window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota mula kempen ‘Live Hybrid’, bikin ‘hype’ untuk Toyota Corolla Cross Hybrid 2021?

Haris · Oct 14, 2021 02:15 PM

Toyota mula kempen ‘Live Hybrid’, bikin ‘hype’ untuk Toyota Corolla Cross Hybrid 2021? 01

Toyota Hybrid Prius pertama dikeluarkan pada tahun 1997. Ini bermakna, Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) telah berada di atas jalan raya selama 24 tahun, dan merupakan satu teknologi yang sudah terbukti. 

Kini pada generasi ke-4, Toyota Hybrid Electric Vehicle (HEV) akan tampil dengan model yang lebih berkuasa, cekap dan boleh dipercayai daripada sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hybrid Electric Vehicle (HEV) adalah kenderaan yang digerakkan oleh gabungan enjin petrol dan motor elektrik. Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) secara umumnya lebih responsif, cekap, dan mesra alam berbanding model petrol tulen yang setara.

Sistem Hybrid Toyota Generasi ke-4 memberikan tindak balas pecutan yang luar biasa tanpa sebarang lengah, hasil daripada peningkatan kuasa bateri.

Sistem hibrid Toyota telah dibangunkan untuk mewujudkan keseimbangan terbaik antara ekonomi bahan bakar, prestasi, dan keselesaan yang lebih baik.

Toyota mula kempen ‘Live Hybrid’, bikin ‘hype’ untuk Toyota Corolla Cross Hybrid 2021? 01

Sebelum ini, UMW Toyota Malaysia juga telah melaburkan sehingga RM 270 juta untuk produksi model hibrid di Malaysia. Antara model yang disebut-sebut akan ditawarkan oleh UMW Toyota Malaysia adalah Toyota Corolla Cross Hybrid.

Menariknya, UMW Toyota Malaysia telah mengacah teknologi HEV generasi baharu sebelum Toyota Corolla Cross Hybrid didedahkan. Adakah ini suatu gimik pemasaran sebelum SUV tersebut dilancarkan? Sama-sama kita nantikan. Rujuk laman web Toyota Live Hybrid untuk lebih maklumat lanjut.

Baca: ‘Countdown’ didedah, SUV hibrid Toyota bakal tiba 14 Oktober ini - Corolla Cross Hybrid?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda