window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia!

Faisal · Aug 17, 2021 04:00 PM

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 01

Sejak mula, Toyota telah menjangkakan Corolla akan menjadi sebuah model global. Tidak hanya akan dieksport dari Jepun, ia turut dipasang di banyak negara, terutama di negara-negara membangun seperti Malaysia. Pemasangan tempatan dilakukan daripada pek bahagian terlerai sepenuhnya (CKD) dan dalam proses itu, teknologi berharga telah dipindahkan, yang telah membantu merancakkan lagi pertumbuhan industri di negara yang terlibat.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 02

Toyota Corolla generasi pertama KE10.

Ketika generasi pertamanya diperkenalkan, Jepun baru memulakan budaya permotorannya. Sama seperti di Malaysia, corak sosial yang sama turut berlangsung. Sebagai antara sasaran untuk menjadi negara perindustrian, kerajaan telah mengenal pasti industri automotif sebagai satu elemen penting. Tambahan pula, industri berkenaan telah terbukti menjadi tunjang kepada pembangunan yang dapat dilihat di negara-negara seperti Jepun, Jerman dan Amerika Syarikat. Melalui industri automotif, industri hiliran lain juga turut tumbuh dan berkembang, menciptakan lebih banyak peluang pekerjaan baru.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 03

Toyota Corolla generasi kedua KE20.

Maka, pada tahun 1965, ketika kerajaan mempelawa pengeluar kenderaan untuk memasang produk mereka di Malaysia, Toyota menjadi antara yang terawal untuk menyahut seruan itu. Syarikat mempunyai model yang sesuai untuk tujuan tersebut, iaitu Corolla. Bagi pemasangan tempatan Corolla, Toyota berbincang dengan Champion Motors yang telah membina sebuah kilang pemasangan di Shah Alam, Selangor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 01

Dimiliki oleh Inchcape Group ketika itu, kilang Champion Motor - yang kemudian ditukar namanya kepada Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) - turut juga memasang beberapa kenderaan jenama lain sebagai kontraktor. 

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 01

Toyota Corolla generasi ketiga KE30.

Dalam tahun-tahun awalnya, ASSB mempunyai kadar pengeluaran tertinggi di negara ini dan dengan sambutan positif terhadap Corolla ketika diperkenalkan pada 1968, model berkenaan mula menjadi model utama yang dikeluarkan dari ASSB. Model Toyota lain ditambah dari tahun ke tahun, meningkatkan lagi populariti Toyota dalam kalangan warga Malaysia dan berjaya meletakkannya sebagai jenama No. 1 menjelang 1970an, dengan Corolla menjadi model yang paling laris di negara ini. Sehingga kini, kira-kira 300,000 unit Corolla telah dijual dalam pasaran Malaysia, menjadi sebahagian daripada 50 juta unit yang telah dijual di seluruh dunia.

Juga bacaElizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?!

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 02

Toyota Corolla generasi keempat KE70.

Hampir semua generasi Corolla telah dipasang di Malaysia, sementara sejak 2008 pula, model berkenaan diimport sebagai CBU dari Thailand. Penawaran varian berbeza telah memberikan pilihan yang pelbagai kepada pelanggan. Sementara versi sedan menjadi pilihan utama, ada juga versi stationwagon yang boleh digunakan oleh perniagaan kecil untuk mengangkut barangan. Corolla Liftback, Hardtop dan Coupe juga turut menawarkan imej yang lebih sporty dan memberi lebih pilihan, dengan prestasinya pernah menjadi bualan dalam kalangan peminat rali tempatan.

Juga bacaToyota Corolla KE70 dan AE90 ini masih dijaga dengan baik, diselenggara oleh pengedar Toyota

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 03

Toyota Corolla generasi kelima KE80.

Corolla disasarkan kepada penggunaan yang lebih meluas. Apa yang lebih penting, ia sebuah model peringkat kemasukan, dan dijual dengan harga mampu milik. Ia menjadi kenderaan yang membuatkan ramai orang ingin memandunya dalam jangka masa yang panjang. Ia juga terbukti tahan lasak dan boleh diharap serta jimat — faktor-faktor yang membantu menjadikan Toyota sebuah nama yang tak asing lagi di Malaysia kini.

Juga bacaToyota Corolla GT AE86 ini nyaris kena ‘scrap’, terjual pada harga RM 270,000 di UK!

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 04

Toyota Corolla generasi keenam KE90.

Selari dengan meningkatnya jangkaan daripada pelanggan, Corolla juga tumbuh bersama untuk memenuhi semua jangkaan tersebut. Walaupun awalnya ia sebuah model aras mula, ia dijangka untuk memberikan kualiti lebih tinggi dengan rasa yang lebih premium, serta teknologi lebih maju, dan sudah tentu memberikan nilai terbaik untuk wang.

Juga bacaToyota AE86 terlalu mahal? Baik beli Corolla AE70 fastback ini pada harga RM 45k sahaja!

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 05

Toyota Corolla generasi ketujuh KE100.

Ini menyaksikan pengenalan generasi kesembilan dengan konsep "New Century Value" dengan "Altis" ditambah pada namanya untuk menandakan peningkatan kualiti, kemewahan dan bahkan saiznya. Model serba baru ini melonjakkan lagi populariti Corolla di Malaysia memandangkan ia telah menetapkan standard baru dalam kelasnya. Jualan tahunan bagi generasi seterusnya juga meningkat lebih banyak.

Juga bacaToyota Corolla KE70 adalah AE86 yang anda mampu miliki, serendah RM 10,000!

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 06

Toyota Corolla generasi kelapan KE110.

Dekad antara 2010 dan 2020, Corolla menyumbang sebanyak 6% daripada jualan keseluruhan kenderaan Toyota di negara ini, dengan model generasi ke-11 — yang dijual antara tahun 2006 hingga 2013 — menjadi generasinya yang paling laris di Malaysia setakat ini. Sebanyak kira-kira 40,000 unit telah terjual sepanjang model berkenaan berada dalam pasaran.

Penyumbang kepada peralihan jenama

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 07

Toyota Corolla generasi kesembilan KE120. Ini Corolla pertama yang memegang nama 'Altis'.

"Kejayaan model tersebut adalah disebabkan ia menjadi standard baru bagi kecemerlangan automotif dalam kelasnya, menawarkan kepada pelanggan sebuah sedan yang dinamik dan maju dengan penggayaan mewah. Ia turut lengkap dengan tahap keselamatan lebih tinggi serta mesra alam," ujar Presiden UMW Toyota Motor, Ravindaran K. 

Juga bacaToyota 4A-GE 16V/20V – enjin 1.6 liter aspirasi natural berlegenda, direka untuk ‘tapau’ VTEC?

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 08

Toyota Corolla generasi kesepuluh KE140. Altis generasi kedua.

"Setiap generasi Corolla, sejak yang pertama, telah menjadi penyumbang kepada peralihan jenama ini. Bermula dari generasi pertama yang memacu permulaan budaya permotoran bagi kelompok massa, sehinggalah generasi terkini yang menjadi teras perubahan itu, Corolla sentiasa selari dengan perubahan dalam masyarakat dan standard ekonomi di Malaysia," tambah beliau.

Juga bacaToyota Corolla Altis E170 terpakai - serendah RM 53k, berbaloi dari sedan segmen B baharu?

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 09

Toyota Corolla generasi kesebelas KE170. Altis generasi ketiga.

Dengan setiap generasi yang diperkenal memperlihatkan ramai pelanggan baru menyertai keluarga Toyota, ramai juga yang bukan saja setia kepada Toyota tetapi secara spesifiknya lebih setia kepada Corolla. 63% pelanggan menukar-beli model lama mereka (atau menaik taraf) kepada model generasi baru sebaik dilancarkan, sentiasa yakin bahawa mereka akan tetap mendapatkan nilai terbaik untuk wang, ketahanan, keboleh-percayaan dan nilai jualan semula yang baik. Hampir satu per tiga daripada pelanggan Corolla turut membeli sebuah lagi sebagai kereta tambahan untuk isi rumah. Jika mereka tidak menjualnya semula, kereta itu akan kekal dalam keluarga untuk satu tempoh yang lama, diperturunkan kepada anak-anak yang akan mewarisi sebuah kereta yang boleh diharap untuk digunakan dalam jangka panjang.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 10

Toyota Corolla generasi kedua belas KE210. Altis generasi keempat.

Corolla juga mencipta "kultus" tersendiri dalam kalangan generasi peminat lebih muda yang gemar membeli model-model lamanya, terutama dari generasi keempat (KE70). Bahawa kereta tersebut masih berada dalam keadaan baik selepas berdekad-dekad berkhidmat, menjadi testimoni tersendiri terhadap ketahanannya serta menunjukkan bawa ia direka dengan tahap kejuruteraan tinggi bagi pemasangan tempatan.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 11

Corolla Hatchback generasi sekarang. Antara sebab kenapa Corolla semakin 'hot'.

Seperti dinyatakan awalnya, pemasangan tempatan menyaksikan pemindahan teknologi yang ditawarkan oleh Toyota. Teknologinya bukan sekadar dalam produk itu sendiri, tetapi juga dalam proses pengilangan. Sebagai contoh, pada penghujung 1970an, kilang tersebut memasang sistem electro deposition (ED) automatik di bahagian mengecatnya untuk kegunaan warna primer. Corolla generasi keempat ketika itu menjadi model pertama yang memanfaatkan sistem berkenaan yang berhasil memberikan perlindungan tambahan daripada karat dengan cukup baik, secara langsung menjadikan kualitinya lebih tinggi dan tahan lebih lama.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 12

Setiap generasi Corolla telah membawa bersamanya teknologi baru untuk beberapa aspek, peningkatan prestasi, kecekapan penggunaan bahan api, keselamatan dan keselesaan. Dalam sesetengah model, teknologi berkenaan adalah yang terulung dalam kelas kenderaan yang sama dengan Corolla, kalaupun bukan dalam pasaran tempatan. Dalam perkembangan yang lebih baru kini, selain TNGA (Toyota New Global Architecture), Corolla hadir dengan ciri keselamatan lebih canggih serta teknologi keterhubungan yang lebih baik.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 13

Sudah tentu, walaupun sebuah produk yang hadir dengan kejuruteraan terbaik saja tidak akan terjual dengan banyak tanpa servis lepas jualan yang juga baik dan setanding. Dalam hal ini, pemilik Corolla (dan juga model lain Toyota) di Malaysia telah menikmati sokongan lepas jualan yang sangat memuaskan daripada UMW Toyota Motor. Malah, khidmat lepas jualan Toyota menjadi antara yang terbaik di Malaysia sejak 1980an, ketika syarikat ini menjadi yang pertama menubuhkan bahagian khusus untuk menguruskan layanan dan perhubungan pelanggan.

Memenuhi perubahan citarasa

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 14

Dalam tempoh 55 tahun Corolla berada dalam pasaran, populariti berterusannya telah membuktikan bahawa asas falsafah di belakang model ini ada kebenarannya. Bagaimanapun, rekaan asalnya telah berevolusi dari satu generasi ke generasi yang lain untuk memenuhi perubahan citarasa dan gaya hidup pelanggan Malaysia. Contoh terdekat adalah pengenalan Corolla Cross tahun lalu, sebagai maklum balas kepada peningkatan populariti SUV.

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 15

Ini kali pertama bentuk badan kenderaan seumpama itu ditawarkan bagi sebuah model terlaris sepanjang zaman di peringkat dunia. Pengenalan Corolla Cross untuk pasaran Malaysia juga telah membolehkan UMW Toyota Motor untuk menyediakan ciri keselamatan dipertingkat seperti yang diinginkan oleh pengguna.

Juga bacaToyota Corolla Cross 2021 – baloi beli dari Subaru XV dan Honda HR-V?

Toyota raikan jualan Corolla yang ke-50 juta, kereta paling laku di dunia! 16

"Corolla merupakan sebuah model global berkualiti tinggi yang melangkaui kelasnya, seperti selalu. Dalam tempoh lebih 50 tahun dan 12 generasinya, ia telah membawakan keseronokan kepada jutaan pemiliknya di seluruh Malaysia," ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Juga bacaRingkasan: Toyota Corolla Altis 2020, pilihan untuk mereka yang matang!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda