window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung?

Faisal · May 24, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Uniknya, terdapat sebuah lagi MPV Toyota di bawah Alphard/Vellfire sendiri, iaitu kembar trio Noah/Voxy/Esquire. Di Jepun, adik kepada Alphard ini bersaing dengan Nissan Serena. Di Malaysia, Nissan Serena dijual secara rasmi. Toyota Noah pula hanya dijual oleh pengimport.

Juga bacaCarta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 01

Walaupun Alphard/Vellfire cukup digemari di Malaysia, impak yang sama tidak dapat diberikan oleh Toyota Noah. Perkara ini agak pelik kerana reka bentuknya hampir sama dengan Alphard tetapi dengan enjin yang lebih kecil, iaitu 1.8L hibrid ataupun 2.0L NA. Kalau begitu, sepatutnya lebih murah kan? Tetapi kenapa masih tak laku?

Sebab #1: Lagi besar lagi bagus (kadang-kadang lebih murah)

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 02

Walaupun dengan roadtax yang lebih murah, senarai di laman sesawang menunjukkan bahawa sesetengah Toyota Noah berharga serupa dengan Toyota Alphard walaupun berusia lebih tua. Jadi kalau harga sama, lebih baik beli Alphard terus kan? Bukan setakat lebih gah, ia juga lebih luas. Enjinnya juga lebih berkuasa.

Juga bacaToyota Alphard – MPV mewah serendah RM 40k, baloi untuk angkat ‘second hand’?

Sebab #2: Permintaan tidak cukup

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 03

Antara sebab mengapa Toyota Noah tidak selaris Alphard ialah kerana permintaan yang kurang. Di Jepun, jualan Alphard dua kali ganda lebih banyak daripada Toyota Noah/Voxy. Dengan stok dari Jepun yang begitu banyak, Toyota Alphard dapat diimport ke Malaysia dengan harga yang lebih murah.

Kalau anda perasan, laman sesawang ataupun pengedar kereta recon memperlihatkan stok Alphard/Vellfire yang jauh banyak berbanding dengan Noah/Voxy.

Juga baca: Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 04

Untuk maklumat anda, Alphard adalah MPV kegemaran rakyat Malaysia dan Jepun. Malah, jentera ini adalah antara kereta yang paling laris (juga paling banyak dicuri) di Jepun untuk tahun lepas.

Juga bacaToyota Alphard kereta paling banyak dicuri di Jepun? Biar betul?

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 05

Dengan jualan sebanyak 41,680 unit setakat tahun ini, Toyota Alphard kekal sebagai MPV paling laris di Jepun. Sebagai perbandingan, Toyota Voxy hanya terjual sebanyak 29,244 unit. Nissan Serena pula berjaya meraih jualan sebanyak 24,554 unit sahaja.

Juga baca10 kereta paling popular di Jepun tahun 2020, Toyota Alphard di tangga ke-5

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 06

Saiz MPV yang digemari oleh rakyat Jepun.

Memandangkan Alphard dikategorikan sebagai sebuah MPV yang mewah, angka jualan yang berikut sebenarnya cukup mengagumkan. Umumnya, pembeli di Jepun lebih gemar akan MPV yang lebih kecil seperti Toyota Sienta dan juga Honda Freed. Untuk pengetahuan anda, Sienta berjaya dijual sebanyak 25,678 unit, manakala Freed kekal di hadapan dengan jualan sebanyak 26,118 unit. Menariknya, angka ini tidak begitu berbeza jualan Toyota Voxy dan Nissan Serena.

Juga bacaKhabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

Toyota Noah/Voxy – Alphard versi mini, tapi kenapa di Malaysia tak laku langsung? 07

Dengan MPV bersaiz sederhana seperti Serena dan Voxy yang kekal merudum dari segi jualan, ia telah memberi impak terhadap harganya di Malaysia.

Apapun, Toyota Noah/Voxy tetap sesuai untuk mereka yang mahukan MPV seranggi Alphard/Vellfire tetapi dengan kadar roadtax yang lebih rendah.

Juga bacaNissan Serena vs Toyota Voxy: MPV manakah yang patut anda beli?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda