window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto

Mersita · Jul 19, 2021 08:00 PM

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 01

Setelah beberapa unit diintip, Toyota secara rasminya telah melancarkan Toyota Prius C generasi serba baharu yang juga dikenali sebagai ‘Aqua’ di Jepun. Toyota Prius C 2021 generasi kedua menggantikan model terdahulunya yang cukup popular dimana 1.87 juta unit hatchback ini berjaya terjual.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 02

Prius C serba baharu ini merupakan kenderaan pertama di dunia yang akan menggunakan bateri nikel-hidrogen bipolar sebagai bateri pemanduan elektrik. Menurut Toyota, bateri baharu ini akan memberikan tindak-balas pemacuan yang dipertingkatkan serta julat lebih panjang pada mod elektrik (EV mode) sahaja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Toyota Prius C (Aqua) serba baharu diintip di Jepun, hibrid kegemaran ramai kini kembali?

Apa itu bateri bipolar?

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 01

Contoh bateri bipolar yang digunakan di dalam Prius C

Jika dibandingkan dengan bateri bukan bipolar, versi bipolar terdiri daripada pengumpul arus dan komponen lain dalam jumlah yang lebih sedikit – membuatkannya lebih kompak. Walaupun ia tidak memakan ruang yang besar, bateri sebegini mempunyai kapasiti lebih besar yang membolehkan prestasi lebih tinggi bergantung pada kuasa bateri semata-mata.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 02

Tambahan pula, struktur bateri bipolar mewujudkan kawasan permukaan aktif lebih besar dan pembinaan lebih ringkas. Dalam erti kata lain, arus elektrik lebih besar boleh melepasinya dan ini akan menghasilkan janaan lebih tinggi.

Lebih kurang dua kali lebih banyak berbanding bateri bukan bipolar yang dilengkapi di dalam Prius C generasi terdahulu.

Baca juga: Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia?

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 03

Bateri serba baru ini bukanlah satu-satunya perincian baharu yang didatangkan bersama Prius C generasi kedua. Ia juga merupakan model Toyota pertama yang dipasang dengan Comfort Pedal. Ia mencetus sistem brek regeneratif yang kuat apabila pemandu melepaskan pedal pemacu perlahan-lahan.

Konsep ini serupa dengan apa yang sudah ada pada beberapa kenderaan elektrik (EV) seperti ‘e-Pedal operation’ satu kaki pada Nissan Leaf.

Penjana kuasa dan platform baharu

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 04

Prius C serba baharu dikuasakan oleh enjin hibrid Dynamic Force 1.5 liter (171 PS/261 Nm) dipadankan dengan transmisi automatik e-CVT. Ia boleh didapati dalam bentuk pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan empat roda (4WD). Sistem 4WD ini dipanggil ‘E-Four’ dan ia diperkenalkan buat pertama kalinya pada Prius C serba baharu.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 05

Dibina di atas platform TNGA-B, Prius C terbaru ini menjanjikan tahap kesenyapan hebat, badan dengan ketegaran tinggi, serta peluncuran stabil – pakej lengkap untuk kereta kompak ideal bagi kondisi jalan raya di Jepun.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 06

Prius C serba baharu juga didatangkan dengan kelengkapan keselesaan dan mod bekalan kuasa kecemasan sebagai standard. Ini bermaksud yang anda bukan saja boleh mengecas telefon bimbit, tapi anda juga boleh memasang cerek elektrik mahupun komputer riba di dalam kereta.

Cukup pintar untuk memarkir kereta secara automatik

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 07

Dalam aspek keselamatan, Prius C dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) edisi terbaru; termasuklah Full Speed Range Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, dan Plus Support. Fungsi Plus Support mengawal pecutan secara tiba-tiba akibat silap tekan pedal.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 08

Kelengkapan serba baru yang didatangkan di dalam kereta kompak ini juga ialah Toyota Teammate Advanced Park dan Parking Support Brake. Toyota Teammate Advanced Park membolehkan kereta untuk parkir sendiri secara automatik melibatkan operasi stereng, brek, pemacuan, serta peralihan gear.

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 09

Di samping itu, Parking Support Brake pula boleh mengesan objek tidak bergerak pada kedua-dua sisi kereta dan memberi amaran serta kawalan brek bagi mengelakkan pelanggaran.

Toyota Prius C generasi kedua akan mula dijual di seluruh Jepun bermula 24 Julai 2021 dengan tanda harga bermula dari JPY 1.98 juta hingga 2.598 juta (~RM 76,000 – 99,700). Ia akan bersaing secara langsung dengan Honda Fit e:HEV (Jazz generasi keempat) yang juga dijual pada harga lebih kurang sama dengan Prius C.

 

Toyota Prius C (Aqua) 2021 serba baru dilancarkan di Jepun – bateri bipolar, parkir auto 10

As always, there are Modellista kits to spruce up the Prius C

Oleh itu, peluang untuk Prius C serba baru tiba di pasaran Malaysia agak tipis kerana model ini telah digugurkan dari kebanyakan pasaran luar negara. Maka, satu-satunya cara untuk membawa masuk hatchback hibrid pintar ini ialah melalui penjual kereta recon.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda