window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini?

Haris Β· Jan 6, 2023 01:00 PM

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 01

Diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016, Toyota Sienta sebenarnya tidak bermula dengan baik. Walaupun dihasilkan di Indonesia dan diimport (CBU) ke Malaysia, Sienta spesifikasi ASEAN sebenarnya berasal dari model pasaran domestik Jepun lantas ini menjelaskan mengapa rekaan luarannya kelihatan aneh dan 'comel'.

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 02

Model spesifikasi Thai ditunjukkan

Oleh kerana itu, ramai rakyat Malaysia kurang menerima Sienta dengan tangan terbuka. Rekaan moden Jepun tidak sesuai dengan ASEAN, lebih lagi MPV ini perlu memenuhi citarasa keseluruhan ahli keluarga dan bukan ketua keluarga sahaja. Banyak pendapat yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan lantas menyukarkan pilihan.

Tetapi kini keadaan telah berubah. Toyota Sienta kini membuat kemunculan semula dalam pasaran terpakai hasil permintaan yang tinggi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gambaran Awal

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 01

Apabila Toyota Sienta diperkenalkan pada tahun 2016, UMW Toyota Motor menawarkan dua varian model iaitu 1.5 G dan 1.5 V. Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-FE yang menghamburkan 107 PS dan 140 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT yang memacu roda hadapan.

Toyota Sienta 1.5 G spesifikasi asas menawarkan lampu depan halogen, roda aloi perak 15-inci, lampu belakang LED biasa, pintu gelangsar kuasa sisi bahagian penumpang, dan kawalan pendingin hawa manual.

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 02

Varian 1.5 V spesifikasi atas menawarkan ciri-ciri seperti lampu depan Bi-LED automatik, roda aloi dwi tona 16-inci, kemasukan tanpa kunci dengan butang mula hidup, cermin depan akustik, dan pintu gelangsar kuasa di kedua-dua sisi.

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 03

Kemudian pada tahun 2018, UMWT menggugurkan varian 1.5 G daripada barisan, menawarkan hanya 1.5 V sebagai satu-satunya varian. Pada masa yang sama, Sienta 1.5 V juga mendapat beberapa penambahbaikan, iaitu sistem infohibur 6.9-inci baharu, port pengecasan USB belakang, dan lapik yang boleh ditanggalkan untuk kawasan kargo belakang.

Varian Toyota Sienta yang disyorkan?

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 04

Jika bajet anda membenarkan, sasarkan varian Sienta 1.5 V kerana ia menawarkan pintu gelangsar kuasa pada kedua-dua sisi. Varian 1.5 G yang lebih rendah hanya menawarkan pintu gelangsar kuasa di bahagian penumpang sahaja (sebelah kiri).

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 05

Tanpa mengambil kira varian mana, kesemua model Toyota Sienta yang dijual di Malaysia menawarkan 3 beg udara (dua depan dan satu lutut pemandu) beserta kawalan kestabilan.

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 06

Ketika artikel ini ditulis, Carsome menawarkan beberapa unit Sienta untuk dijual, berharga sekitar RM 70k. Bagi sebuah MPV yang dahulunya dijual pada harga hampir RM 100k ketika baharu, Toyota Sienta terpakai memberikan susut nilai yang agak berbaloi.

Baca: Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta

Masalah biasa Toyota Sienta?

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 07

Dengan lencana Toyota, hampir tiada isu besar yang perlu diperkatakan. Oleh itu, pelanggan yang berminat disyorkan untuk membeli model yang dikeluarkan lebih lewat, contohnya tahun 2019 kerana ia masih mempunyai jaminan 5 tahun.

Jaminan itu diperlukan kerana pemilik telah melaporkan bahan stereng akan mengelupas dengan mudah. Secara teknikalnya, ini adalah isu yang agak kecil dan Toyota akan memperbaiki masalah ini jika masih di bawah jaminan.

Sekiranya kereta tidak lagi di bawah waranti, kebanyakan kedai aksesori mampu membalut semula stereng dengan harga RM350 atau lebih, namun ini bergantung pada bahan yang anda pilih.

Di samping itu, sesetengah pemilik juga melaporkan bunyi bising dari ketegangan tali sawat. Seperti masalah bahan stereng, Toyota akan memperbaiki masalah ini sekiranya masih di bawah jaminan. Bagi yang kurang bernasib baik, masalah ketegangan tali sawat ini memerlukan kos RM 300 atau lebih untuk diperbaiki.

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 08

Akhir sekali, sebilangan pemilik juga ada melaporkan kegagalan kipas elektrik di ruang enjin. Ini akan menyebabkan enjin terlalu panas. Kos memperbaiki masalah ini pula adalah sekitar RM 200 atau lebih jika anda mengalami ini ketika jaminan pengeluar sudah berakhir.

Konklusi

Toyota Sienta terpakai: Dari RM 70k, berbaloi langkau penantian 12 bulan untuk Alza baru dengan MPV ini? 09

Tempat duduk barisan ketiga Sienta boleh disimpan dengan kemas di bawah tempat duduk barisan kedua, ciri yang tidak terdapat pada MPV spesifikasi ASEAN yang lain

Walaupun kurang popular ketika baharu, Toyota Sienta unit terpakai akhirnya mendapat permintaan yang cemerlang.

Walaupun MPV yang lebih terkini seperti Perodua Alza ditawarkan dengan pelbagai ciri, Sienta masih mengalahkannya dengan pintu belakang yang terbuka luas dan jarak kelegaan tanah yang rendah bagi memudahkan akses ke tempat duduk barisan ketiga, beserta pintu gelangsar berkuasa yang menjadikan masuk atau keluar penumpang suatu perkara mudah.

Selain itu, tempat duduk barisan ketiga Sienta boleh dilipat dengan kemas di bawah tempat duduk barisan kedua, memberikannya ruang kargo rata penuh. Perkara yang sama tidak ditawarkan Alza atau pesaingnya.

Toyota Sienta kini telah berada dalam generasi ketiga namun model ini dijangka tidak ditawarkan di Malaysia hatta melalui pengedar recond sekalipun, menandakan pengakhiran MPV ini.

Baca: 2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda