window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru?

Haris · Aug 3, 2021 02:00 PM

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 01

Toyota baru saja mengesahkan lebih banyak maklumat mengenai Toyota Land Cruiser yang pertama kali diberi tambahan aksesori GR-Sport, hanya 2 bulan selepas pelancarannya. Tanda nama GR-Sport kini makin berleluasa dalam barisan model SUV Toyota yang memperlihatkan varian teratas menerima tambahan aksesori GR-S ini.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 02

Ninja Turtle (Toyota Land Cruiser 80) dalam perlumbaan Dakar Rally

Toyota Land Cruiser juga merupakan peserta Dakar Rally, perlumbaan paling mencabar di dunia sejak tahun 1995 dalam kategori kereta produksi. Malah, pembangunan untuk Land Cruiser GR-Sport turut menyaksikan beberapa input dari pemandu yang mengambil bahagian dalam acara yang meletihkan itu.

Oleh yang demikian, adakah model Toyota Land Cruiser GR-Sport ini lebih berbaloi berbanding varian biasa? Di sini kita semak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Varian ini akan menjadi kenderaan asas dalam kejohanan

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 01

Berbeza dengan segelintir pengeluar yang menggunakan model asas untuk kegunaan perlumbaan, Toyota tidak mahu berjimat cermat dan dikatakan bakal menggunakan model Toyota Land Cruiser GR-Sport terus untuk kegunaan perlumbaan Dakar Rally.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 02

Pasukan Land Cruiser Toyota Auto Body bertanding di Rali Dakar 2020 yang meraih kemenangan dalam kelasnya

Itulah sebabnya mengapa Toyota turut mengumumkan penubuhan pasukan Land Cruiser Toyota Auto Body yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan Dakar Rally dengan Toyota Land Cruiser GR-Sport bermula dari tahun 2023 dan seterusnya.

2. Tiada peningkatan kuasa, lebih kepada pengendalian

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 03

Toyota Land Cruiser GR-Sport tidak menerima sebarang prestasi. Enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar petrol (415 PS / 650 Nm) dan enjin 3.3 liter V6 turbo berkembar diesel (309 PS / 700 Nm) masih dikekalkan dari model standard. Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi automatik 10-kelajuan.

Varian petrol ditawarkan dengan 7 tempat duduk sementara varian diesel membuang tempat duduk baris ketiga.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 04

Walaupun prestasi trenkuasa tidak berubah, Toyota Land Cruiser GR-Sport dilengkapi dengan sistem kawalan suspensi canggih yang disebut Electronic-Kinetic Dynamic Suspension System (E-KDSS) yang membuat penampilan pertama dalam model produksi pada model ini.

E-KDSS secara automatik dan elektronik mengawal setiap sistem suspensi depan dan belakang secara bebas, memberi tindak balas aktif terhadap keadaan jalan raya. Ia juga mengawal setiap roda secara individu untuk memberikan penyesuaian kestabilan yang lebih tepat.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 05

Butang penghidup yang diaktifkan dengan... pengesanan cap jari

Toyota mendakwa bahawa ini akan meningkatkan kestabilan pemanduan di persekitaran bandar dan memberikan prestasi 'off-road' terunggul.

Selain E-KDSS, Toyota Land Cruiser GR Sport juga dilengkapi dengan differential lock elektronik depan dan belakang standard yang memberikan peningkatan prestasi pacuan roda dalam situasi jalan yang pelbagai.

3. Perincian lain - lebih menarik berbanding biasa?

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 06

Toyota Land Cruiser GR-Sport juga dilengkapi dengan beberapa aksesori dan ciri yang lebih menonjol LC 300 standard biasa. Di luar misalnya, SUV ini menggunakan gril radiator depan yang berbeza dengan tulisan "TOYOTA" (tiada logo Toyota bujur biasa), lambang GR, rim aluminium 18-inci dalam tona Mud Grey serta trim komponen kecil yang diwarnakan hitam.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 07

Pada bahagian dalam, aksen-aksen GR Sport dilihat dengan lambang GR terpampang di kerusi hadapan, stereng, dan di skrin sistem infotainment ketika dimulakan. Pembeli juga boleh memilih antara kombo hitam-hitam atau hitam-merah gelap untuk bahagian dalam.

Toyota Land Cruiser GR-Sport tiada logo, hanya tulis TOYOTA sahaja di depan! Rekaan baru? 08

Toyota Land Cruiser GR Sport dijangka akan hadir di pengedar Jepun bermula 21-Ogos 2021 dengan harga yang disenaraikan pada JPY 7.7 juta (~ RM 297k) untuk varian petrol dan JPY 8 juta (~ RM 308k) untuk varian diesel.

Sementara itu, peminat Toyota Land Cruiser di Sabah dan Sarawak mungkin perlu menunggu lebih lama sebelum unit pertama tiba di pengedar recond. Ini atau Lexus LX akan menjadi pilihan anda?

Bacaan Lanjut:

Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally

Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV

Gambar Lexus LX generasi baharu 2022 tertiris - sesuai untuk taikun di Sabah, tokey balak dan durian?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda