Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun!

Haris · May 24, 2021 10:00 AM

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 01

Model MPV kegemaran ramai Toyota Vellfire akan lebih sukar untuk didapati dalam pasaran terpakai berikutan daripada penurunan permintaan di pasaran Jepun. Namun, permintaan kekal tinggi bagi model MPV satu lagi, Toyota Alphard.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Toyota Vellfire adalah model MPV Toyota yang paling muda dalam siri Estima - Alphard - Vellfire, trio MPV yang terkenal di Malaysia. Mengapa Toyota Voxy atau Toyota Noah tidak begitu terkenal? Nantikan artikel baharu nanti. Berbalik kepada Vellfire, model ini pertama kali dilancarkan pada tahun 2008, ketika Toyota Alphard sudah ditawarkan dalam generasi kedua.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 01

Kedua-dua model Vellfire dan Alphard dihasilkan di kilang Toyota Auto Body Co., Ltd. yang sama di Inabe, Jepun. Ia juga menggunakan trenkuasa yang sama - 4-silinder 2.5L dengan CVT, juga dalam hibrid, atau 3.5L V6 dengan 8-kelajuan automatik.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 02

Mengapa Toyota mempunyai 2 model MPV dalam segmen yang sama? Jawapan ringkas berakar daripada jaringan pengedar Toyota Jepun yang kompleks. Toyota Vellfire dijual oleh pengedar Netz yang mensasarkan golongan muda manakala Toyota Alphard dijual oleh pengedar Toyopet.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 03

Masalah utama pembeli recond

Sebagai pengetahuan tambahan, model Toyota Estima dijual di rangkaian pengedar Toyota dan Corolla (ya, barisan model Corolla wujud disebabkan pengedar ini). Kini anda memahami mengapa bagaimana MPV seperti Estima - Alphard - Vellfire - Noah -Voxy wujud.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 04

Berbalik kepada Toyota Vellfire, tahun 2017 menyaksikan model ini sebagai kenderaan ke-23 terlaris di Jepun dengan 46,399 unit, berbanding Toyota Alphard yang menduduki tangga ke-25 dengan 42,281 unit. Angka jualan yang agak sengit untuk kedua-duanya.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 05

Kini pada bulan Mac 2021, Toyota Vellfire jatuh ke kedudukan ke-49, dengan 1,183 unit terjual berbanding tempat Toyota Alphard yang naik ke 3 teratas dengan 13,986 unit.

Secara kumulatif, untuk suku pertama 2021 sahaja Alphard telah menjual sebanyak 34,104 unit, sementara Vellfire hanya berjaya 3,182 unit.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 06

Ini adalah jurang angka jualan yang sangat besar, lebih daripada perbezaan 10x ganda. Hal ini juga menunjukkan Vellfire menjadi popular pada masa lalu bukan kerana pelanggan Jepun lebih menyukainya (berbanding Alphard) tetapi kerana Netz mempunyai liputan pengedar yang lebih baik berbanding Toyopet. Justeru, angka jualan Toyota Vellfire melonjak dengan Netz.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 07

Pilihan sekarang

Kejatuhan populariti Toyota Vellfire pula semakin terasa dengan pilihan warna yang dikurangkan. Bermula Mei 2021, MPV ini hanya terdapat dalam 2 warna hitam dan putih berbanding sebelum ini - 7 warna.

Selain daripada warna, Toyota Vellfire juga telah dikurangkan varian kepada 3 varian sahaja. Sebelum ini, pembeli boleh membeli Toyota Vellfire dalam 10 varian.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 08

Pilihan dahulu

Toyota Alphard pula kekal mencatatkan angka jualan yang kuat, ditawarkan dalam 10 varian, malah dijadualkan untuk pelancaran model generasi baharu (Toyota Alphard generasi 4) pada tahun 2022. Pelancaran tersebut mungkin menandakan bahawa Toyota Vellfire akan ditamatkan pengeluaran dalam beberapa ketika lagi.

Toyota Vellfire bakal jadi ‘rare’ dalam pasaran recond, permintaan di Jepun menurun! 09

Bayangan Alphard generasi baharu oleh Best Car Web

Sambutan jualan Toyota Vellfire di Malaysia masih sihat, jika dilihat dengan kuantiti model ini dalam pasaran recond di Malaysia. Namun menjelang 2025, Toyota Vellfire mungkin akan semakin sukar untuk ditemui di pasaran recond, berikutan daripada kekurangan pembeli di Jepun. Adakah anda bakal menjadi pemilik model terakhir Toyota Vellfire ini?

Bacaan Lanjut:

Toyota, Netz, Corolla dan Toyopet - bagaimana budaya Jepun membentuk 4 pengedar Toyota berlainan ?

Toyota Alphard baharu bakal guna platform TNGA dan enjin hybrid dipertingkat, sasar pelancaran tahun 2022!

Kenapa Toyota Alphard dan Toyota Vellfire jarang jumpa warna selain hitam dan putih?

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Komen

tradeInTool.upto20

2020 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru