window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Supra dari filem Fast & Furious pertama berjaya dilelong pada RM 2.28 juta, pecah rekod!

Zamil Syaheer · Jun 21, 2021 01:00 PM

Toyota Supra dari filem Fast & Furious pertama berjaya dilelong pada RM 2.28 juta, pecah rekod! 01

Imej dari Barrett Jackson.

Anda pernah lihat cerita Fast & Furious pertama yang dikeluarkan pada tahun 2001? Filem ini telah menaikkan industri ‘aftermarket’ dalam pelbagai cabang termasuklah populariti kereta JDM di Amerika Syarikat.

Dalam siri Fast & Furious pertama, mendiang Paul Walker memandu Mitsubishi Eclipse, sebelum menggunakan Toyota Supra berwarna jingga.

Baru-baru ini salah satu daripada Toyota Supra yang digunapakai untuk filem itu telah dilelong, dan ia telah terjual pada harga taraf supercar, iaitu USD 550,000 (RM 2.28 juta), menjadikannya Supra Mk4 yang paling mahal setakat ini!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Supra ikonik ini dibina oleh Eddie Paul dan dilengkapi spoiler depan dan skirting sisi Bomex, bonet depan gaya TRD, sayap belakang biplan aluminium APR, dan roda Dazz Motorsport Racing Hart M5 Tuner 19 inci.

Toyota Supra dari filem Fast & Furious pertama berjaya dilelong pada RM 2.28 juta, pecah rekod! 01

Warna Candy Orange Pearl diambil daripada Lamborghini Diablo, dan ia lengkap dengan ‘livery’ "Nuclear Gladiator" yang direka oleh Troy Lee.

Toyota Supra dari filem Fast & Furious pertama berjaya dilelong pada RM 2.28 juta, pecah rekod! 02

Ia menampilkan enjin 3.0 liter 6-silinder sebaris berpengecas turbo 2JZ-GTE yang sama berlegenda yang dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan, walaupun tombol gear pada kereta ini ‘menyamar’ untuk kelihatan seperti transmisi manual.

Toyota Supra ini digunakan khas untuk tujuan aksi lasak ketika pengambaran filem ini berlangsung.

Toyota Supra "Hero 1" asal milik Craig Lieberman (Penasihat Teknikal untuk dua filem Fast & Furious pertama) yang digunakan mempunyai banyak krom, beberapa bahagian Greddy, manifold khas, dan NOS. Unit yang ini menggunakan trenkuasa standard.

Pemilik baru dipercayai telah menerima dokumentasi yang menyeluruh dan Sijil Ketulenan untuk membuktikan bahawa Toyota Supra memang merupakan unit yang digunakan dalam penggambaran.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota GR Supra 3.0 MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda