window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Faisal · Jan 20, 2021 07:00 PM

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 01

Perodua seringkali dikaitkan dengan jenama Toyota. Untuk pembelian baru, MPV kompak yang tahan lama dan berharga dibawah RM 100k hanyalah Perodua Alza, Proton Exora, dan Toyota Avanza. Tetapi bagaimana jika anda inginkan sesuatu yang berlainan?

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 02

Bagi anda yang tidak tahu, Toyota Sienta ialah sebuah MPV yang unik dimana ia hadir dengan rekaan eksterior dan interior yang jauh lebih 'funky' - sinonim dengan kereta JDM. Malah pintu penumpang belakang juga menggunakan jenis gelangsar dimana ia lebih praktikal untuk sesebuah MPV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 01

Disebabkan saiz yang kompak seperti Alza, Sienta kelihatan seperti anak bongsu yang comel di dalam barisan MPV Toyota. Dengan harga yang kini serendah RM 54,000, adakah ia lebih berbaloi untuk dibeli berbanding Perodua Alza ataupun Proton Exora baru? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu umum dan permasalahan

Sebagai kereta buatan Jepun, Toyota Sienta mempunyai jangka hayat yang cemerlang. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 02

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Toyota Sienta ialah roda stereng yang mudah koyak. Anda boleh menggantikannya di pusat servis Toyota secara percuma memandangkan tempoh waranti buat keluaran pertama pun masih sah. Setelah waranti kereta tamat, kos untuk roda stereng yang baru boleh mencecah RM3,000. Secara alternatif, anda boleh balut semula di kedai aksesori luar serendah harga RM 150.

Selain itu, Toyota Sienta terkenal dengan isu bunyi enjin serupa cengkerik. Ia berpunca daripada belt tensioner. Dengan tempoh waranti yang masih sah, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran sekiranya anda laporkan ke pusat servis. Di kedai luar, kos untuk menggantikan tensioner ini adalah sekitar RM 270. Sekiranya belt itu sendiri perlu ditukar, ia mungkin memakan kos tambahan sehingga RM 300.

Pada masa yang sama, pemilik sering melaporkan masalah bunyi di bahagian pintu gelangsar. Hal ini berpunca daripada rel pintu yang kotor akibat air hujan. Di samping itu, kekurangan pelincir di bahagian cangkuk pintu juga boleh menjadi punca. Apapun, anda boleh cuba amalkan cara yang digunakan di dalam video tersebut.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 03

Beberapa pemilik juga menghadapi isu kegagalan kipas, menyebabkan enjin boleh overheat. Anggaran kos untuk menggantikan kipas ini setelah waranti kereta tamat adalah sekitar RM 170.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 04

Antara masalah kecil yang boleh diselesaikan secara percuma sementara warranti kereta masih ada ialah kaki dan skrin dash cam yang mudah rosak serta bunyi pada komponen absorber dan kerusi. Untuk isu kaki sahaja, ia boleh ditukar sekitar harga RM 100. Untuk skrin pula, kosnya sekitar RM 700.

Bagaimana pula dengan kos servis?

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 05

Seperti kereta lain, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Sebagai kereta buatan Jepun, kos servis dan penyelenggaraannya cukup rendah.

Model tahun manakah paling baik?

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 06

Kami sering menyarankan pembeli untuk memilih model yang telah dikemaskini kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 07

Untuk maklumat anda, Toyota Sienta dipasarkan di Malaysia dari tahun 2016 hingga 2019. Pada tahun 2018, MPV ini dikemaskini menjadi satu varian sahaja iaitu 1.5 V. Menariknya, pembaharuan ini turut menampilkan ciri port USB untuk penumpang di baris kedua dan karpet but serbaguna yang mudah alih.

Berbanding Perodua Alza, Toyota Sienta mempunyai ciri pintu gelangsar elektronik, lampu HID dengan lampu siang LED, brek jenis disc untuk keempat-empat roda, cermin depan akustik, keyless entry dan push-start, penyaman udara automatik, kawalan kestabilan, Hill-start Assist, Security & Solar Film serta dash cam. Namun begitu, perlu dimaklumkan bahawa kebanyakan daripada ciri ini tidak hadir pada varian 1.5 G. 

Tinjauan pasaran terpakai

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 08

Berdasarkan pasaran terkini, Toyota Sienta 1.5 V tahun 2018 boleh dibeli dengan harga serendah RM 63,000. Untuk pengetahuan anda, MPV ini dikuasai oleh enjin 1.5L Dual VVT-i (107 PS, 140 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 09

Sebagai sebuah Toyota yang ringkas, model 1.5 V tahun 2016 juga agak berbaloi untuk dibeli memandangkan ia kini boleh didapati dengan harga serendah RM 54,000.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
1.5 V (2018) RM 99,900 ~RM 63,000 ~12.3%
1.5 V (2016) RM 97,000 ~RM 54,000 ~8.9%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 10

Toyota Sienta Club Malaysia

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 11

Foto: Esque

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji-pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 12

Foto: Cheng Wee

Walau keluaran di Malaysia hanyalah sehingga tahun 2019, Toyota Sienta terpakai masih relevan untuk pembeli MPV yang mahukan sesuatu yang lain daripada Perodua Alza. Dengan harga yang kini jauh lebih murah, Toyota Sienta 1.5 V terpakai menawarkan pakej pembelian yang cukup berbaloi.

Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora? 13

Malah ia nampak lebih istimewa daripada kebanyakan MPV kompak yang anda lihat setiap hari. Apa yang lebih menarik ialah jualannya di pasaran terpakai kini lebih hangat setelah keluarannya dihentikan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda