window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian!

Mersita Β· May 3, 2021 01:30 PM

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 01

Toyota baru-baru ini menayangkan kemaskini terkini bagi Toyota Vellfire dan Alphard 2021 yang akan dilancarkan di Jepun pada 10 Mei 2021. Ini barangkali akan menjadi kemaskini terakhir bagi generasi kembar MPV mewah keluaran Toyota ini sebelum generasi seterusnya tiba pada 2022.

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 02

Alphard S Type Gold II ditunjukkan

Kemaskininya amat minimal bagi MPV popular ini dengan pengenalan trim S Type Gold II untuk Alphard dan Golden Eyes II untuk Vellfire.

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian-varian yang dipertingkatkan didatangkan dengan pintu gelongsor berkuasa ganda sebagai standard pada semua model Alphard dan Vellfire manakala varian Executive Lounge bagi Alphard didatangkan dengan headrest tempat duduk penumpang yang boleh dilipat. Fungsi ini memudahkan pemandu untuk melihat bahagian belakang kereta.

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 01

Selain dari itu, Alphard S Type Gold II didatangkan dengan panel berperincian kayu berwarna emas terang yang khas bagi menaikkan lagi seri ruang kabin dan menyerlahkan kemewahannya. Perincian ini boleh didapati di dalam kedua-dua varian petrol dan hibrid.

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 02

Gred Golden Eyes II boleh didapati di dalam Vellfire berkuasa petrol dan hibrid, dimana ia juga didatangkan dengan trim panel perincian kayu yang sama. Namun, walaupun Toyota masih menawarkan pelbagai gred bagi Alphard, jumlah varian kekal pada tiga bagi Vellfire.

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 03

Pada 2020, Toyota membatalkan had terhadap jenis model yang boleh dijual di keempat-empat rangkaian pengedarnya (Toyota Store, Toyopet Store, Corolla Store, dan Netz Store). Hasilnya, Vellfire tidak dapat mencapai prestasi jualan yang positif.

Pengedar sedar bahawa lebih mudah bagi mereka untuk menjual Alphard yang lebih mahal dan premium, sehinggakan ia disenaraikan pada tempat kelima untuk kereta paling laris di Malaysia pada tahun lalu.

Baca juga: 10 kereta paling popular di Jepun tahun 2020, Toyota Alphard di tangga ke-5

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 04

Oleh itu, Vellfire akan digugurkan dari pasaran setelah kemaskini terakhir ini mula diganti dengan generasi seterusnya. Sebelum kemaskini terbaru ini mula dijual, Toyota menawarkan sehingga 10 gred bagi Vellfire. Kini, jumlah menurun kepada 3 varian sahaja – dua varian petrol 2.5 liter, satu varian hibrid 2.5 liter – manakala varian 3.5 liter digugurkan sepenuhnya.

Baca juga: Khabar angin: Toyota Vellfire akan digugurkan pada tahun 2022, disatukan dengan Alphard

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 05

Malah, pilihan warna juga kini terhad kepada hanya dua, hitam dan putih, berbanding pilihan warna pelbagai yang ditawarkan sebelum ini.

Baca juga: Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

Toyota Vellfire 2021 dikemaskini di Jepun, kini hanya ada 3 varian! 06

Rakyat Malaysia amat menggemari kedua-dua MPV Toyota ini, dimana Vellfire lebih banyak dilihat meluncur bangga di jalan raya. Apakah kesan perubahan ini terhadap nasib Vellfire di Malaysia?

Baca juga: Toyota Alphard – MPV mewah serendah RM 40k, baloi untuk angkat ‘second hand’?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda