window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k!

Faisal · Jun 27, 2021 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum kenal, Land Cruiser generasi 80 (LC 80) sering dianggap sebagai Land Cruiser terbaik sepanjang zaman. Betapa hebatnya ia sampaikan Land Cruiser 300 baru yang bukan main moden sekalipun mengambilnya sebagai sumber inspirasi. LC 80 juga cukup digemari oleh rakyat Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak. Malah di sana, SUV ini mendapat gelaran ‘Ninja’ ataupun ‘Ninja Turtle’.

Juga bacaToyota – Land Cruiser 300 diinspirasi oleh Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’, bukan LC 200

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 01

Baru-baru ini, seorang hamba Allah di Amerika telah membeli sebuah Toyota Land Cruiser 80 dengan harga 136,000 USD (~RM 564,000). Harga begini sebenarnya boleh mendapatkan anda sebuah sportscar GR Supra.

Juga bacaRebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 02

Tetapi kenapa harga SUV tersebut luar biasa mahal? Kalau anda nak tahu, SUV tahun 1994 ini telah dipandu sejauh 1,005 batu (1,617 km) sahaja. Kalau diterjemahkan, ia hanya bergerak sejauh 60 km sahaja setiap tahun.

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 01

Menurut senarai jualan kereta, Ninja Turtle yang ‘rare’ ini dilengkapkan sekali dengan triple locking differential. Untuk pengetahuan anda, agak jarang untuk pembeli menambah pilihan ini.

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 02

Dari segi trenkuasa, ia datang dengan enjin petrol 1FZ-FE 4.5L 6 silinder sebaris (212 PS, 373 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan dan 2 kelajuan nisbah rendah.

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 03

Walaupun Land Cruiser sinonim dengan kereta yang boleh menjelajahi segala pelosok dunia, unit yang anda lihat ini pasti sayang untuk diperlasakkan. Malah, ia mungkin tidak akan digunakan dengan kerap bagi mengekalkan perbatuan yang rendah.

Juga bacaSejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV

Toyota Land Cruiser 80 ‘Ninja Turtle’ berusia 27 tahun ini dijual pada harga RM 560k! 04

Menariknya, LC 80 ini sudah mempunyai dua pemilik sebelum ini. Kali terakhir ia dibeli adalah pada tahun 2020.

Kredit gambar: Bring a Trailer

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda