window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota!

Haris · Oct 8, 2020 06:00 PM

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 01

Toyota Motor Corporation dilihat kembali ke landasan keuntungan ketika dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19. Jumlah penjualan dari Januari hingga Ogos 2020 yang mengalami peningkatan turut mengira jumlah penjualan daripada anak syarikat Toyota Motor Corporation iaitu Daihatsu Motor Co., Ltd. dan Hino Motors, Ltd.

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 01

Antara faktor kejayaan Toyota pada saat-saat sukar ini adalah peningkatan penjualan model-model terbaru secara domestik antaranya adalah Toyota Harrier, Toyota Yaris (versi Jepun) dan Toyota Raize. Hal ini dapat dilihat apabila Toyota Yaris (versi Jepun) menduduki tempat pertama dan Toyota Raize menduduki tempat kedua dalam jumlah jualan terbanyak di Jepun pada bulan Ogos 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 01

Penjualan turut mengalami peningkatan di pasaran China melalui Toyota Levin sedan dan Lexus ES. Jumlah penjualan Toyota di China mampu mencapai sebanyak 164,354 unit sebulan. Jumlah pengeluaran kenderaan Toyota di China juga meningkat 15% iaitu kini sebanyak 119,711 unit.

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 02

Rebiu Toyota RAV4 di sini

Selain dari itu, pengenalan model-model baharu seperti Toyota Fortuner dan Toyota Hilux di Thailand, Toyota Yaris Cross di Eropah serta Toyota RAV4 dan Toyota Camry di pasaran Amerika Syarikat turut membantu menyegarkan minat terhadap Toyota.

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 03

Bukan itu sahaja, 2020 Toyota Hilux generasi baharu juga sudah mendarat di Malaysia. Ikuti ulasan pemanduan 2020 Toyota Hilux generasi baru oleh penulis kami di sini.

Toyota Raize (Perodua D55L) laris di Jepun. Bantu lonjak penjualan global Toyota! 04

Sumber: Autonetmagz

Umum mengetahui bahawa Toyota Raize akan di'rebadge' menjadi Perodua D55L di Malaysia. Dalam kesibukan pengeluar lain yang cuba melancarkan 10 buah kenderaan sebelum hujung 2020, Perodua D55L kekal tenang dalam pembangunan. Adakah berbaloi untuk menunggu Perodua D55L atau beli Proton X50 sekarang? Nyatakan di ruangan komen.

Sumber: Autonetmagz

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda