Toyota telah melancarkan Toyota Vios facelift 2020 terbaru di pasaran Filipina. Pelancaran ini dilakukan secara atas talian di laman facebook rasmi Toyota Motor Philippines.
Model facelift ini hadir dengan rekaan gril hadapan dan belakang serba baharu. Gril tersebut kini hadir dengan warna hitam berkilat. Selain itu, rekaan lampu DRL turut dikemaskini, lampu LED hadapan kini dengan gaya 3 aras (3 level LED) dan rekaan lampu kabus yang dikemaskini.
Bagi aspek keselamatan pula, Toyota Vios 2020 facelift ini hadir dengan kawalan kestabilan VSC, fungsi bantuan pendakian HSC, 7 beg udara dan kamera pandang belakang. Turut didatangkan adalah 2 mod pemanduan iaitu mod Sport dan Eco.
Tambahan pula, pada bahagian dalam pula terdapat skrin infotainment 7 inci, kemasukan tanpa kunci Smart Entry dan Butang Penghidup Enjin (Start Stop Button). Tiada penambahan ketara terhadap mana-mana rekaan dalaman atau kemasan.
Bagi pasaran Filipina, Toyota Vios ini mengekalkan pilihan enjin 4 silinder 1.3 atau 1.5 liter. Enjin 1.3 liter tersebut menghasilkan 98 PS kuasa kuda dan 123 Nm tork, sementara enjin 1.5 liter menghasilkan 106 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork. Pilihan transmis adalah CVT atau manual 5 kelajuan bergantung pada varian.
Di Filipina, Toyota Vios facelift 2020 ini menggantikan model Toyota Vios tahun 2018. Untuk pasaran Malaysia, kita mungkin akan melihat model facelift ini untuk pada tahun 2021 kerana model Toyota Vios di sini baru sahaja dikemas kini pada tahun 2019.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car