window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli?

Mersita · Jun 23, 2020 06:32 PM

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 01

UMW Toyota Motor baru sahaja memperkenalkan Toyota RAV4 2020 terbaru di Malaysia. Model baru itu bersaing dengan Honda CR-V dan Mazda CX-5 dalam pasaran SUV segmen C.

Powertrain – Mampukah enjin Dynamic Force bersaing dengan enjin turbocharged?

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 02

Bermula sekarang hingga 31 Disember, dibawah adalah senarai harga yang telah dikemaskini untuk Honda CR-V:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • CR-V 2.0 2WD: RM 144,629.66
  • CR-V 1.5 TC 2WD: RM 157,243.00
  • CR-V 1.5 TC AWD: RM 162,871.46
  • CR-V 1.5 TC-P 2WD: RM 168,465.73

Bagi Mazda CX-5 pula, harga yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:

  • CX-5 2.0G 2WD Mid: RM 132,403.80
  • CX-5 2.0G 2WD High: RM 148,563.70
  • CX-5 2.5G 2WD High: RM 161,103.50
  • CX-5 2.2D 2WD High: RM 167,274.70
  • CX-5 2.5T 4WD High: RM 174,852.10

Buat julung kalinya, barisan powertrain Dynamic Force ditawarkan pada model kereta Toyota.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 01

RAV4 2.5 terbaru diberi enjin petrol 4 silinder A25A-FKS 2.5 liter yang menjana 207 PS pada 6,600 rpm dan 243 Nm pada 5,000 rpm, dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. RAV4 ialah model front-wheel drive sahaja.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 02

Walaupun enjinnya adalah naturally-aspirated, janaan kuasa RAV4 2.5 mampu bersaing dengan Honda CR-V 1.5 TC-P (193 PS, 243 Nm), tetapi kurang berkuasa jika dibandingkan dengan Mazda CX-5 2.5T (230 PS, 420 Nm).

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 03

Dari segi transmisi pula, RAV4 terbaru ini mempunyai nisbah paling hadapan (8 kelajuan), manakala CX-5 dipadatkan dengan unit transmisi 6 kelajuan. Honda CR-V pula dipadatkan dengan transmisi automatik jenis CVT.

Dikalangan ketiga-tiga kereta ini, CR-V dan RAV4 dilengkapi dengan paddle shifter yang dipasang pada stereng tayar. Yang paling berkuasa disini iaitu CX-5 tidak dilengkapi dengan paddle shifter.

Dalaman – Mazda menang dalam aspek kualiti, tetapi RAV4 juga ada kelebihannya

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 04

Perkara tipikal pada kebanyakan keluaran moden Toyota ialah keselesaan kabin. Ruang dalaman RAV4 terbaru amat selesa – pemilihan materialnya yang bagus serta susunatur yang tampak sempurna.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 05

Honda CR-V ada beberapa ruang simpanan

Tetapi dari segi praktikaliti, Honda CR-V kekal sebagai juara bertahan kerana ia menawarkan kabin paling praktikal dalam segmen ini. Tiada yang boleh menandingi kemudahan dalam kabinnya setakat ini.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 06

Manakala bagi Mazda CX-5 pula, ia menawarkan kabin paling kelas-atas dalam segmen ini – mendahului kebanyakan saingannya dari Jepun.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 07

Walaupun ketiga-tiga pengilang mengambil langkah yang berbeza dengan SUV masing-masing, ketiga-tiga saingan ini didatangkan dengan sistem infotainmen dengan skrin sentuh 7.0 inci berserta Android Auto dan Apple CarPlay. Paparan pada Mazda dan Toyota menonjolkan rekaan stail terapung, manakala paparan infotainmen Honda pula terletak di dalam papan pemukanya.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 08

Perkara yang membezakan RAV4 terbaru ini dengan saingan ketatnya ialah pada penambahan pad pengecas tanpa-wayar Qi, tempat duduk hadapan yang berventilasi serta DVR depan belakang yang dibina-dalam.

Walaupun Honda sering menjuarai aspek praktikaliti diruang dalamannya, RAV4 baharu didatangkan dengan ruang but paling besar dalam segmen ini dengan isipadu 580 liter (CR-V: 522 liter, CX-5: 442 liter).

Keselesaan pemanduan – TNGA platform Toyota amat bagus

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 09

Disinilah faktor yang membuatkan Toyota RAV4 betul-betul menonjol.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 10

Dengan platform TNGA-K, RAV4 mampu mencapai keseimbangan yang baik antara keselesaan pemanduan dan handling.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 11

Dibandingkan dengan Honda CR-V yang kurang selesa, Toyota RAV4 baharu ada liganya yang tersendiri dengan kebolehannya dalam menyerap impak dari jalan yang tidak rata.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 12

Walaupun RAV4 berprestasi baik dalam membelok, ia kekurangan ketangkasan Mazda CX-5. GVC Plus sememangnya membantu CX-5 untuk membelok dengan lebih baik, tetapi ketangkasannya juga adalah musuh utamanya. Stereng Mazda yang lebih komunikatif bermaksud yang ia boleh membuatkan pemandu terasa lebih letih semasa memandu jarak-jauh dengan jalan lurus – sesuatu yang bukan isu untuk RAV4.

Ciri keselamatan – ADAS yang komprehensif untuk Honda dan Toyota

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 13

Bermula dengan Toyota Vios, UMWT telah Berjaya dalam memadatkan model mereka dengan spesifikasi hebat, sama juga dengan RAV4 baharu ini.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 14

Kedua-dua varian RAV4 baharu didatangkan dengan kelengkapan ADAS Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist dan Lane Tracing Assist (LTA)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), semua kelajuan
  • Automatic High Beam (AHB)

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 15

RAV4 baharu juga didatangkan dengan Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 16

Manakala bagi Honda CR-V 1.5 TC-P pula, ia menawarkan:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Low Speed Follow (LSF)
  • Kamera LaneWatch

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 17

Mazda CX-5 2.5T didatangkan dengan i-ActivSense ADAS suite Mazda, yang menawarkan:

  • Autonomous Emergency Braking (Depan dan Belakang)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Adaptive LED Headlights (ALH)
  • Driver Attention Alert (DAA)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Lane-keep Assist System (LAS)

Merujuk kepada kelengkapan diatas, SUV yang dipasang di Kulim ini kekurangan Adaptive Cruise Control – ciri yang ditawarkan oleh kedua-dua saingannya.

Harga – disinilah yang boleh buat potong stim

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 18

Walaupun Toyota RAV4 terbaru ini sangat mengagumkan, harganya berjumlah RM 200 ribu telah menjadi batu penghalang kepada ramai pembeli-pembeli berpotensi.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 19

Ingat, harga bagi Honda CR-V dan Mazda CX-5 tidak lebih dari RM 190 ribu, manakala RAV4 pula dijual pada harga RM 220 ribu – peningkatan RM 30 ribu yang agak banyak.

Toyota RAV4 2020 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5 – Yang mana satu patut anda beli? 20

Dengan SST, RAV4 terbaru ini dijual pada RM 203,880 (2.0L) hingga RM 223,880 (2.5L).

Walaubagaimanapun, sebahagian daripada kos ini disebabkan oleh cukai. Tanpa cukai, RAV4 yang dibuat di Jepun ini Honda CR-V ada beberapa ruang simpanan berbanding Honda CR-V yang dipasang di Melaka.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda