window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa?

Faisal · Sep 19, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, Toyota Tundra sebenarnya dikhaskan untuk pasaran Amerika dimana rakyatnya lebih menggemari trak pikap yang besar. Disebabkan ini jugalah wujudnya Ford F-150 iaitu abang besar kepada Ford Ranger. Kalau anda perasan, kedua-dua legenda ini banyak dilihat dalam filem orang putih.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 01

Jadi persoalannya, ikon abang besar yang manakah lebih sasa dari segi fizikal?

Dimensi - hampir serupa 

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 02

Secara umumnya, Toyota Tundra berukuran 5,814 mm panjang manakala Ford F-150 pula ditetapkan pada 5,885 mm.

Mengenai jarak roda, mereka berdua adalah lebih kurang sama sahaja dimana Toyota Tundra mempunyai ukuran 3,701 mm manakala Ford F-150 pula sedikit pendek pada 3,693 mm.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 03

Yang menariknya, kedua-dua trak gergasi ini mempunyai kelebaran yang serupa iaitu pada 2,030 mm.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 04

Dari segi ketinggian pula, Toyota Tundra berukuran 1,925 mm. Ford F-150 pula tampil lebih tinggi pada 1,971 mm. Perbandingan saiz dua trak gergasi ini dengan yang ada di pasaran kita adalah seperti berikut:

Perbandingan dimensi
  Toyota Tundra Toyota Hilux Ford F-150 Ford Ranger
Panjang (mm) 5,814 5,325 5,885 5,426
Lebar (mm) 2,030 1,900 2,030 1,860
Tinggi (mm) 1,925 1,815 1,971 1,848
Jarak roda (mm) 3,701 3,085 3,693 3,220

Saiz kargo - Ford F-150 lebih besar

Bercakap mengenai trak, tidak sahlah kalau kita tidak masuk bab kargo kan. Sebagai trak yang besar, muatan yang boleh dimuat pasti mengagumkan.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 05

Toyota Tundra.

Menjadi trak yang lebih baru, kapasiti kargo Ford F-150 2021 sebenarnya sedikit besar berbanding Toyota Tundra, iaitu pada 1,764 liter berbanding 1,614 liter.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 06

Ford F-150.

Perbezaan dari segi ukuran kargo di antara mereka adalah seperti di bawah:

Perbandingan saiz kargo
  Toyota Tundra Toyota Hilux Ford F-150 (2021) Ford Ranger
Panjang (mm) 1,999 1,525 2,004 1,549
Lebar (mm) 1,687 1,540 1,656 1,560
Tinggi (mm) 564 480 544 511
Kapasiti (L) 1,614 - 1,764 1,100

Trenkuasa - Suntikan yang berbeza namun tetap lebih bertenaga

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 07

Kabin Toyota Tundra.

Toyota Tundra dikuasakan oleh enjin petrol 5.7L V8 aspirasi natural i-FORCE yang menghembuskan 381 PS dan 544 Nm tork. Lain betul kan tahap kuasanya?

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 08

Kabin Ford F-150.

Potensi maksimum pada Ford F-150 pula dihasilkan melalui enjin petrol 3.5L V6 twin-turbo hibrid yang menjana sehingga 430 PS dan 773 Nm tork.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 09

Toyota Tundra.

Untuk maklumat anda, kedua-dua trak gergasi ini lebih kurang 400 kg lagi berat daripada trak pikap yang ada di tanah air kita. Maka itu, tidak hairanlah dengan output trenkuasa yang dihasilkan sehingga dua kali ganda.

Toyota Tundra vs Ford F-150 – pertarungan abang besar Hilux & Ranger, mana lagi sasa? 10

Ford F-150.

Jadi, yang manakah anda pilih seandainya kedua-dua ikon ini ada di pasaran kita?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda