Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya.

Mersita · Jun 7, 2021 04:00 PM

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 01

Sedang mencari Toyota Vellfire ‘recond’? Bekalan akan semakin berkurang bermula sekarang kerana jumlah jualan Vellfire sedang merudum jatuh di Jepun kerana pembeli di sana kurang berminat dengan model ini.

Lain pula ceritanya dengan Toyota Alphard – permintaannya melonjak naik walaupun model tersebut sudahpun menghampiri penghujung kitaran hayatnya. Walau pengedar Toyota sekalipun kurang faham akan sebab fenomena ini berlaku.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 02

Alphard kini sudah masuk tahun ke-6, namun jumlah jualannya di Jepun terus meningkat

Ini membuatkan ramai tertanya-tanya – kenapa ramai sekali pembeli sudah ‘hilang selera’ dengan Vellfire? Sebelum kita bincangkan, jom kita imbas semula beberapa perkara.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Toyota Vellfire mula-mula sekali diperkenalkan pada tahun 2008 ketika Toyota Alphard generasi kedua diperkenalkan.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 01

Dahulunya pernah lebih laku daripada Alphard, kini jumlah jualan Vellfire pula 10 kali lebih rendah. Apa yang sebenarnya terjadi?

Ketika ia mula-mula dilancarkan, sasaran jualan bulanan bagi Vellfire adalah sama dengan sasaran Alphard iaitu 3,000 unit sebulan. Walau bagaimanapun, Vellfire tampil sebagai varian yang lebih popular. Apabila Alphard generasi ketiga diperkenalkan pada 2015, sasaran jualan Vellfire diubah kepada 4,000 unit sebulan; 1,000 unit lebih tinggi berbanding Alphard.

Vellfire dan Alphard dihasilkan oleh kilang yang sama iaitu Toyota Auto Body Co., di Inabe. Kedua-duanya juga mempunyai enjin yang serupa iaitu enjin 2.5L 4 silinder dengan CVT (juga boleh didapati dalam versi hibrid) ataupun enjin 3.5L V6 dengan kotak gear automatik 8 kelajuan. Namun, MPV ini dijual di rangkaian pengedar yang berbeza.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 02

Jika anda cuba untuk membeli kereta Toyota di Jepun, prosesnya agak rumit – berbeza dengan negara-negara lain termasuklah Malaysia. Anda tak boleh terus masuk saja ke mana-mana kedai pengedar Toyota dan tempah mana-mana model yang anda suka.

Memahami saluran jualan kereta di Jepun

Ada empat rangkaian pengedar Toyota di Jepun – Toyota, Toyopet, Corolla (ya, model Corolla mendapat namanya daripada rantaian pengedar yang ditubuhkan untuknya), dan juga Netz – setiap satu menjual model yang berbeza.

Sebelum anda mengunjungi mana-mana pengedar Toyota, perkara pertama yang anda harus lakukan ialah cari mana satu rangkaian pengedar Toyota yang perlu dikunjungi untuk model spesifik.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 03

Pengedar Toyopet menjual model mewah Mark X dan Alphard, antaranya

Contohnya, Toyota Alphard hanya dijual oleh pengedar Toyopet manakala Toyota Vellfire hanya ada di pengedar Netz.

Kaedah pembahagian ini bukan saja dilakukan oleh Toyota. Honda juga pernah menubuhkan 3 rantaian pengedar yang berasingan iaitu Primo, Verno, dan Clio. Tapi sekarang, semuanya sudah digabungkan di bawah satu badan pengedar dinamakan Honda Cars.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 04

Pengedar Corolla bukan saja menjual Corolla namun beberapa kereta pertengahan lain seperti Prius dan Voxy

Dengan rantaian pengedar yang rumit sebegini, bagaimana Toyota berjaya menjadi jenama kereta No.1 Jepun?

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu faham yang kitaran pembelian kereta agak berbeza di Jepun. Di Negara Matahari Terbit itu, tak ramai pembeli membeli kereta baharu dengan cara yang sama seperti kita.

Di negara yang amat terkenal dengan servis pelanggannya, pengedar kereta di sana membentuk hubungan yang sangat akrab dan berpanjangan dengan penduduk di kawasan di mana mereka beroperasi.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 05

Vellfire dahulunya eksklusif hanya untuk pengedar Netz

Di sana, penasihat jualan (SA) yang menjualkan kereta pertama anda juga adalah seorang rakan yang mengikuti perkembangan hidup anda.

SA yang sama akan membantu anda dalam pembelian kereta baharu apabila anda naik pangkat, minivan pertama anda apabila keluarga semakin berkembang, ingat akan ulangtahun perkahwinan anda, dan juga akan mencadangkan kereta ‘entry-level’ untuk anak-anak anda.

Di sana, susah nak nampak tabiat tawar menawar yang sering dilihat dalam proses pembelian kereta di tempat lain.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 06

Selain itu, tak ramai pembeli di sana kisah akan waranti kereta. Waranti biasa hanyalah sekitar 2 – 3 tahun, tapi pembeli menjangkakan yang kereta anda takkan ‘buat hal’ – asalkan si pemilik menjalankan peranannya dari segi ‘maintenance’, mereka tak ada masalah dengan tabiat ini.

Jika kadangkala kereta ada masalah, ia sudah menjadi kebiasaan bagi pengedar untuk menyelesaikannya pada kadar kos minima walaupun ia sudah habis tempoh waranti.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 07

Tambahan juga, pengedar Jepun memainkan peranan rumit dalam proses perancangan produk bagi pengilang. Selalunya, dalam konteks barat, pengilang akan menjalankan kajian pasaran mereka sendiri dan membuat keputusan untuk jenis produk yang akan dibangunkan kelak.

Di Jepun, pengilang menggunakan pendekatan ‘bottom-up’ yang lebih bertumpukan pada pasaran. Proses perancangan produk di kilang Jepun sebenarnya bermula dari pengedar, bukannya ibu pejabat.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 08

Pengedar kereta di Jepun mempunyai hubungan sangat akrab dengan penduduk di kawasan operasi mereka.

Pengedar akan memberitahu pengilang kereta jenis apa yang pelanggan mereka perlukan. Sudah menjadi tanggungjawab pasukan perancang produk di ibu pejabat untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Rantaian pengedar Toyota yang berbeza-beza di Jepun membolehkan mereka menyesuaikan produk dan servis mereka mengikut demografik dan kawasan itu sendiri. Contohnya, kedai Netz yang lebih ranggi dan muda mempunyai karakter dan barisan produk yang unik jika dibandingkan dengan kedai Corolla untuk kelas golongan ‘makan gaji’.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 09

Tugas paling penting bagi SA di Jepun adalah untuk mengetahui latar belakang pelanggan supaya mereka tahu siapa yang perlukan kereta baharu nanti atau anak siapa yang akan mengambil lesen memandu

Namun, walau Toyota sekalipun harus menyesuaikan diri dengan peredaran zaman. Seperti syarikat-syarikat kereta Jepun yang lain, Toyota perlu merasionalisasikan barisan produk mereka, dimana sekarang ia ada terlalu banyak model dan varian yang mengurangkan tahap kecekapan mereka. Oleh itu, aturan tawaran model spesifik dengan pengedar tertentu ini akan dihentikan.

Setakat Mei 2020, pelanggan di Jepun boleh berkunjung ke mana-mana pengedar Toyota dan menempah mana-mana model Toyota yang dimahukan. Perkara ini mempunyai impak langsung terhadap jualan Vellfire.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 10

Kenapa peminat Vellfire semakin berkurangan?

Pada tahun 2017, Vellfire duduk pada tangga ke-23 dalam senarai model kereta paling laku di Jepun. Jumlah jualannya 46,399 unit – lawan Alphard dengan 42,281 unit pada tangga ke-25. Saingannya agak sengit.

Masa berlalu dan pada Mac 2021, Vellfire kini berada di tangga ke-49 dengan 1,183 unit terjual – lawan Alphard pada tangga ke-3 dengan 13,986 unit terjual.

Secara kumulatifnya bagi suku pertama 2021, Alphard telah terjual sebanyak 34,104 unit manakala Vellfire hanya mampu terjual 3,182 unit. Jurang ini amat besar – lebih 10 kali beza jumlahnya.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 11

Populariti Alphard yang membuak-buak telah membuatkan tarikan Vellfire tenggelam

Fenomena ini membuktikan satu perkara – Vellfire lebih popular pada masa dahulu bukan kerana pembeli di Jepun lebih menggemarinya berbanding Alphard, tapi ia kerana pengedar Netz mempunyai liputan lebih baik daripada pengedar Toyopet dan kaedah jualan Netz lebih berkesan.

Seperti yang kami nyatakan tadi, pembeli kereta di Jepun mempunyai hubungan akrab dengan pengedar berhampiran mereka. Mereka tak begitu pentingkan sifat dan perincian produk yang amat kompetitif dikalangan pembuat kereta Jepun.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 12

Memandangkan kini Alphard dan juga Vellfire boleh dijual oleh mana-mana pengedar Toyota, liputan secara geografi sudah tidak mengehadkan jualan.

Oleh itu, kini kita boleh melihat petunjuk sebenar bagi ‘selera’ pembeli di Jepun – mereka amat gemarkan van mini dengan imej mewah berbanding van ‘sporty’, dan semua ini agak masuk akal. Kenapa pilih van mini yang berpura-pura ‘sporty’ tapi sebenarnya bukan ‘sport’ pun?

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 13

Ada warna lain selain daripada hitam dan putih?

Sedang bekalan Vellfire menurun, sama juga dengan kebolehan pengedar ‘recond’ tempatan kita untuk mendapatkan lebih banyak Vellfire terpakai. Jika anda mahukan Vellfire dengan warna lain selain daripada hitam ataupun putih, ia jauh lebih sukar untuk diperolehi.

Baca juga: Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Bermula pada Mei 2021, Toyota akan mengurangkan pilihan warna Vellfire dari 7 warna kepada hanya 2 warna – yang tinggal cuma hitam dan putih.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 14

Pilihan warna Toyota Vellfire 2021 berkurang kepada hanya dua warna.

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 15

Model 2020 terdahulu ada 7 pilihan warna

Toyota Vellfire akan dihentikan produksinya selepas tahun 2021

Apabila Toyota Alphard serba baharu diperkenalkan nanti (dianggarkan pada 2022 atau 2023), Vellfire besar kemungkinannya akan dihentikan.

Lagipun, Toyota sudahpun mengurangkan jumlah varian Vellfire kepada hanya 3 varian berbanding lebih dari 10 dahulunya. Lain pula ceritanya dengan Alphard dimana pembeli boleh memilih antara 8 varian Toyota Alphard.

Baca juga: Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian!

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 16

Varian-varian Toyota Alphard 2021

Toyota Vellfire ‘recond’ di pasaran Malaysia akan semakin sukar untuk dibeli. Ini sebabnya. 17

Varian-varian Toyota Vellfire 2021 kini berkurang kepada hanya 3, lihat julat harga yang semakin kecil

Oleh itu, jika anda berminat untuk membeli Toyota Vellfire, anda patut beli dalam jangkamasa beberapa tahun lagi, dan tolong beli Vellfire warna lain selain daripada hitam atau putih.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

Up to 20% higher than average trade-in price

2020 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru