window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik?

Haris · Mar 14, 2022 05:30 PM

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 01

Toyota RAV4 pasaran Jepun akan menerima satu kemas kini pada bulan Oktober 2022, memperkenalkan pelbagai peningkatan teknologi berdasarkan satu laporan portal Creative Trend.

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 02

Toyota RAV4 PHV (Hybrid)

Walaupun baru sahaja menerima kemaskini kecil pada bulan Disember 2021 lepas, kemaskini yang akan datang ini bakal memberikan lebih tumpuan ciri dan kelengkapan, terutamanya melalui pengenalan kelompok instrumen digital baharu untuk semua varian Jepun.

Sebagai rujukan, kemaskini pada bulan Disember 2021 tersebut merupakan kemaskini kosmetik (lampu dan tayar baharu).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: 2020 Toyota RAV4 dengan enjin 2.0 telah ditamatkan jualan di Malaysia!

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 01

Toyota RAV4 dengan panel meter 7-inci (pasaran Malaysia)

Tiga varian teratas akan mendapat panel meter digital penuh 12.3 inci, menggantikan panel meter 7-inci yang turut dipasang pada Toyota RAV4 berspesifikasi Malaysia.

Paparan kluster instrumen 4.2-inci yang dipasang pada varian 'X' tahap pengenalan di Jepun pula akan ditukar kepada unit 7-inci.

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 02

Skrin yang lebih besar pada Toyota Noah pasaran Jepun

Di samping itu, Toyota RAV4 dikatakan bakal menerima sistem infotainment baharu yang akan memaparkan skrin 10.5 inci yang lebih besar pada varian yang lebih tinggi (dikatakan mirip dengan Toyota Voxy/Noah's serba baharu), manakala varian asas 'X' akan dinaik taraf kepada unit infotainment 8-inci.

Baca: Potong stim: Toyota RAV4 2020, berbaloi tak bayar RM 40k lebih dari CR-V?

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 03

Diintip di Jepun, kebanyakan kemas kini RAV4 seterusnya akan melibatkan teknologi dan tanpa estetika

Ciri baharu lain dalam kemas kini model dikatakan termasuk port HDMI pilihan, warna baharu dan naik taraf kepada suite Toyota Safety Sense untuk varian hibrid plug-in (RAV4 PHV) yang teratas.

Menariknya, Toyota juga dilaporkan mahu memperkenalkan trim pakej OFF-ROAD terhadap varian hibrid plug-in tersebut. Off-road dan hibrid bukanlah 2 perkataan yang selalu kita temui bersama.

Toyota RAV4 bakal dikemaskini, adakah kali ini pembeli Malaysia akan tertarik? 04

Ketika artikel ini ditulis, Malaysia menawarkan Toyota RAV4 dalam varian tunggal 2.5, dengan enjin 2.5 liter aspirasi semulajadi menghasilkan 207 PS / 243 Nm. Model Malaysia ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dengan harga bermula dari RM 215,665 (sah sehingga 30-Jun 2022).

Baca: Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda