window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je!

Zamil Syaheer · Jul 12, 2021 05:00 PM

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 01

Cengkaman pasaran Toyota di negara kelahirannya tetap kuat seperti sebelumnya. Data terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Penjual Automobil Jepun (JADA) menunjukkan Toyota mengambil kedudukan Top 6 penjualan kereta dari Januari hingga Jun 2021.

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 02

Angka jualan Yaris termasuklah model Yaris Cross dan GR Yaris.

6 model terlaris Toyota pada separuh pertama tahun ini mencatatkan angka jualan 403,482 unit, menguasai 36.6% bahagian pasaran daripada 1.1 juta kereta yang terjual (senarai 50 teratas JADA) pada jangka masa yang sama.

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 03

Alphard warna merah, barang 'rare'

Model-model yang menyumbang kepada angka jualan tersebut adalah Toyota Yaris, Roomy, Alphard, Corolla, Harrier, dan Raize (yang menjadi asas bagi Perodua Ativa).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 01

Kiri: Note, Kanan: Freed

Sekiranya tiada Nissan Note di tangga ke-7 dan Honda Freed di tangga ke-9, Toyota senang-senang boleh sapu bersih carta Top 10 penjualan kereta di Jepun.

Top 10 penjualan kereta di Jepun, separuh pertama 2021
Model Unit Terjual
Toyota Yaris (termasuk. Yaris Cross, GR Yaris) 119,112
Toyota Roomy 77,492
Toyota Alphard 56,778
Toyota Corolla 53,864
Toyota Harrier 48,271
Toyota Raize 47,965
Nissan Note 46,879
Toyota Voxy 41,101
Honda Freed 35,551
Toyota Sienta 33,753

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 02

Corolla Hatchback untuk pasaran Jepun

Dalam senarai Top 50 JADA pula, Toyota menjual 662,470 kereta dalam tempoh 6 bulan. Ini lebih baik daripada era pra-pandemik, melebihi 656,256 unit yang dijual pada separuh pertama tahun 2019.

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 03

Itu petunjuk bahawa pasaran penjualan kereta Jepun kian pulih. Ini kerana sebanyak 1.1 juta kereta sudahpun terjual pada separuh pertama tahun 2021, berbanding 1.2 juta kereta yang dijual pada Januari hingga Jun 2019.

Toyota sapu 6 posisi Top 10 jualan kereta di Jepun separuh tahun 2021, Honda nombor 9 je! 04

Camry 'facelift'

Di Malaysia pula, Toyota dan Honda mempunyai model baru yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Apa yang kami tahu setakat ini adalah Toyota Camry ‘facelift’, Toyota GR86 serba baru, Honda City Hatchback dan Honda Odyssey ‘facelift’. Cuma ini semua bergantung kepada situasi Covid-19 disini.

Juga baca: Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda