window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda!

Haris · May 7, 2021 10:00 AM

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 01

Daihatsu Boon dan Toyota Passo, duo yang menjadi model asas untuk Perodua Myvi generasi awal akan digugurkan di Jepun. Kesemuanya jatuh kepada strategi produk Toyota di samping beberapa alasan luaran lain.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 02

Penegasan piawaian pelepasan karbon yang semakin menjerut di Jepun dan usaha Toyota untuk memperkemas saluran penjualannya yang kompleks menjadi guillotine yang memancung model Toyota Passo. Toyota terpaksa mengurangkan jumlah model yang dijual dan segmen hatchback segmen B kini didominasi oleh Toyota Yaris yang jauh lebih laku.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Myvi tidak terjejas

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 01

Duo Passo - Boon dengan rekaan muka depan yang berbeza

Seperti yang telah ramai sedia maklum, model dua generasi pertama Perodua Myvi adalah berasaskan model Daihatsu Boon, yang juga dijual sebagai Toyota Passo di pasaran Jepun.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 02

Terima kasih kepada Perodua, Myvi sebenarnya bukan sekadar model rebadge biasa tetapi banyak perubahan yang dilakukan untuk penyesuaian model Daihatsu supaya memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, Perodua Myvi generasi sekarang (generasi ketiga) sudah tidak ada kaitan dengan model pasaran Jepun Daihatsu Boon / Toyota Passo sehingga langkah ini tidak akan mempengaruhi Perodua langsung.

Mengapa Daihatsu Boon / Toyota Passo gagal di Jepun?

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 03

Rekaan kabin dalaman Boon / Passo tidak sesuai untuk Malaysia

Data jualan terbaru dari Jepun menunjukkan bahawa jualan Toyota Passo masih stabil sekitar 3,200 unit sebulan (pada Mac 2021), berada di kedudukan ke-25 pada carta jualan Jepun. Walaupun stabil, ia adalah suatu penurunan yang cukup besar berbanding tahun 2017, puncak kegemilangan Toyota Passo dengan sekitar 4,510 unit sebulan.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 04

Kekurangan pilihan enjin hibrid, yang kini sangat penting bagi pembeli Jepun, membataskan daya tarikan Passo. Sekiranya anda perlu membayar sehingga RM 5.60 seliter untuk petrol RON 90 biasa, anda juga akan bercitarasa sedemikian.

Daihatsu Boon pula jarang-jarang laris, sering berada di luar Top 50 oleh itu jumlah jualannya tidak diumumkan.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 05

Generasi semasa Boon / Passo diperkenalkan pada tahun 2016 dan selepas lima tahun, ia berada di penghujung kitaran hidup model. Walaubagaimanapun, laporan dari sebuah penerbitan Jepun mengatakan Daihatsu - yang membangunkan dan mengeluarkan Passo untuk Toyota - tidak mempunyai rancangan untuk menggantikan Boon.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 06

Generasi kedua Boon / Passo mempunyai susun atur kerusi bangku

Terdapat beberapa sebab yang mengundang perkara ini. Pertama, Jepun telah mengumumkan bahawa ia akan melarang enjin pembakaran biasa (Internal Combustion Engine) untuk kenderaan baru selepas tahun 2030 dan Passo/Boon tidak dapat dihasilkan dalam versi hibrid.

Hibrid menjadi ciri yang mesti dimiliki untuk mana-mana kereta baru di Jepun, kecuali kenderaan elektrik bateri (BEV) atau kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV).

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 07

Yaris pasaran Jepun tiada kaitan dengan pasaran kita. Dibina di atas platform TNGA-B, ia jauh lebih kecil daripada Yaris kita justeru tidak begitu menarik di sini.

Tiada sebarang nilai tambah untuk membangunkan Passo / Boon hibrid kerana Toyota sudah mempunyai Yaris hibrid yang sangat berjaya. Malah, Yaris adalah model No.1 paling laris di Jepun (tetapi angka jualan meliputi Yaris Cross).

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 08

Passo sebelum ini hanya terhad di pengedar Corolla - Corolla di sini merujuk kepada nama pengedar, yang menjual lebih dari sekadar Toyota Corolla

Sebelum ini, Toyota Passo berperanan dalam saluran pengedar Toyota yang kompleks. Yaris (dikenali sebagai Vitz) dahulunya eksklusif untuk rangkaian pengedar Netz sementara Passo khas untuk rangkaian pengedar Corolla.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 09

Jaringan pengedar Netz

Namun sejak Mei 2020, Toyota telah menyatukan saluran jualannya dan pelanggan Jepun kini dapat membeli mana-mana model Toyota dari mana-mana cawangan pengedar. Tiada lagi model khusus.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 10

Sejak Mei 2020, empat rangkaian pengedar Toyota - Toyota, Corolla, Toyopet, dan Netz - telah disatukan di bawah Toyota Mobility Stores

Hasil daripada langkah tersebut, Toyota kini mencantas model yang 'bertindih' dalam segmen yang sama. Justeru itu, di antara Toyota Yaris (model pembangunan Toyota sendiri) dan Toyota Passo (model Daihatsu), jelas mereka akan memilih Yaris.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 11

3 bentuk Toyota Yaris dijual di Jepun

Ketika ini, satu-satunya alasan untuk Passo kekal dalam barisan produk Toyota adalah kerana harganya yang lebih murah berbanding Yaris. Harga Passo bermula dari 1.265 juta Yen (RM 47,799) berbanding Yaris pada 1.395 juta Yen (RM 52,712).

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 12

Hanya sesuai untuk pasaran Jepun

Walau bagaimanapun, pembangunan Passo hibrid tentu memerlukan kos yang akan menaikkan harga jualan, justeru ia tidak lagi rasional untuk mengekalkan Passo berbanding Yaris.

Tanpa Toyota, Daihatsu yang memiliki jaringan pengedar yang lebih kecil daripada Toyota, tidak mampu membangunkan Daihatsu Boon sendiri.

Toyota Passo / Daihatsu Boon bakal dihentikan pengeluaran, simpan Perodua Myvi generasi awal anda! 13

Lebih banyak lagi model Toyota sendiri dan model pembangunan Toyota-Daihatsu yang akan dicantas bagi memperkemas tawaran produk Toyota. Setakat ini, tiada model Toyota-Subaru yang akan dicantas (Toyota GR 86 / Subaru BR-Z baru telah disahkan).

Beberapa model yang dicantas akan memberi kesan pada pasaran recond / halfcut Malaysia jadi adakah anda berminat untuk mengetahuinya?

Bacaan Lanjut:

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian!

Daihatsu Move (Perodua Kenari) akan dihentikan produksinya tak lama lagi

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda