Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz?

Zamil Syaheer · Dec 1, 2020 06:00 PM

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 01

Toyota Rush adalah pesaing rapat kepada Honda BR-V dan Mitsubishi Xpander. Kedua model mengikut konsep rupa ala SUV dengan tujuh tempat duduk. Sebenarnya ia adalah MPV bagi orang yang tidak inginkan rupa SUV.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 02

Ia konsep yang agak menarik, tetapi ada satu masalah yang agak besar - ia adalah kembar kepada Perodua Aruz dengan sedikit perbezaan. Kedua kereta ini dipasang di kilang Perodua di Rawang.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sepertimana yang anda tahu, harga Perodua Aruz jauh lebih murah. Jadi baloi ke nak beli Rush berbanding Aruz? Baca dulu!

Kereta ini Toyota ke Perodua?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 01

Bukan antara kedua jenama tersebut. Sebenarnya ia adalah sebuah Daihatsu. Kereta ini dibina di Indonesia sebagai Daihatsu Terios. Sama seperti Malaysia, kedua Toyota Rush dan Daihatsu Terios dibina dan dipasang di kilang Daihatsu yang terletak di Karawang. Kereta sama, nama lain.

Tapi enjin dia dari Toyota?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 02

Ya dan tidak. Enjin 1.5 liter 2NR-VE dikembangkan bersama oleh Toyota dan anak syarikatnya Daihatsu. Di Malaysia, enjin ini dibina oleh Perodua di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing (DPEM) di Sendayan.

Berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Wikipedia dan banyak laman web lain, enjin 2NR-VE adalah blok aluminium yang dikongsi dengan Perodua Myvi. Ia juga dikongsi dengan Toyota Yaris dan Vios, walaupun menggunakan kod 2NR-FE yang sedikit berbeza.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 03

2NR-FE di Toyota Yaris.

Kedua-dua 2NR-FE dan 2NR-VE mempunyai seseran 1,496 cc yang sama, menggunakan Dual VVT-i dan blok aluminium.

Di Malaysia, kedua enjin itu berasal dari kilang DPEM yang sama di Sendayan. Perbezaan kod hanyalah untuk membezakan antara model oleh Toyota berbanding model yang dibina Daihatsu. Senang cerita, kedua-dua enjin ini serupa.

‘Underpowered’ kan?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 04

Sebenarnya tiada kereta yang ‘underpowered’. Jika anda lihat dari segi nombor sahaja, maka anda silap. Senang cerita, kereta ini menaiki Genting Highland tanpa sebarang masalah. Cepat dan lambat adalah relatif.

Jadi percayalah kata kami bahawa enjin 1.5 yang sarat dengan 7 penumpang boleh bergerak dengan senangnya. Orang yang cakap lain itu tidak memahami bagaimana nisbah gear berfungsi.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 05

Namun begitu disebabkan Rush hanya mempunyai transmisi 4 kelajuan serta nisbah gear yang rendah, maka kelajuan enjin (rpm) lebih tinggi pada kelajuan lebuh raya. Ini bermakna Rush bukanlah sejimat yang anda sangka.

Seperti kami jangkakan, daya pecutan biasa sahaja tapi masih boleh dibandingkan dengan pesaing yang sama dalam segmen. Ia mengambil masa 15.7 saat pada ujian 0-100 km/j dan 19.3 saat untuk ujian 0-100-0 km/j.

Jadi baik beli Perodua Aruz ke Toyota Rush?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 06

Perodua Aruz. Kenapa? Kerana ianya RM 20,000 lebih murah (harga spesifikasi tinggi adalah RM 77,900) dan spesifikasinya lebih kurang Toyota Rush, kecuali tiga benda ini:

  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Kamera 360-degree
  • Dashboard dwi-tona dengan jahitan palsu

Lainlah jika anda lebih berminat untuk servis di Toyota berbanding Perodua kerana Toyota mempunyai antara servis selepas-jualan yang terbaik.

Dengar kata casisnya sama dengan Toyota Avanza?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 07

Betul. Toyota Rush (dan Perodua Aruz) pada dasarnya adalah casis Toyota Avanza yang telah dirombak. Malah, ia sebenarnya berdasarkan Daihatsu Xenia. Lebih menarik lagi, Toyota Avanza yang dijual di Malaysia diimport dari kilang Daihatsu yang sama di Indonesia yang membina Daihatsu Terios/Toyota Rush untuk pasaran sana.

Tambahan pula, ia menggunakan enjin 1.5 liter, transmisi 4 kelajuan automatik, serta pacuan roda belakang yang sama.

Jadi adakah pengalaman pemanduannya sama seperti Toyota Avanza?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 08

Walaupun ia menggunakan trenkuasa yang sama, pemanduan Toyota Rush rasa berbeza berbanding Avanza kerana ia menggunakan roda 17 inci berbanding 15 inci.

Saiz roda yang besar membuatkan Rush lebih stabil di lebuh raja jadi ianya lebih selesa berbanding Avanza. Namun, tayarnya juga lebih lebar dan ini membuatkan ia lebih sensitif kepada permukaan jalan yang berliku.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 09

Penggunaan minyak juga akan meningkat tetapi hanya sedikit sahaja, lebih kurang 8 ke 9 liter/100 km bergantung kepada jalan dan cara pemanduan.

Pada kelajuan lebuh raya, ianya lebih senyap berbanding Avanza tapi tidak boleh melawan Mitsubishi Xpander.

Adakah ia sesuai untuk kegunaan keluarga?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 10

Ianya sesuai jika anda tidak ada pelan untuk membawa ahli keluarga yang tua. Dengan jarak kelegaan tanah sebanyak 220 mm, Toyota Rush tidak akan terkesan oleh banjir kilat (semestinya dalam had yang boleh diterima).

Namun, rupa ‘rugged’ itu juga menyukarkan orang tua atau budak kecil untuk masuk atau keluar dari kenderaan.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 11

Jarak ketinggian 201 mm Honda BR-V lebih mudah dikendalikan tetapi jika kemudahan akses menjadi keutamaan, tidak ada yang dapat mengalahkan MPV dengan pintu gelangsar.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 12

Sayangnya Toyota tidak lagi menjual Sienta (ramai pengguna di Malaysia masih kurang arif tentang kelebihan pintu gelangsar) tetapi anda masih boleh membeli unit yang terpakai.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 13

Jika tidak, Toyota Rush adalah kereta yang agak luas. Malah tempat duduk di barisan ketiga sesuai untuk orang dewasa dengan ketinggian sehingga 170++ cm, walaupun ianya tidaklah terlalu selesa seperti Mitsubishi Xpander.

Akses ke baris ketiga cukup mudah, kerana tempat duduk baris kedua boleh meluncur ke depan dan belakang, melipat dan jatuh.

Adakah ia selamat?

Berbanding pesaing yang sama dalam segmen ini, Toyota Rush adalah MPV yang dilengkapi ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya.

Ia mempunyai skor ASEAN NCAP 5 bintang. Ia memperoleh 31.14 mata yang terpuji dari maksimum 36.00 mata untuk perlindungan penghuni dewasa dan 41.81 dari 49.00 untuk perlindungan penghuni kanak-kanak, merangkumi pelanggaran benturan depan dan sisi.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 14

Anda mendapat enam beg udara (BR-V dan Xpander hanya dua sahaja), kawalan kestabilan elektronik, sauh ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan bahkan brek kecemasan autonomi (Pra-Kemalangan).

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 15

Anda juga mendapat monitor titik buta, amaran lalu lintas lintang belakang (berguna ketika mengundur keluar ke jalan yang sibuk) dan kamera letak kenderaan 360 darjah - semuanya tidak ada di Perodua Aruz.

Ada versi 4WD tak?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 16

Tiada. Ia hanyalah pacuan roda belakang. Tetapi berbanding Honda BR-V ataupun Mitsubishi Xpander, Toyota Rush lebih sesuai untuk jalan yang berliku dan berlubang – maklumlah ia direka untuk jalan di Indonesia.

Ada dua varian Toyota Rush, mana satukah yang patut saya beli?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 17

Beli sahaja varian 1.5S yang berharga RM 97,000. Perbezaan diantara kedua varian hanyalah RM 4,000.

Spesifikasi tertinggi dilengkapi dengan ciri keselamatan Pra-Kemalangan, serta tempat duduk kulit, lampu depan automatik (LED sudah ada di 1.5G), dan butang kawalan tambahan pada stereng yang dibalut kulit (uretana pada 1.5G) untuk fungsi Bluetooth.

Minyak kuat ke?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 18

Penggunaan enjin blok aluminium adalah jauh lebih baik berbanding blok besi yang digunakan pada Avanza. Ini bermakna ia agak baik walaupun tidaklah terlalu ‘wow’.

Anggaran penggunaan minyak adalah sekitar 8 hingga 9 liter/100 km di bandar dan 7 liter/100 di lebuh raya, semuanya bergantung pada tabiat memandu.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 19

CVT dalam Honda BR-V.

Walau bagaimanapun, Toyota Rush masih jauh lebih baik daripada Mitsubishi Xpander, tetapi tidak dapat menandingi Honda BR-V dari segi penjimatan minyak dek kerana penggunaan transmisi CVT.

Adakah ia selesa?

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 20

Ia sebenarnya agak baik walaupun ianya tidaklah selesa seperti Mitsubishi Xpander ataupun Honda BR-V kerana terdapat gegaran disebabkan oleh penggunaan semi-ladder frame, tetapi ini sudah dapat dijangkakan.

Toyota Rush 2019 – baloi bayar RM 20,000 lebih dari Perodua Aruz? 21

Jadi inilah dia serba serbi tentang Toyota Rush 2019. Jangan lupa untuk menyertai kumpulan Facebook WapCar – BM serta forum rasmi kami!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2019 Toyota Rush 1.5G AT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru