window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota RAV4 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5: Mana pilihan terbaik untuk SUV segmen C?

Haris · Jun 23, 2020 05:34 PM

Toyota RAV4 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5: Mana pilihan terbaik untuk SUV segmen C? 01

UMW Toyota baru sahaja melancarkan model Toyota RAV4 2020 terbaru di Malaysia. Model ini akan bersaing rapat dengan Honda CR-V dan Mazda CX-5 dalam kelas SUV segmen C. Oleh itu, kami bandingkan ketiga-tiga model dengan varian paling tinggi untuk mengetahui pilihan manakah yang terbaik sekali.

Trenkuasa - RAV4 dengan Dynamic Force, CX-5 paling berkuasa

Toyota RAV4 vs Honda CR-V vs Mazda CX-5: Mana pilihan terbaik untuk SUV segmen C? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pertama kalinya, Toyota Malaysia menawarkan enjin Dynamic Force dan dipasang pada Toyota RAV4. Toyota RAV4 serba baru ini mendapat enjin petrol empat silinder A25A-FKS 2.5 liter yang menjana 207 PS kuasa kuda pada 6.600 rpm dan 243 Nm tork pada 5.000 rpm. Transmisinya pula menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan. RAV4 juga merupakan model pacuan roda depan sahaja.

 

Walaupun hanya menggunakan enjin Naturally Aspirated (NA), RAV4 mampu menandingi kuasa Honda CR-V 1.5 TC-P (193 PS, 243 Nm) tetapi jauh ditinggalkan apabila dibandingkan dengan Mazda CX-5 2.5T (230 PS, 420 Nm).

 

Dari segi transmisi, Toyota RAV4 serba baru mempunyai nisbah gear paling tinggi dengan 8-kelajuan, sementara CX-5 hanya sekadar 6-kelajuan. Honda CR-V, sebaliknya mendapat transmisi automatik jenis CVT sahaja.

 

Antara ketiga-tiga model tersebut, CR-V dan RAV4 dilengkapi dengan paddle shifter stereng. Sayangnya, Mazda CX-5 yang paling berkuasa tidak dilengkapi dengan paddle shifter.

 

Rekaan dalaman - CX-5 dengan desain Kodo, CR-V paling praktikal

 

Dengan gaya tipikal Toyota, RAV4 dilihat cukup selesa, kualiti binaan yang bagus dengan rekaan yang sejuk mata memandang.

 

Tetapi untuk rekaan dalaman yang praktikal, tiada yang mampu mengalahkan Honda CR-V.

 

Mazda CX-5 pula mempunyai rekaan dalaman yang setanding dengan reputasinya sebagai jenama Jepun kelas atasan.


 

Walaupun ketiga-tiga pengeluar mengambil pendekatan yang berbeza dengan rekaan dalam masing-masing, kesemuanya dilengkapi sistem infotainment skrin sentuh 7.0 inci dengan fungsi Android Auto dan Apple CarPlay. Skrin Mazda dan Toyota menggunakan rekaan terapung, sementara paparan infotainment Honda terletak pada papan pemuka.

 

Toyota RAV4 serba baru turut dilengkapi dengan pad pengecas tanpa wayar Qi, tempat duduk berventilasi dan kamera DVR depan dan belakang. Kedua-dua pesaingnya tidak dilengkapi dengan ciri-ciri ini.

 

Toyota RAV4 turut menawarkan ruang but yang terbesar pada 580 liter diikuti dengan 522 liter pada Honda CR-V dan akhir sekali CX-5 pada 442 liter.

 

Keselesaaan pemanduan - RAV4 dengan TNGA

 

Platform TNGA-K adalah sebuah keajaiban kejuruteraan. Penggunaan platform ini ternyata memberi keseimbangan antara keselesaan pemanduan dan kendalian.

 

Honda CR-V tidak begitu memuaskan dalam aspek ini. Platform TNGA-K ternyata meletakkan tahap keselesaan Toyota RAV4 dalam kelasnya tersendiri.

 

Namun, adakah Toyota RAV4 mampu mengalahkan reputasi Mazda CX-5 ketika mengambil selekoh? Jawapan kami, tidak. Mazda CX-5 tetap yang terbaik ketika mengambil selekoh kerana sistem GVC Plus.

 

Sungguhpun begitu, respons stereng Mazda CX-5 lebih terasa apabila melalui jalan yang tidak rata di mana Toyota RAV4 langsung tidak mempunyai masalah itu. Anda mungkin akan menjadi lebih penat ketika pemanduan jauh pada Mazda CX-5.

 

Aspek keselamatan

 

Toyota RAV4 dilengkapi dengan suite ADAS penuh untuk keselamatan pengguna.

 

Sistem suite ADAS penuh merangkumi fungsi berikut:

 

  • Pre-Collision System (PCS)

  • Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist dan Lane Tracing Assist (LTA)

  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) untuk semua kelajuan

  • Automatic High Beam (AHB)

Selain itu, Toyota RAV4 turut dilengkapi dengan Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert.

 

Bagi model Honda CR-V 1.5 TC-P pula dilengkapi:

 

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)

  • Forward Collision Warning (FCW)

  • Adaptive Cruise Control (ACC)

  • Lane Departure Warning (LDW)

  • Lane Keep Assist (LKA)

  • Road Departure Mitigation (RDM)

  • Low Speed Follow (LSF)

  • LaneWatch camera

Mazda CX-5 2.5T pula dilengkapi dengan suite ADAS i-ActivSense Mazda yang menawarkan:

  • Autonomous Emergency Braking (Front and Rear)

  • Blind Spot Monitor (BSM)

  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

  • Adaptive LED Headlights (ALH)

  • Driver Attention Alert (DAA)

  • Lane Departure Warning System (LDWS)

  • Lane-keep Assist System (LAS)

Paling ketara sekali pada Mazda CX-5 adalah ketiadaan fungsi Adaptive Cruise Control yang ditawarkan pada kedua-dua pesaingnya yang lain.

Harga - halangan sebenar

Toyota RAV4 berharga lebih daripada RM 200k telahpun membuatkan ramai pembeli kurang berminat.

Harga Honda CR-V dan Mazda CX-5 pula tidak mencapai RM 190k, apatah lagi di musim potongan harga jualan. Toyota RAV4 pula? RM 220k untuk varian yang baru sahaja dibincangkan.

Walaupun dengan potongan cukai jualan, harganya tidak jatuh di bawah RM 200k.

Jika anda merasakan harganya terlalu mahal, baca di sini untuk mengetahui bagaimana Toyota RAV4 yang dijual paling murah di seluruh dunia menjadi paling mahal di Malaysia.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda