window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa?

Haris Β· Aug 7, 2021 04:00 PM

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 01

Melihat kepada populariti Honda CR-V di Malaysia dan negara-negara jiran, mungkin anda terfikir bahawa Honda CR-V adalah SUV terlaris di dunia. Namun kenyataan ini sedikit tersasar apabila juara sebenar adalah Toyota RAV4! Bagaimana situasi ini terjadi? Soalan ini akan dikupas sebentar lagi.

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 02

Toyota RAV4 hitam keseluruhan

Menurut laporan Car Industry Analysis, 5 SUV dari pengeluar Jepun mendominasi pasaran SUV segmen C di seantero dunia. Berikut adalah senarai SUV yang dimaksudkan:

  • 1st - Toyota RAV4 (1,070,000 unit)
  • 2nd - Honda CR-V (885,000 unit)
  • 3rd - Nissan X-Trail (465,000 unit)
  • 4th - Mazda CX-5 (365,000 unit)
  • 5th- VW Tiguan Allspace (356,000 unit)

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV segmen C adalah segmen pasaran terbesar di dunia dari segi jumlah penjualan. Tahun lalu sahaja, sebanyak 7.37 juta unit SUV segmen C yang terjual di seluruh dunia. Maka tidak hairanlah jika kesemua pengeluar berlumba-lumba mahu tampil dengan SUV masing-masing.

Jumlah jualan tahun 2020 itu pun sebenarnya sudah turun sekitar 2% berbanding tahun 2019 berkemungkinan besar disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19.

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 01

Beberapa wajah baru dalam senarai carta jualan 10 teratas SUV segmen C memberi perspektif baharu terhadap industri secara keseluruhan. Jenama automotif China yang diwakili Haval H6 (ke-6, 352,000 unit terjual), dan Changan CS75 Plus (ke-10, 206,000 unit terjual) menguatkan lagi saingan baharu dari Timur.

Bagaimana pula dengan model kegemaran Malaysia? Geely Boyue (Proton X70) hampir berjaya ke senarai 10 terlaris apabila berada di tempat ke-11. Ya, jualan Proton X70 di seluruh dunia turut dikira sebagai jualan Geely Boyue secara rasmi.

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 02

Hampir separuh jualan SUV segmen C adalah dari China, di mana pegangan pasaran pula hampir 15%.

Mengikut carta pengeluar, Toyota adalah pengeluar paling banyak dengan pegangan pasaran sebanyak 14.6%, diikuti oleh Honda (12%), Renault-Nissan (9.7%), kumpulan Volkswagen (9.6%) dan GM (9.2%).

Mengapa Toyota RAV4 tidak laku di Malaysia?

Toyota RAV4 cantas Honda CR-V sebagai SUV terlaris dunia, Proton X70 di tangga berapa? 03

Harga Toyota RAV4 ketika ini adalah sekitar RM 215,665 yang meletakkannya bersaing dengan BMW X1 (RM 233,800) dan Mercedes-Benz GLA 200 (generasi lama, RM 223,888).

Kenaikan harga ini adalah disebabkan oleh Toyota RAV4 dipasang dari Jepun (CBU) manakala pesaing lain dipasang secara tempatan (CKD). Ikuti kupasan lebih lanjut di pautan berikut.

Baca: Toyota RAV4 terlalu mahal? Harga kereta yang melambung tinggi adalah norma baru

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Toyota RAV4 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda