window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Tundra ciplak di China - nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k!

Haris · Sep 26, 2022 08:00 PM

Toyota Tundra ciplak di China -  nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k! 01

Apa dah jadi kepada industri barangan tiruan dari China? Mereka pernah menghasilkan beberapa model ciplak yang mengagumkan tetapi kali ini ia kelihatan lebih lucu berbanding model sebenar.

Digelar dengan nama SVH Tundar, ia dihasilkan oleh syarikat Sino Vehicle Hub Company yang berpengkalan di Beijing, China.

Toyota Tundra ciplak di China -  nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanpa berselindung, trak pikap mini ini mengambil "inspirasi" daripada Toyota Tundra generasi ketiga (XK70) terkini yang merupakan trak pikap mercu di dalam barisan model trak pikap Toyota.

SVH Tundar pula merupakan sebuah trak pikap mini dengan dimensi sekecil 4,150 panjang, 1,540 lebar dan 1,680 tinggi dan pacuan 2 roda 4x2, jauh daripada sebuah trak pikap bersaiz mega seperti Tundra.

Toyota Tundra ciplak di China -  nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k! 01

Toyota Tundra generasi baharu

Namun, siapa yang kisah tentang harta intelek apabila ada segelintir pembeli yang kurang intelek. SVH Tundar dikuasakan oleh enjin 3-silinder 1.0L aspirasi semula jadi dengan kelajuan maksimum sekitar 100 km/j sahaja.

Baca: Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang!

Toyota Tundra ciplak di China -  nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k! 02

Antara perincian luaran adalah ia didatangkan dalam pilihan double cab, menggunakan tayar dengan rim 13-inci dan oh, penutup kargo belakang masih meletakkan tanda nama "Tundra" tanpa segan silu.

Kabin dalaman adalah gabungan fakor utilitarian dengan beberapa usaha untuk menjadikannya kelihatan mewah. Kehadiran plastik yang meliputi kabin tanpa kompromi dan tuil gear kelihatan seperti ia berasal dari trak pikap lama adalah suatu usaha untuk merendahkan harganya.

Toyota Tundra ciplak di China -  nama SVH Tundar, enjin 1.0L pada harga RM 23k! 03

Untuk perincian mewah, ia mempunyai saluran penyaman udara ala Mercedes dengan skrin untuk kluster meter instrumen dan infotainment serta penggunaan warna merah maroon untuk kontras.

Terdapat kamera undur dan penyaman udara, walaupun stereng tidak kelihatan nipis tanpa sebarang beg udara. Berdasarkan harga yang dipaparkan di Facebook, SVH Tundar ini berharga USD 5,000 (sekitar RM 22,977) di China dan boleh dihantar ke mana-mana pembli yang berminat di seluruh dunia.

Baca: Toyota Tundra - muat 2 kotak parking? ‘Roadtax’ demam nak bayar? Persoalan kini terjawab

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda