window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator?

Zamil Syaheer Β· Jan 15, 2022 06:00 PM

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 01

GAC Toyota, salah satu daripada dua usaha sama Toyota di China, berbangga untuk melangkah ke pasaran SUV premium dengan memperkenalkan Toyota Venza, kembar Toyota Harrier 2021 yang serba baharu. Walaupun Venza dilancarkan hanya tiga bulan selepas Harrier (Nov 2021), Venza dilengkapi dengan lebih banyak teknologi.

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 02

Toyota Harrier dijual oleh FAW Toyota, satu lagi syarikat usaha sama di China

Walaupun bahagian belakang Venza nampak lebih kurang sama dengan Harrier yang lebih popular, bahagian hadapan SUV itu menyerupai Toyota Frontlander (dikenali sebagai Toyota Corolla Cross di Malaysia).

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 03

Toyota Venza di sebelah kiri, Toyota Frontlander atau dikenali sebagai Toyota Corolla Cross di sebelah kanan

Lampu hadapan kekal sama seperti Harrier, tetapi Venza tidak mempunyai gril memanjang di depan. Dengan gabungan bukaan bampar yang besar dan lebar, ia nampak seperti makhluk dari filem Alien VS Predator.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Sekolah belajar memandu Jepun tawar Toyota Harrier, apa barang Perodua Axia?

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 01

Alien VS Predator!

Beralih ke bahagian interior pula, ia sebenarnya sama seperti Harrier. Bagaimanapun, Venza mempunyai tempat duduk dwi-tona manakala trim coklat ditambah pada panel pintu dan konsol tengah.

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 02

Sistem infotainmen skrin sentuh terapung 12.3 inci juga sama dengan Toyota Harrier, tetapi di situlah semua persamaan berakhir. Di bawah permukaan, Venza mempunyai teknologi yang lebih maju daripada Harrier.

Juga baca: Rebiu: 2021 Toyota Harrier - Tiada turbo, hanya NA. Masih premium?

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 03

Selain daripada paparan 'heads-up'' yang megah, pengecasan telefon nirwayar dan kamera undur, Venza juga menampilkan pengecaman muka dan sistem ADAS Toyota Safety Sense (TSS) 2.5+ yang terkini.

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 04

TSS Venza termasuk sistem seperti Intelligent Clearance Sonar (ICS), Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), dan Lane Tracing Assist (LTA) baharu yang menggunakan garisan di jalan dan kenderaan di depan untuk memastikan kenderaan kekal ‘steady’ di bahagian tengah.

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 05

Toyota Venza ditawarkan dalam enam varian dan dua rangkaian kuasa: enjin petrol 2.0 liter beraspirasi semula jadi yang dipadankan dengan CVT yang menghasilkan 171 PS dan 209 Nm dan enjin petrol hibrid 2.5 liter yang dipadankan dengan E-CVT yang menghasilkan 178 PS dan 221 Nm.

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 06

GAC Toyota juga menawarkan Venza dengan pilihan varian pacuan semua roda dan pacuan roda hadapan.

Harga untuk Venza bermula pada CNY 216,800 (~RM 142,344) dan berakhir pada CNY 303,800 (~RM 199,470). Ini menjadikan Venza lebih mahal berbanding kembar Harrier-nya yang harganya berkisar antara CNY 211,800 (~RM 139,029) hingga CNY 029. (~RM 195,520).

Juga baca: Toyota Harrier 2021 - Tiada turbo, tiada logo helang, masih laku keras! Apa rahsianya?

Toyota Venza ialah kembar Toyota Harrier di China, rupa depan macam makhluk Alien VS Predator? 07

Adakah anda suka penampilan Venza yang lebih garang berbanding Harrier yang lebih anggun?

Juga baca: Sejarah Toyota Harrier – SUV mewah Jepun yang paling cemerlang

@wapcar_adrian

Ada yang minat Harrier ke? ##reviewkereta ##ToyotaHarrier ##carmalaysia

♬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda