window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah!

Haris · Jun 17, 2021 08:00 PM

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 01

PT Toyota Astra Motor (TAM) telah mengumumkan bahawa model Toyota Raize 1.2L NA telah rasmi dijual di Indonesia. Sehubungan dengan itu, proses penghantaran ke pengedar Toyota di Indonesia juga telah bermula hari ini.

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 02

Barisan model Toyota Raize

Berbeza dengan enjin 1.0 liter turbo, Toyota Raize 1.2L NA ini menggunakan enjin baharu tiga silinder 1.2L NA  (ya, enjin 3 silinder juga) yang mampu memberi kuasa sebanyak 88 PS dan 112 Nm tork - kurang sedikit berbanding enjin 1.0 turbo yang lebih popular.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 01

Tangkap layar dari laman Toyota Indonesia

Hadir dengan 2 varian iaitu Toyota Raize 1.2 G MT dengan transmisi manual 5-kelajuan dan Toyota Raize 1.2 G CVT dengan transmisi automatik CVT.

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 02

Rekaan rim satu tona Toyota Raize 1.2 G

Tampil sebagai varian rendah, model dengan enjin 1.2 liter ini menerima warna satu tona sahaja, kemasan fabrik, rim 16-inci dengan rekaan tersendiri dan juga tiada bantuan pemandu ADAS.

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 03

Apa yang dibekalkan pada bahagian dalam pula adalah kawalan penyaman udara digital, paparan skrin infotainment bersaiz 8-inci (model atas menerima skrin 9-inci) dan mod pemanduan untuk transmisi CVT.

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 04

Mirip model JDM tetapi dengan enjin berbeza

Harga bagi model Toyota Raize 1.2 liter NA ini bermula daripada Rp 202 j (RM 63,197) hingga Rp 215 j (RM 61,760). Harga ini sebenarnya sangat kompetitif dan jauh lebih murah berbanding Toyota Avanza 1.3 G AT (varian Avanza paling tinggi) iaitu Rp 216 j (RM 62,046).

Toyota Raize (Ativa) 1.2L NA rasmi dijual, enjin bukan turbo yang lebih murah! 05

Indonesia menjadi negara pertama yang menampilkan Toyota Raize dengan enjin 1.2 liter NA ini di mana enjin ini adalah enjin pembangunan baharu dan bukannya enjin lama. Enjin berkod WA-VE pertama kali didedahkan oleh Toyota dan mungkin menjadi petanda model baharu bakal menyusul dengan enjin ini. Mungkin, Perodua Axia generasi baharu?

Bacaan Lanjut:

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k!

Beza jenama, Daihatsu Rocky 3 kali ganda kurang permintaan berbanding Toyota Raize?

Bocor! Enjin 1.2 liter NA baharu untuk Raize-Rocky jadi petanda model baru Toyota-Daihatsu akan menyusul?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda