window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k!

Faisal · Apr 30, 2021 08:00 PM

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 01

Toyota Raize baru sahaja dilancarkan di pasaran Indonesia sebentar tadi. Untuk maklumat anda, kembar Perodua Ativa yang menjadi satu fenomena di Jepun ini dipasang tempatan di kilang Kerawang, Indonesia.

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 02

Eksterior

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Uniknya, Toyota Raize di pasaran Indonesia turut ditawarkan dengan varian GR Sport. Menariknya, ini adalah model GR Sport pertama di pasaran tersebut.

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 01

Untuk maklumat anda, varian ini dilengkapkan dengan kit badan yang lebih sporty, lencana GR, dan roda aloi 17 inci yang berwarna gloss black. Malah, ia turut hadir dengan pilihan warna bumbung dan cermin sisi yang berwarna hitam.

Interior

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 02

Pada bahagian interior pula, Toyota Raize tampil serupa dengan apa yang ditawarkan di pasaran Jepun dan Singapura. Apa yang menarik buat varian GR Sport ialah ciri paddle shifter yang mana ia didatangkan buat pertama kali pada Toyota Raize. Seperti Perodua Ativa, Toyota Raize di Indonesia turut hadir dengan mod Power di bahagian stereng.

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 03

Dari segi multimedia, Toyota Raize didatangkan dengan skrin infotainment bersaiz 9 inci sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Trenkuasa

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 04

Menjadi kembar Daihatsu Rocky dan Perodua Ativa, Toyota Raize di Indonesia turut hadir dengan gabungan enjin 1.0L turbo 3 silinder (98 PS, 140 Nm tork) dan transmisi jenis D-CVT yang sama. Unik untuk pasaran mereka ialah pilihan enjin baru (WA-VE) yang menggunakan format 1.2L aspirasi natural dengan 3 silinder. Ia menghasilkan 88 PS dan 107 Nm tork. Selain itu, pasaran tersebut juga didatangkan dengan pilihan transmisi manual 5 kelajuan.

Juga bacaBocor! Enjin 1.2 liter NA baharu untuk Raize-Rocky jadi petanda model baru Toyota-Daihatsu akan menyusul?

Ciri keselamatan

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 05

Bergantung pada varian, Toyota Raize turut hadir dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri seperti:

  • Pre Collision System      
  • Adaptive Cruise Control
  • Front Departure Alert   
  • Lane Departure Assist   
  • Pedal Missoperation Control      
  • Rear Crossing Traffic Alert           
  • Blind Sport Monitoring

Di Indonesia, Toyota Raize bermula dari harga IDR 219,900,000 juta ke IDR 263,700,000 (RM 62k – RM 75k). Turut dilancarkan di pasaran sana sebentar tadi ialah sebuah lagi kembar Perodua Ativa, iaitu Daihatsu Rocky.

Toyota Raize tembus pasaran Indonesia – pilihan enjin 1.2L NA, varian GR Sport, paddle shifter, dari RM 62k - RM 75k! 06

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda