window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang!

Haris · Sep 20, 2021 07:00 PM

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 01

Adakah ini rupa Toyota Hilux generasi baru akan datang? Mungkin, kerana Toyota USA baru sahaja mendedahkan Toyota Tundra generasi ketiga. Beberapa peningkatan terhadap trak pikap saiz penuh (full size pickup truck) ini disambut baik oleh peminat dan bakal menjadi saingan kuat terhadap Ford F-150 dan Chevrolet Silverado.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti yang dijangkakan, Toyota Tundra hadir dengan enjin hibrid di samping enjin V6 sedia ada. Lebih mengejutkan adalah Toyota menggugurkan enjin V8 untuk trak pikap ini. Apa-apa pun, enjin V6 3.5 liter turbo berkembar masih mampu mencapai puncak kuasa 389 hp dan 649 Nm.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 01

Jika kuasa tersebut tidak cukup, enjin yang sama dijelmakan semula sebagai hibrid dengan motor elektrik i-Force Max dengan bateri 288V Ni-MH. Ini meningkatkan puncak kuasa kepada 437 hp dan 790 Nm. Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik 10-kelajuan dan kuasa yang dicatatkan lebih tinggi daripada enjin V8 yang digugurkan.

Baca: Diintip: ‘Abang besar’ Toyota Hilux, Toyota Tundra 2022, dikesan sebelum pelancarannya

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 02

Menggunakan casis platform TNGA-F yang terbaru, Toyota telah memperkuat casis trak pikap ini dengan sistem suspensi double wishbone pada bahagian depan manakala independant leaf spring pada bahagian belakang. Model TRD Pro menggunakan penyerap hentak daripada Fox, rim 18-inci dan plat skid aluminium.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 03

Toyota Tundra generasi ketiga ini mengenakan rekaan baharu yang lebih bersegi, berotot tetapi masih rupa konvensional trak pikap secara keseluruhannya. Kali ini, rekaan gril yang lebih besar dan seragam hingga ke bawah seolah-olah dagu ‘Thanos’ memberikan fasia depan yang lebih agresif. Rekaan ini nampak lebih moden dan berbeza dengan fasia depan pesaingnya.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 04

Kesemua Toyota Tundra 2022 hanya akan ditawarkan dalam pilihan Double Cab atau CrewMax. Tiada pilihan Regular Cab ditawarkan. Secara ringkasnya, Toyota Tundra hanya ditawarkan dalam bentuk empat pintu sahaja tanpa model 2 pintu ditawarkan.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 05

Bergerak ke bahagian dalam, Toyota Tundra tampil begitu ringkas dan praktikal dengan konsol tengah yang cukup besar. Toyota turut memberi tumpuan kepada sudut pandangan hadapan yang begitu luas, di samping pilihan bumbung suria panorama yang memberikan visual luas dari dalam.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 06

Sistem infotainment untuk varian asas berukuran 8.0 inci tetapi varian atas akan menerima sistem infotainment skrin sesentuh 14.0 inci pada bahagian tengah papan pemuka dengan fungsi Apple Carplay dan Android Auto. Kluster meter digital 12.3 inci turut ditawarkan pada sesetengah varian atas.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 07

Toyota seperti biasa, menawarkan Tundra dengan ciri keselamatan standard Toyota Safety Sense 2.5, rangkaian keselamatan aktif dan sistem bantuan pemandu yang terkini. TSS 2.5 merangkumi:

  • brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal
  • bantuan simpang yang memantau lalu lintas yang akan datang
  • pemantauan titik buta
  • amaran lalu lintas belakang
  • lampu tinggi automatik

Tidak lupa juga, terdapat kawalan pelayaran adaptif standard dan bantuan lorong aktif yang memastikan pemandu dilindungi dengan selamat dan selesa.

Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang! 08

Varian Toyota Tundra TRD Pro diperlihatkan

Perincian mengenai harga dan spesifikasi masih belum diumumkan oleh Toyota. Walaubagaimanapun, anggaran sekitar USD 36,000 (RM 150,822) hingga USD 60,000 (RM 251,370) dijangkakan oleh sesetengah media di sana. Adakah ini trak pikap idaman rakyat Malaysia?

Baca: Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda