malaysia. Kebanyakan Land Cruiser yang tiba di Malaysia tiba menerusi pengimpot persendirian ataupun menerusi perolehan Kerajaan.

Walau bagaimanapun, memandangkan Toyota kini sedang berusaha untuk menawan semula tangga teratas dikalangan jenama bukan nasional di Malaysia, ditambah pula dengan hakikat 300 Series kini menggunakan enjin V6 yang lebih mesra dompet, siapa tahu Super King ini mungkin tiba-tiba muncul menyapa anda di bilik pameran berhampiran.

Baca juga: Honda Malaysia masih No.1? 2021 tahun Toyota untuk rampas takhta

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda