Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras!

Haris · May 21, 2021 08:00 PM

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 01

Toyota Raize baru sahaja dilancarkan di Indonesia dan khas untuk pasaran di sana, varian Toyota Raize GR Sport turut diperkenalkan. Selain itu, terdapat juga Toyota Raize dengan transmisi manual 6-kelajuan (Malaysia hanya automatik CVT sahaja) dan juga pilihan enjin 1.2 liter NA (Malaysia hanya 1.0 liter turbo sahaja).

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 02

PT Toyota Astra Motor (TAM), pengedar rasmi Toyota Raize telah menerima tempahan lebih dari 1,269 unit pada minggu pertama pelancarannya di negara tersebut. Varian yang sangat popular adalah varian GR-S sehingga menimbulkan sedikit kucar-kacir kepada pelanggan yang mahukan varian tersebut.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 01

Menurut laporan porta media Indonesia, pelanggan perlu menunggu sehingga 9 bulan untuk menerima Toyota Raize mereka. Giliran menunggu ini cukup lama tetapi ia adalah harga yang berbaloi untuk dibayar bagi sebuah kereta yang sangat popular. Tak percaya? Tanya pembeli Proton X50 untuk konteks Malaysia.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 02

Media yang sama juga telah menemubual beberapa penjual Toyota dan mereka menyifatkan penerimaan orang ramai terhadap Toyota Raize sangat luar biasa. Malah, varian paling tinggi tidak selalunya menerima tempahan yang banyak malah Toyota Astra Motor juga tidak menjangkakan hal ini berlaku.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 03

Berikutan daripada sambutan yang hangat ini, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), kilang pemasangan Toyota di Indonesia akan meningkatkan pengeluaran untuk mengurangi masa menunggu dan menyesuaikan pengeluaran mengikut permintaan.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 04

Lebih menarik lagi, TMMIN juga telah bersedia dalam memastikan pengeluaran model ini di Nusantara berjalan lancar dan tidak terjejas oleh krisis semikonduktor global yang mempengaruhi banyak jenama automotif di seluruh dunia, termasuk Perodua.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 05

Harga untuk Toyota Raize GR-S bermula dari IDR 244.7 juta (sekitar RM 70,600) dan dilengkapi dengan aksesori berjenama GR yang sporty termasuk bumper depan dan belakang serta rim 17-inci yang lebih menarik.

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 06

Toyota Raize GR-S dikuasakan oleh enjin yang sama dengan Perodua Ativa - enjin tiga silinder 1.0L bercaj turbo (98 PS / 140 Nm). Enjin ini dipadankan dengan transmisi kotak gear automatik D-CVT (Dual-Mode CVT).

Toyota Raize GR Sport di Indonesia berdepan 9 bulan giliran menunggu, laku keras! 07

Tinjauan kami sebelum ini mendapati bahawa Toyota Raize bakal menerima saingan yang kuat daripada Nissan Magnite dan Kia Sonet, kedua-duanya SUV segmen B kompak yang sedia ada di Indonesia. Nampaknya keandalan jenama Jepun ini mungkin tidak dapat dipertikaikan lagi setelah melihat kepada sambutan model ini.

Bacaan Lanjut:

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet?

Terlalu laku, jualan Toyota Raize di Indonesia cecah 1,000 unit - kereta takkan dapat sebelum raya?

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru