window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada?

Zamil Syaheer · Sep 24, 2022 06:00 PM

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 01

Imej untuk tujuan ilustrasi

Perodua Alza 2022 sememangnya diminati ramai (termasuk kami sendiri) dan angka tempahan baru-baru ini mencerminkan segalanya. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam MPV 7 tempat duduk yang laku macam pisang goreng panas.

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 02

Salah satu kelemahan kecil yang kami temui dalam rebiu kami ialah ketiadaan stereng teleskopik dan sehingga hari ini, tidak ada satu model Perodua yang datang dengan ciri ini.

Menariknya, Toyota Veloz (asas kepada Alza) didatangkan dengan pelarasan stereng teleskopik, sekurang-kurangnya di luar negara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 01

UMW Toyota Motor (UMWT) akan melancarkan pengganti kepada Avanza yang telah lama berkhidmat tidak lama lagi dengan tanda harga yang dianggarkan hampir RM 20,000 lebih daripada Alza AV.

Pada masa penulisan, UMWT telah mendedahkan bahawa ia menerima 5,200 tempahan untuk Veloz, bermakna sesetengah rakyat Malaysia benar-benar tidak kisah membayar premium yang lebih tinggi.

Baca juga: Apakah sebab 5.2k rakyat Malaysia membayar RM 19.5k lebih untuk Toyota Veloz, walhal ia sama dengan Alza?

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 02

Premium atau tidak, Veloz mempunyai beberapa perbezaan utama antaranya dan Alza ini seperti roda yang lebih besar, lampu belakang bar lampu LED lebar penuh, pengecas tanpa wayar dan ketinggian yang lebih tinggi.

Namun, terdapat juga kemungkinan bahawa Veloz berspesifikasi Malaysia akan datang juga boleh menampilkan penyelesaian bagi mereka yang inginkan kedudukan tempat duduk yang sempurna untuk pengangkut keluarga mereka yang sempurna.

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 03

Interior Veloz untuk pasaran Indonesia

Di kebanyakan pasaran luar negara, Toyota Veloz didatangkan standard dengan pelarasan stereng teleskopik yang merangkumi Indonesia, tempat kelahiran asal MPV ini. Ia juga ada di pasaran lain di mana Veloz diimport dari kepulauan tersebut termasuk Thailand, Filipina, dan Vietnam.

Baca juga: Ruang dalaman Toyota Veloz 2022 serlah kabin premium, makin tak sabar tunggu pelancaran di Malaysia!

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 04

Interior Veloz untuk pasaran Malaysia

Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa Veloz yang akan datang juga turut dilengkapi dengan pelarasan stereng teleskopik sekiranya ia mengikut spesifikasi Indonesia dan luar negara. Ini kerana UMWT masih belum mengesahkan butiran spesifikasi lanjut mengenai Veloz.

Baca juga: Sekarang tahun 2022 - Pelarasan stereng teleskopik sepatutnya standard pada semua kereta baharu!

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 05

Stereng teleskopik seperti yang dilihat dalam Avanza 1.5 G untuk pasaran Indonesia

Sementara itu, pelarasan stereng teleskopik ditawarkan dalam Avanza Indonesia walaupun hanya pada varian tertinggi iaitu 1.5 G. Varian lebih rendah hanya menawarkan pelarasan sudut sondong dan ini turut dilihat pada keseluruhan rangkaian Daihatsu Xenia.

Baca juga: Rebiu: Pandu uji Daihatsu Xenia - kembar Perodua Alza D27A ini boleh 'tapau' Xpander & BR-V!

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 06

Daihatsu Xenia

Perodua Alza mengambil asas daripada Daihatsu Xenia, oleh itu ia tidak menampilkan pelarasan stereng teleskopik kerana ia agak mahal untuk dihasilkan. Banyak model dalam segmen B seperti Honda BR-V juga hanya menawarkan pelarasan ketinggian stereng 2 hala untuk mengekalkan harga yang rendah.

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 07

Ia bukan nirwayar tetapi sekurang-kurangnya terdapat sambungan kereta yang betul dalam Perodua

Rangkaian kereta Perodua mewakili slogan "Building Cars, People First". Kebanyakan varian teratas didatangkan dengan banyak ciri keselamatan seperti suite ADAS Perodua Smart Drive Assist (PSDA) dan Alza serba baharu juga merupakan kereta Malaysia pertama yang menampilkan sambungan Apple CarPlay/Android Auto.

Baca juga: Beza RM 7.5k, patut beli 2022 Perodua Alza AV varian tinggi pada RM 76k atau Alza H dah cukup?

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 08

Pada asasnya, pengeluar kereta kedua Malaysia lebih cenderung menawarkan ciri terbaik yang anda dapat dalam kereta moden sambil mengekalkan harga yang berpatutan. Kedudukan Daihatsu di Indonesia adalah serupa dengan Perodua di Malaysia – tumpuan kedua-dua jenama adalah untuk menawarkan pengangkutan mampu milik untuk orang ramai.

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 09

Walaupun sesetengah daripada kita mungkin bersetuju bahawa pelarasan stereng 4 hala adalah keperluan pada zaman sekarang, ia mungkin menjadikan kos untuk memiliki Alza lebih mahal. Perlu diingat bahawa Alza serba baru adalah kira-kira 17% lebih mahal daripada pendahulunya dengan kemasukan trenkuasa moden serta beberapa ciri kemudahan dan keselamatan tambahan.

@wapcar_zamil 30,000 tempahan, dan anggaran tempoh menunggu dekat 9 bulan! #peroduaalza2022 #perodua #alza2022 #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Baca juga: Dah tahun 2022, Perodua Alza 2022 serba baru dah patut ada larasan stereng jenis teleskopik

Toyota Veloz 2022 untuk Malaysia boleh menawarkan stereng teleskopik. Mengapa Perodua Alza tiada? 10

Alza yang lagi padu? Kita tunggu dan lihat

Bagi sesetengah orang, Toyota Veloz serba baru dengan anggaran harga RM 95,000 mungkin lebih sesuai untuk mereka yang masih mementingkan status lencana walaupun ia akan dipasang secara tempatan (CKD) bersama Alza di Rawang. Walau bagaimanapun, dengan beberapa ciri tambahan seperti pelarasan stereng teleskopik, Veloz mungkin sebuah produk yang lebih sempurna dengan harga di bawah RM 100k.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Veloz 1.5 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda