window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia!

Haris Β· Sep 24, 2020 02:00 PM

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 01

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah mengumumkan pelancaran Gazoo Racing Young Talent Development (Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing) pada 23 September 2020 yang bertujuan untuk mengenal pasti dan memupuk bakat lumba muda Malaysia antara 14 dan 20 tahun yang beralih dari sukan go kart dan perlumbaan simulasi ke perlumbaan kereta saloon.

Bakat-bakat muda tersebut adalah Mika Hakimi, 17 tahun dan Naquib Azlan, 20 tahun adalah bakat daripada perlumbaan simulasi. Selain itu Amer Harris, 17 tahun; Jwan Hii, 18 tahun; Putera Adam, 14 tahun dan Troy Eimann, 16 tahun adalah bakat daripada pelumba go kart.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 01

"Salah satu pencapaian utama Toyota Vios Challenge adalah kemampuannya untuk menarik pelumba muda dan memberi mereka peluang yang sama untuk bersaing dengan lebih ramai pelumba berpengalaman,"kata Akio Takeyama, Ketua Pegawai Sukan Gazoo Racing Malaysia.

"Kejayaan siri ini dalam memupuk bakat muda tidak disangkal lagi apabila Hayden Haikal yang berusia 16 tahun dinobatkan sebagai juara Sporting Class di Musim ke 3. Selain itu, pemandu berbakat, Bradley Benedict Anthony, 18 tahun, mendapat tempat kedua secara keseluruhan dalam tahun pertama perlumbaan kereta saloon. Kedua-duanya adalah pelumba go kart yang beralih ke perlumbaan kereta saloon."

"Melangkah ke hadapan, Toyota Vios Challenge dan Gazoo Racing akan terus membangunkan pemanduan yang kompetitif dan memperluaskan penglibatan dalam sukan permotoran Malaysia, termasuk menyediakan platform untuk pemandu muda untuk bergerak ke tahap perlumbaan motor yang lebih tinggi."

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 02

"Prinsip perlumbaan tetap sama tetapi dinamik bersaing dalam go kart dan simulator dengan memandu kereta saloon adalah berbeza. Tujuannya adalah untuk tidak hanya menyediakan mereka dengan batu loncatan ke dalam perlumbaan kereta saloon tetapi untuk memastikan bahawa mereka mampu membuat peralihan sambil mengekalkan tahap daya saing yang ditunjukkan dalam prestasi mereka sebelum ini,"kata Takeyama.

Beliau menambah bahawa falsafah Gazoo Racing merangkumi misi Toyota untuk membina produk yang lebih baik melalui penglibatan dalam sukan permotoran kerana ia sama kepentingan untuk mengembangkan rakyatnya, dalam konteks ini memupuk bakat yang berpotensi.

Bagi pelumba simulasi, Naquib Azlan dan Mika Hakimi, melangkah dari dunia maya ke litar sebenar dirasakan sangat menarik dan merupakan peluang sekali seumur hidup.

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 03

"Pada usia 20, saya mungkin sudah terlambat untuk Formula 1, tetapi tujuan saya adalah untuk menjadi juara dunia di mana-mana siri perlumbaan,” kata Naquib yang baru mula menceburkan diri dalam perlumbaan maya dua tahun lalu dan kini merupakan pemegang Sarjana Kejuruteraan Mekanikal. 

Anak kedua dari empat beradik, seluruh keluarganya adalah penyokong beliau dalam sukan permotoran termasuk ayahnya Nor Azlan Zulkifli yang memperkenalkan kedua-dua jenis perlumbaan secara maya dan trek.

Selain itu, Mika Hakimi yang berusia 17 tahun bakal mengetahui perasaan memandu kereta sebenar apabila dia memulakan latihan Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing dalam sebuah Toyota Vios.

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 04

Bagi pelumba go kart Putera Adam yang berusia 14 tahun, dia adalah pelumba termuda dari enam pelumba namun usia bukan penghalang. Dia sudah berlumba secara kompetitif selama 8 tahun sejak berusia enam tahun, dua kali dinobatkan sebagai juara Asia dan menduduki podium sebanyak dua kali dalam WSK Super Master Series di Itali.

"Matlamat utama saya adalah untuk menjadi pemandu Formula 1 dan peluang untuk berada dalam ini program adalah satu langkah lebih dekat untuk mencapai tujuan saya,” kata pemuda dari Subang itu.

Sementara itu bagi Jwan Hii yang berusia 18 tahun peluang untuk menyertai Program Pembangunan Bakat Muda Gazoo Racing juga merupakan anjakan yang diharapkan daripada perlumbaan go kart.

Toyota perkenal Gazoo Racing Young Talent Development. Pupuk bakat tempatan jadi juara dunia! 05

"Saya menyukai kereta sejak kecil lagi. Ini adalah peluang terhebat kerana tidak ramai yang dapat menyertai program ini. Saya berasa amat bertuah,” ujar Jwan yang telah berlumba go kart secara kompetitif selama empat tahun. 

"Sekiranya saya melakukannya dengan baik dalam program ini, sasaran saya adalah untuk mendapat tempat dengan pasukan lumba yang bersaing dalam perlumbaan kereta saloon." sambung Jwan lagi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda